Monday, November 30, 2015

Ini permulaan.

Alhamdulillah dan alhamdulillah dan alhamdulillah. Takmampu nak kata apa lagi lepas selesai 11subjek untuk spm ni.

Dia punya gembira dah habis exam sampai rasa nak lompat tinggi tinggi tapi mestilah tak kan, sebab taktinggi sangat. ((Eh?))

Okay dan bermula lah life aku sebagai 'bukan pelajar sekolah', taktahulah nak rasa apa. Sedih, takjugak. Gembirapun takdelah sangat. Tapi rasa cam dah dewasa aiceh.

Okay tadi last paper biology. Subjek killer, sbb aku mmg takpernah A biology. Walaupun ada hati nak jadi doktor kan. Eheh

Pagi tu memang not a good started la. Fuhh malas nak cerita. Taksanggup. Taksanggup tengok persahabatan yang penat kita teguhkan dari dulu lepastu habis berderai macam tu je lebih2 hari terakhir spm. Takkelakar lah. Tapi ni laa orang kata.

"Apa apa yang berlaku. Walau 1000 tahun indah, tapi pengakhiran musnah. Semua takbawa makna."

Sejujurnya aku terkilan. Tapi aku taknak cerita dekat sini. Cukuplah aku simpan. Aku rasa itu lebih baik, cuma aku harap keadaan akan kembali seperti biasa, ((walaupun mustahil tapi aku nak jugak)) aku pun taksanggup nak tengok nisaq jatuh, takmampu bangun bila fikirkan semua benda.

Dah dah, mood lepas spm takperlu kita cemarkan dengan benda2 lain. I pray that Allah mends our heart. Bila semua nak tunjuk hero, satu benda pun takjalan. Suke hatilah. Semua ada betul dan semua ada salah. Cuma nak perbaiki atau keep blaming people tu pilihan diri sendiri. Masing2 dah besar so takkan nak kene bimbingkan?

Okay bila habis je spm semua nak kata "okay, dah boleh kawin dah." Tulis ucapan dalam buku pun semua "nanti kahwin ajak. Nak jadi bridesmate" haaaaa, cuma aku masih taknampak 'perkaitan' antara spm, habis. Kahwin. Apakah? Haha okay kalau habis spm memang kene kahwin ke cemana. Hahahaha okay tadi pun alep tiba tiba

"Azy, spm dah habis kan? Kiranya boleh kahwin lah kan?"

Memang aku ketawa takhenti. hahahahahahahahahahahahahhahahahahaha ((kay nampak tak takhentinya tu))

Alep suka siapa dooo, seriously nak tahu. okay kalau alep baca ni, nanti kau kahwin, jangan takajak eheh.

Alep tu 'pakar motivasi', hari hari pun dia "ye, azy. A plus, A plus." ���� haha okay kenapa aku cerita pasal alep, alaahai. Dah dah, malas nak cerita panjang2.

Okay sekarang ni, memang nak test iman lah aku rasa. Sama ada kita jadi baik sebab exam atau sebab sedar diri bertuhan kan?

Last word aku, moga Allah izinkan batch aku, VALOUR 1115 dapat keputusan cemerlang dalam spm dan semuanya kembali seperti biasa malah lebih baik lagi. I hope so. Keep praying and lets appreciate people. Byeeeeeeeeee

*safe journey kawan kawan. Iloveyou.*

"Kau nak gaduh dengan aku ke takkk?" -alif hasyimi

Saturday, November 28, 2015

Aku, dulu.

((*tadi lepas subuh, tiba2 Allah bagi 'ilham fitri' untuk aku update blog, so before aku start study biologi ni, jomlah kita realisasikan hasrat hati okay))

Okay, guess what? Masalah takpernah selesai.  Biasalah, semua orang ada ego, semua rasa diri hebat, semua nak tunjuk hero, semua rasa tinggi sangat. Lupa, kita ni manusia, asal sama.

Well, bila kita dealing with people, taksemestinya kita kene 'menang' untuk buktikan kita betul. Kadang2 kita mengalah bukan sebab putus asa, tapi elakkan keruh keadaan.

Entah, apa yang ada dalam hati dan fikiran aku, takmampu aku nak tulis dalam bentuk ayat. So, let me share my experiences lah kan.

Dulu, aku hot-tempered. Takcaya, tanya parents aku. Jerit marah orang, rebel, mengamuk tu dah sebati dalam hidup aku. Sampai satu masa ibu aku sendiri taktahan dengan aku. Kau pernah? Ibu bawak 'hammer' kejar masuk bilik? Ketuk bilik suruh aku keluar dan berhenti mengamuk? Baling pasu dekat kakak sendiri sebab takpuas hati takdapat tgk channel dekat tv? hentak kepala kakak dan adik sendiri sbb taknak tolong diri sendiri? Dan banyak lagi. Aku bukan nak tunjuk 'power' tapi ini aku dulu. Zaman jahil aku. Aku takmalu untuk cerita sebab itu yang jadikan aku manusia.

