Tuesday, May 24, 2016

Kuala Namu 🌈 #part2

Okay, aku nak sambung berkenaan short vacay aku dekat Medan, Indonesia. Well, lepas service kereta haritu, kitorang terus gerak ke Sun Plaza. Haaa yang ni shopping mall je, ala ala Palm Mall, Term gitu.

Mula² ingatkan nak lunch je, tapi bila fikir² baju 'macam' takcukup je, kitorang apa lagi, shopping ler. Ada H&M kot, hahaha lama gak ah pusing² satu mall tu. Hmm bukan sekali pusing je tau, tapi banyak kali. Sbb nak survey harga dekat semua kedai dulu, baru boleh beli. Pengguna berhemah kateko. Habis semua kedai aku masuk, Zara, Mango, Guess, H&M etc. Kedai kasut taklupa. Hahaha pantang nampak "SALE" aku redah. Huhuhuhuhu

Harga dia not bad, lebih kurang dekat Malaysia je, standard ah kan. Cuma angka dia ah nampak besar, contohnya baju Rp200 000, padahal RM63 je. Haa dia cam physiology sikit ah πŸ˜‚


Lunch pun kitorang makan dekat Sushi Tei je. Saje nak mengada makan sushi sikit. Haha Lepastu lewat petang jugakla balik, itupun naik teksi sbb daus, farid dengan apiz tengok X-men lepastu takdapat nak contact πŸ˜’

Tapi nasib baik jugaklah naik teksi, dengan hujannya, banjir lagi. Yelah, pekan sibuk macam ni, sistem pemparitan takbagus. Itu yg senang banjir.


Sampai hotel, rehat² kejap then malam tu pergi restaurant for dinner la. Waktu ni lawak jugaklaa sbb aku pandang menu, lepastu hmmm fikir lima puluh kali apebenda menu ni sebenarnya haha cemana nak order kalau takfaham. Waiter tu cakap pun aku takfaham. Lewlz nasib baik ada kak anum. Jadi translater 😜 Waktu ni baru aku tahu Jus Tembikai diorang panggil Jus Semangka. Hmm jauhnya bunyi.  Aku order makanan apa? Jangan tanya nama dia, sbb aku lupa. Haha yang pasti nasi putih dengan ikan masak apatah. Sedap πŸ˜‹

Tengah malam tu, pukul 1pagi semua bangun untuk gerak ke Perlabuhan Prapat sebab nak seberang Danau Toba. Aku ingatkan dekat, rupanya pehpeh bangun tido bangun tido empat kali pun taksampai sampai. Okay nanti aku sambung cerita ks Danau Toba ok. Seeyaaaa πŸ‘‹

Thursday, May 19, 2016

Kuala Namu 🌈 #part1

So, selamat hari indah semua. Jadi petang semalam aku bertolak dari Malaysia ke Kuala Namu, Indonesia. Hmm sebab asalnya nak lawat kak anum,  ada macam majlis konvo laa dekat sini. Alang² tu, jalan² sekali la. Hehe


Terima kasih makndak sebab sponsor tiket pergi sini. Hehehehe πŸ’™πŸ’™ flight kitorang delay, πŸ˜’ hmm biasalah. Hahaha so sampai sini dalam pukul 9 lebih (waktu Malaysia), sampai hotel dalam pukul 11 centu la. Hmm kalau waktu dekat sini lewat sejam je dari Malaysia, so lebih kurang je.

Waktu sampai memang terkejut laa, since aku takpernah lagi sampai bumi Indonesia ni en. Hahaha paling obvious cara drive diorang. Hahaha macam takde peraturan jalanraya πŸ˜‚ tadahal beb, pakai jalan je ikut suka hati. Traffic sesak MashaAllah, kalah KL πŸ˜…
Amierul Firdaus in action πŸš—
Malam tadi lepas check in hotel, perut pun lapar, nak keluar beli makanan macam payah sikit. So kak anum order kan nasi dengan ayam penyet je online. Then delivery dekat hotel.

