Friday, June 26, 2015

Ramadhan kareem

In the name of Allah.

Alhamdulillah, waktu waktu sahur macam ni, saya telah dapat kekuatan untuk membersihkan semula belog saya yang dah memang lama dibiarkan berhabuk. Bukan apa dek kerana 'busy' nya calon spm 2015, sampai terlupa i owned a blog �� ((poyonyaa haha))

Okay masih belum terlambat kot untuk saya ucapkan selamat menyambut ramadan semua. Semoga bulan yang penuh mulia, yang Allah janjikan pahala yang berlipat ganda ni menjadi madrasah untuk kita semua menuju keredaanNya.

Bulan AlQuran, jadi saya mengesyorkan anda semua untuk mengimarahkan lagi ibadah tilawah dan tadarus kita. Well, banyak benda kita boleh belajar dari kalam Allah itu. Moga menjadi hujah kita waktu akhirat kelak.

((Blog Writing skill dah kelaut ah))

Okay since this is my last year sambut ramadhan di SmapLabu bumi barakah yang saya cintai, jadi memang semua benda saya nak buat dengan bersungguh sungguh. Fitrahnya manusia, bila tiada rindu merindui, bila ada takreti nak hargai. So lets appriciate every single moments yang ada di Labu dan paling untama untuk buah hati saya, ValourIIIV.

I just cant imagine how my ramadan would be without them. ((Ada kaca dekat mata. Eh))

Okay dah taktahu nak membebel apa, cuma minta doa semua, semoga Allah berikan keputusan yang cemerlang dalam spm serta taklupa kejayaan paling utama di akhirat. Kawan kawan valour, thankyou for 4 kali lebih ramadhan yang kita pernah lalui dan teruslah menghargai masa masa yang ada sementara nikmat ni Allah belum tarik ((pisyo))

Banyakkan ibadah solat sunat tarawih dan tahajjud, baca quran, doa pada waktu2 mustajab dan kawal nafsu. Semoga Allah mudahkan segala. Dan babai i nak sahur lurr ��