Lepas masuk smapl, waktu form 1 baru aku tahu langit tinggi ke rendah. Aku belajar sikit2 cara kenal dunia. Yang dulu aku rasa ssmua kene ikut kehendak rasa aku, tapi sekarang, *hambekkk kauuu* ramai lagi manusia lain yang lagi tinggi egonya dari aku.

Start form 2 aku mula cuba sesuaikan diri 'get in' dengan manusia. Semua ego aku tolak tepi , aku latih diri patuh, aku bertatih didik diri seiring dengan maksud nama indah yang ibu ayah aku beri, ((Nur Azyyati)) Cahaya Kesabaranku.

Lower form aku takmatang lagi, masih taktau nak beza baik buruk. Tapi aku tetap usahakan. Well kalau nak cerite, panjang sangat, so aku skip lah.

Sampai waktu form 4, tasnim dan areena ((our ex-kb and pkb)) panggil aku dan nisaq, put trust on us, nak serahkan batch kpd aku dan nisaq. Waktu tu mmg kene rasa tamparan hebat dekat muka sendiri. Rasa macam dah ludah lepastu jilat balik. Dulu aku yang suka rebel, tak ikut peraturan, degil dan sekarang aku kene handle semua perkara yang dulu aku buat tu.

Susah. Memang susah. Tapi jawatan aku ni buatkan aku belajar, macam mana hidup dengan manusia. Betapa pentingnya cari kawan, yang bukan ada waktu senang je. Well, semua orang baik depan kita, tapi bila dekat belakang, percayalah kata aku, siapa siapa akan 'tikam' belakang kau. Bagi aku kalau tikam takpe, terus mati. Ni dia siat siat daging, lumat  aku lagi. Hmmm hmmm aku taknak lah cerita, sebab itu semua kenangan buruk dalam hidup aku. Aku dah move on.

Ibu, itu sumber inspirasi aku. "Jangan balas apa yang orang buat dekat kita. Biarkan aje. Kalau jiji balas, jiji sama dengan mereka."

Itu ibu, sentiasa tenang setiap waktu. Dulu, everytime before perjumpaan aku mesti call ibu, nangis, mintak motivation selain doa dekat Ilahi. Sampailah sekarang, aku mampu buat semua tu sendiri. Sekarang, aku rasa semakin kuat. Aku taknak ibu tengok aku susah hati. Sebab tu aku tetap gagahkan diri.

Sampai sekarang, ibu ayah, dan adik beradik aku sendiri terkejut dgn 'kelembutan' aku lah en, tapi bila marah, aku ttp marah lah. Cuma tak voice out. Simpan je dalam hati, nangis je sendiri. Haha

"Ada ke orang nak kawan dengan kau? Nak suka kau? Kau kan jahat." Ecah

Till form five, aku kene adapt dengan kelas yang ramai mpp, langsung taksenang. Memang susah. Nanti lain post aku cerita susahnya hati aku bila tahu aku 4haitham dan 5haitham. Tapi semua tulah yang buatkan aku lebih matang. Mungkin taksangat, tapi at least aku boleh kawal diri aku.

Okay so cuma aku nak kata, semua benda buruk yang kita alami , semua ada hikmahnya. ALLAH taktunjuk sekarang, tapi in the future. Mana tahu, kalau kita takdapat, family kita yang dapat, bakal anak2 kita ke en. ((Eh jauhnyaa haha))

Bersyukurlah kalau masih ada yang paham dan nak memahami kita. Yang baik dan jadi baik sekeliling kita. Yang ikhlas dan usaha nak ikhlas bila bersahabat dengan kita. Hargailah mereka. Persahabatan tu takmampu nak dibayar dengan wang ringgit. Ukhwah tu takmudah macam kita baca 'ikhwah pakai jeans' eh eh, takrelate kot. Okayyyyyy

Dah lah, itu sahaja kot. Cuma pesanan aku, ini  pandangan aku sendirilah. Tiada kene mengena dengan yang lain, hidup mahupun mati,

"NAK YANG BAIK, JADI BAIK."

Memang susah, tapi usahalah. Mujahadah sikit. ALLAH nampak usaha kita. No worry. Esok paper last, biology. Mohon doa semua, Allah bagi apa yang terbaik untuk aku, untuk batch aku. Terima kasih. Maaf salah silap. Assalamualaikum.

Nota kaki: stay be my good listener, can ah? Eheh, bye

Friday, November 6, 2015

SPM ?

Yeayy yeayy lama taklawat blog sendiri, rasa awkward pulak. Ni nak great apa yaa? Hmm okay hai semuaaaaaa, haa boleh la kan.