Rasa dia, PERGHHH sedap gila. Sambal dia pelik, tapi itu yang sedap. Semua kata pedas, tapi aku rasa cam biasa je. Hmmm atau deria aku yang salah, aku pun taktahu.

Dekat sini aku tukar sim card. Pakai simcard yang ada data internet je. Hmm jangan tanya mana nak beli, sebab kak anum yang belikan πŸ™† hehe

Okaylah, ni tengah servis kereta. Daus yang drive. Daus drive tiptop gila, memang indonesian style πŸ˜… masih selamat dan semoga terus selamat. Hahahahaha nanti bila free, aku update lagi. Babaaaaiiiii

*untuk yang curious aku pergi dengan siapa, hehe kitorang enam orang. 3lelaki 3perempuan. Sorang kakak aku, tiga cousins, sorang jiran. Aku, Elyn, Dayah, Apiz, Daus dan Farid. Choiii babaiiii πŸ‘‹

Nota kaki: Take care yang dekat Malaysia tu 🌸🌸

Wednesday, May 18, 2016

My 'packing' habit 😜

Hai gais, sihat? Okay, tadi aku tengah packing barang. Acah nak backpack tapi bila kemas cam banyak jugaklaa nampaknya. Haha Paling aku rasa pencapaian terhebat ialah, aku berjaya pack sendiri dan muat satu beg bagasi tu. Ohyeah, kenapa aku gembira? Haaaaa ni aku nak share. Hehe

Aku ni dari kecik ada tabiat yang aku sendiri rasa "annoyed nyaa manusia ni πŸ˜’" iaitu aku malas dan takreti nak pack baju sendiri. Hmmm even waktu first time masuk asrama pun, semua ibu yang susun. Ibu pun fahamlaa anak dia cemana kan. Hmm πŸ˜…

Kalau nak pergi balik kampung ke, family vacation ke, memang semua adik aku or kakak aku yang buat. Aku ni jenis yang "Amik 4tshirt long sleeve lepastu kau letak ah satu jeans, haa nak tambah suka hati. Janji baju aku ada. Baju tido jangan lupa😑" Haaaaa dia punya bossy memang aku sendiri menyampah dengan diri aku. Aku arah je adik aku ke, kakak aku ke hmm jahat sangat ke?  Hahahahahaha

Sampai laa satu tahap, first time nak 'keluar dari smapl' waktu  form 3. (f1 f2 aku ni noob je duduk sekolah lewlz) Ada program dekat PD, untuk PMR tu. Ingat enn? Haaaa waktu tu aku dah gelabah jugakla cemana nak pack. Dengan aku ni jenis yang suka buat semua benda takpenting ni last minit. πŸ’ ((bagi aku pack barang ni takpenting haha)) Tapi nasib baik sangat, waktu ni aku share bag dengan ati and pajep. Haaaa lega gila. Aku terus terang je cakap dekat ati, "Tii, aku mmg taktahu pack. Cemana ni?" Jawapan ati, sangat buat aku lega, "Okay nanti kau hantar semua baju dekat aku. Biar aku masukkan dalam beg." FUHHHHH LEGAAAAA.

Waktu f4 pulak, hmmm aku kene pergi Kem Falak peringkat Negeri Sembilan. Haaa ni pun aku terselamat lagi. Nak ke tak, aku tebalkan muka mintak tolong adik dorm aku a.k.a Qapaw pack kan. Ni aku ingat, dah light off, tapi aku sanggup pegang torchlight asalkan dia pack beg aku. Hahahahahaha berapa lama Qapaw ungkit mintak habuan sbb dah pack baju aku. Peh, tak ikhlas langsung hahahahaha jkjk tapi aku rasa sampai sekarang aku takbagi dia apa apa πŸ˜‚ ((Qapaw, kalau baca ni, nanti tuntut dekat aku laa Qapaw. Aku takdelaa kedekut mana hehehehe))