Okay ni nak update sebab ada manusia pelik macam paksa takpaksa jugaklah en suruh update. Okay kita turutkan aje.

So lets put the chemistry book aside, and start the story telling lah, eh.

2nov, bagi aku hari tangisan. Mula dengan pagi sepertiga malam, sambung dengan subuh yang hening and i was nonstop crying. 'Cuak spm lagi cuak dari nak kahwin.' Someone told me macam tu. Haha

'Acah' tenang pergi sekolah tapi masih hiba pandang 'kelas kuarantin' pandang dsb dan pandang sekeliling. keluar dari aspuri, terus kejar public phone call ibu lah kan. Dia punya speechless takpayah cakap laa, memang nasihat ibu je jadi sumber kekuatan.

"Jiji jangan takut. Jawab je, ibu tahu jiji dah usaha. Buat sehabis baik, selebihnya serah dekat Allah. Baca 'الم نشرح' banyak2."

Aku masih diam. Takmampu kata apa, pastu ibu sambung.

"Hari ni ibu ayah puasa.  Jangan risau  ibu ayah doakan. InshaaAllah Allah mudahkan."

Dan, gagang telefon aku kembalikan. Yeah, aku cuma taktahu macam mana nak berdiri tanpa sumber kekuatan aku, ibu dan ayah. Okay, taknak buat drama air mata dekat sini.

Alhamdulillah, so far so good lah kan. Walaupun waktu bincang2 memang banyak aku dah salah, tapi bagi aku setiap orang Allah dah tentukan bahagian masing2. Ada rezeki aku, inshaaAllah 11As, kalau itu yang terbaik.

Tiba masa aku tawakal untuk 4subjek yang dah lepas, BM ENGLISH PQS DAN SEJARAH. hmmm 'hubungkait' tralalalalala sejak bila sejarah ada 'relationship' macam bio physics chemist pun aku taktahu.

'Deskmate' ? Alep, solah. Macam biasalah alep punya 'sembang' memang nonstop lahkan, walaupun kertas aku tak dikutip lagi. Okay, sebab kawan, kita layankan aje. Aiceh. Dia cam rasa barakah ke apa taktahu lah en, sebab

Before masuk dewan KT baca doa, sebelah kiri ketua makmal huffaz, kanan ketua btk, belakang calon 11A+.

Wallaweh, complete lah en. Cuma nak bagi nizam jawatan apa je taktahu. Eheh
Paling cuak, paper english kot. I'm not good in making essay lah kan. Haha tapi ada hati nak fly negara barat. suke hati lah en, takyah jeles.

Dah la penat aku taip, macam takde apa apa cerita yang menarik pun. Haha lupa nak cakap terima kasih dekat 5B sebab bagi pinjam kelas. Ohyeah sangat bermanfaat duh.

Lupa nak cerita, rabu malam amel buat cuak semua orang. Time ni lah dia nak sakit. Memang malam tu spend tenangkan dia je. Pehh, memang mencabar tapi its okay for my chenta hati lah kan, amel . no worry, syafakillah amelia. I'm always there whenever you need me no worry. Malas nak story pasal amel ni pnjg2 nanti ke'suwit'an aku dan kawan2 lain jaga amel terselah. Risau semua kene diabetes mellitus. Eheh ((biology lama lagi ,jimbaa sikit))

Areena jatuh 4hari before exam lagi. Okay banyak sangat ujian. Jatuh tangga lagi banyak, takpayah cerita lah kan.

Risaunyaaa aku dekat kawan2 aku ni. Memang kalau jumpa, takde pesanan lain

"Jaga diri elok2. Jangan sakit2."
Kadang2 kesihatan sendiri pun kita lupakan. So apa salahnya mengingatkan.okay dah, aku rasa itu sahaja. Kalau nak cerita memang banyak.

Dear Valour, keep running. Perjuangan kita belum selesai. Allah pandang usaha kita. Jangan risau. Aku, aku sayang korang. No doubt. Habis kan sisa baki banyak lagi subjek ni dan jangan pernah menyesal dengan apa yang kita dah lakukan. Yeayyy
Okay dah itu je. Byeeeeeeee
#InValourWeTrust

Nota kaki: yang 'sana' tu, buat elok2 spm. Nanti nak jadi doktor kan. ☝ Eheh, byebye. Taknak kawan. Byeeee

Untuk junior yang acah sweet nyanyi2 depan asrama. Untuk adik2 dorm yang kejutkan hari2  pukul 4.30 pagi, untuk cikgu yang takbiarkan perut kami kosong lepas perah otak jawab soalan, untuk makcik dm yang nonstop bg makan kat kitorang dan untuk semua yang bagi sticknote, buat banner besar2 ....... TERIMA KASIH DAN AKAN KU BAWA MEMORI INDAH NI KELUAR BERSAMA KU NANTI. EEWAHHHH, FORGET ME NOT OKAYYY.