Waktu form5 ni barai sikit. Sebab asyik keluar je, takdelah asyik tapi boleh tahan laa banyak kali. Hahahaha first time aku pack sendiri waktu nak pergi Imersion Programme dekat SEPINTAR. Tapi takdela sorang, sbb kemas sekali dengan Sara, dia pergi STJ. Hmmm waktu ni, barang takbanyak tapi beg aku full. Tapi, kisah pulak aku? Asal boleh zip, aku letak je. ((kemas okk, takterabur, itu paling utama hahahahaha))

Kita throwback gambar dekat InteJ jap la πŸ˜‰
Balik² dari SEPINTAR hari khamis, dapat tahu ada program apebenda tah nama dia dekat InteJ jumaat keesokannya. Haaa aku punya merungut tiptop ah waktu ni. Sbb dengan nak basuh baju lagi, nak keringkan, masukkan balik dalam beg ergh barai. Sekali lagi aku kemas beg sendiri untuk kali ke-2. Hmm pencapaian aku ni, biarlaa aku nak gembira sikit. Hahahahaha waktu ni masih lagi beg besar, barang sikit tapi masih takmuat. Hahaha aku pun musykil jugak, apa salah aku? Terpaksala carry banyak beg lain pergi InteJ.

TAPIIII BILA BEG AKU SAMPAI DEKAT AZLINAAAAAAA, KAU TAHU DIA BUAT APA? Dia bukak, geledah. Dia kemas balik beg aku tu. RUPANYA BANYAK GILA RUANG KOSONG. hmmm apa lagi, perempuan kan? Azlina pun ambik iron dan sumbat dalam bagasi aku tu. Haaaa perangai dia 😑 Tapi aku ni jenis yang redha je, hmm okay jelah asalkan aku tetap tarik satu beg je πŸ˜’

Last program ((yang aku ingatlaa)) waktu pergi STJ. Program untuk SPM jugaklaa. Hmm waktu ni aku dah pro sikit laa nak kekemas ni. Aiceh, hujung jari ah. Hahahaha tapi masih padat la, tapi kisah pulak aku? Asalkan muat, aku sumbat je hahahahaha

((aku pergi Sabah haritu pun Ecah (adik aku) yang pack kan. Leksss hahahahahaha)) waktu ecah pack tu, aku cam jejeling sikit ah. Nak gak tahu cemana dia pack sampai banyak ruang kosong. πŸ˜‚Dan tadiiiii, aku cuba. DAN, BERJAYA πŸ˜‹ Macam mana aku ukur berjaya ke tak? Sbb kuantiti baju aku bawak waktu pergi sabah dengan harini sama. So? Haaaa aku berjayalah, engkorang nak tahu apa lagi?

Haaa itu jelah aku nak cerita. Hehe kiranya aku nak highlight kan, kita kene cuba sesuatu perkara tu banyak kali, baru kita dapat kesempurnaan dia. Haaa, takrelate en? Lantaklaa, kisah pulak aku πŸ˜› hehehehe doakan aku selamat pergi dan pulang okay. See you gais soon. Babaaaiiii.

Nota kaki: Eh, siapa yang nak bawak saya vacay tu, dah boleh dah. Jangan risau, saya dah lulus dah setakat packing ni, hekeleh hujung jari. Cuma nak kene belajar pack baju  awak pulak ehπŸ™Š HAHAHAHAHAHAHAHA

Thursday, May 12, 2016

#RenTurns18 πŸ’ž

REN, HAPPY 18th BIRTHDAY πŸŽ‰

Acah je ni, sebab semua takhabis pun. Hahahahahaha
Hehehe tahniah ren dah tua. Dulu aku kenal kau hingusan lagi ren. Darjah 2 aku pindah skttj2 tu pun kita taksekelas. So aku takingat laa aku kenal kau ke tak waktu tu lewlz tapi lepastu dari darjah 3 sampai darjah 6 kita sekelas tu aku mmg confirm aku kenal kau. Hehe

Darjah 6 paling barai. Hahahaha kita paling rapat, team debat sesama. Team gaduh dengan zakwan pun sesama. Auch *zakwan kalau baca, jangan marah.*

Then jodoh kita panjang ren πŸ˜‚ kau dapat SMAPL aku pun sama. Cuma beza kau hebat lagi, first intake. Aku second intake 😌 tapi takpe, kita bersua lagi aiceh. Form1 sampai form3 taksekelas. Kau farazdites ((fffo)) aku batanitesπŸ’• so kita takrapat lagi. Waktu tu takmatang ren, takkenal erti persahabatan lagi. Hahahahaha *eh panjangnya kisah takrapat haha*

Bila form4, kita dah besar. Cewah, dah rapat kit ngan semua orang. Haaaaa, walau taksekelas tapi gegelak ah sesama. Hmm paling terharu macam mana kau dan tasnim percayakan aku dan nisaq untuk teruskan kepimpinan batch. Sambung legasi korang since korang berdua dah MPP. Aku taksangka ren, kau memang letakkan sepenuh kepercayaan dekat aku walau kau tahu je kan aku cemana. Hahahahaha tapi waktu kau pimpin batch, kau garang ren. Sumpah aku takkata. Setiap perjumpaan muka tegang, tegas gila.

Tapi bila dah form five walaupun kau orang kuat Sir Syed Agil, aku taktahu kenapa perangai kau terabur ren. Hahahahahahaha kau dah jadi jenis yang mudah terhibur, riuh. Sama macam kau darjah 6 dulu. Dan paling utama, kita sekelas yeay πŸ™† Kita rapat balik, macam macam aku share dengan kau. SANGAT RAPAT EYYYY SUWITNYA πŸ’•πŸ’• Hahahahahahaha

Jadi ren, sempena birthday kau yang ke-18 ni aku harap kau akan terus bahagia, gembira di dunia dan akhirat. Semua yang kau cita²kan tercapai ren. Jadi matang la ren, tolonglaaaaaaaa. Hahahahahaha SIAPA KATA REN NI SERIOUS, GARANG, TEGAS AAAAHHHHH ITU MAKNANYA KORANG TAKKENAL DIA LAGI. HAHAHAHAHAHAHA

Nak tahu perangai dia? Haaaa kenal lah sendiri. Haha 😝 Nanti sesiapa yang jadi kawan ren in the future, dia ni awal awal je acah matang, berwibawa. Tapi bila dia dah selesa sikit, keluar ah perangai 'ctn' dia. Eyyyy tabah jelaa. Hati kene kebal sikit cakap dengan ren ni. Hahaha tapi memang bestlaa bila dah dapat 'in' dengan manusia sakai ni.


Lastly ren, aku harap apa yang aku dengan amel buat tadi dapat gembirakan kau pada hari yang paling istimewa untuk kau. Aiceh, banyak en kita ketawa ketawa tadi dari dalam ktm, escalator, sambung waktu  makan, sampai naik ktm balik, MashaAllah tabahje aku dengan kau ngan amel. Hahahahaha apa apa pun semua itu cukup untuk kita jadikan kenangan, lepasni semua nak bawa haluan masing² kan.



Semoga persahabatan kita ni kekal ren, 10tahun dan pasti lamaaaaa lagi. Sampai kerja, sampai kahwin, sampai mati, sampai sorgaaaaaa wuuuuu Nanti dah jumpa calon suami roger aku dulu ren, biar aku tapis, yang taksenonoh tu takpayah ah ren. Aku reject kan bagi pihak kau. Hahahahahaha 

Take care Pinggan ✨ iloveyouuuuu πŸ’ž