Saturday, February 4, 2017

Celebrating my 'January Babies'

Bismillah.

Okay taksangka tiba tiba malam ni rasa rajin nak post entry baru. 💃

Back to the topic, alhamdulillah 25Januari 2017 haritu, sebelum cuti panjang Chinese New Year, kitorang (hmmm nanti tengok gambar bawah tu ok) berjaya buat celebration birthday kanak kanak januari. Eh? Tak tak. Bukan kanak kanak, sbb diorang semua dah tua.

(From left; Aatiq, Amirul, Ammar, Azan, Farzana, Ellia, Azy, Kaksya and Jia)
Haaaa sebelah ni semua master mind. Agak kelam kabut jugak laa pada awalnya. Apa taknya, azy tengah rushing bersiap solat zuhur isnin tu, tiba tiba tengok whatsapp ada group baru. Rupanya itu group kitorang yang 'masih muda' yang nak sambut kakak kakak Januari ni. 

Aatiq macam biasalah, memang dia yang akan in-charge dari A to Z. (fyi, aatiq typing lama gilaaaaaaa sbb nak agihkan tugas 😭) Yang paling best, tugas kitorang yang perempuan ni paling mudah nak dibandingkan dengan lelaki lelaki acah macho semua tu. Azy mula mula dah cuak dah fikir, "Ni karang diorang suruh aku masak, apa pulak aku nak campak dalam pan tu. Masak untuk diri sendiri bolehlaa, ni nak hidang orang makan, MashaaAllah gigil kaki akak"

Tapi bila baca dekat senarai tugasan tu, nampak je "Masak Mee Goreng dekat Rumah Ammar dan Azan- Aatiq, Azan, Ammar, Amirul, Ashril" terus legaaaaa. Ya Allah, senang kerja aku. Hahahaha Kitorang (perempuan) buat apa? Haaaa memandangkan celebrate ni dekat rumah kitorang so, biasalah. Kemas rumah, set up kan tempat makan blablabla haa termasuk masak masak benda yang ringan ringan macam roti sosej dan wedges (yang Ammar sponsor dari stok barang dapur dia)

So hari selasa group tu dah kecoh dah. Haha padahal nak pergi beli bahan mentah je pun. Dia riuh sbb pada awalnya Aatiq Ammar dan Amirul nak pergi jalan kaki. Okay itu memang hobi diorang. Eyy Uber rm3 pun berkira 💩 Tiba tiba hujan turun dengan lebatnya selepas kelas pada petang itu, dan mulalah Kaksya sebagai kakak yang bertanggungjawab untuk memberi 'amanat amanat'nya "Eh, korang ni takpe ke hujan hujan ni. Ish akak risau lah. Pergi naik Uber! Ni bila pergi ni?" Dan banyak lagi 😭 Kami yang lain hanya mampu ketawa hahahaha Nasiblah diorang nak naik uber ke, nak berenang ke nak kuak lentang ke, asalkan besok makanan aku ada. Lelwz

Petang tu jugak Azan dengan Cheng An pergi beli kek. Hmm tugas azy macam biasalah, through whatsapp je. "Mana kek? Perisa apa yang ada. Berapa kg? Ramai ke tak yang suka makan?" dan last decision mestilah azy yang buat hahaha Kitorang beli Red Velvet Cake, 1.5 kg. Harga hmmm kalau simpan sikit hari boleh shopping Sephora lah. Haha

Jadi tibalah hari yang di tunggu tunggu. Aicewah, penat kitorang contact through ws supaya tak kantoi. Dahlaa semua jenis yang ambik je phone masing masing time 'break' lecture. Semua main games je ok, bukan nak stalk ke apa. (Esp handphone una laa, sbb banyak gila games dalam phone dia) Kelam kabut jugaklaa, sbb minggu minggu nak holiday ni banyak assignments yang nak kene siapkan. Semua group lah nak buat discussion petang tu. Dengan berserabutnya takdapat siapkan assignment 'Wine Glass' (MashaAllah benda haram memang susah nak buat even itu soalan Math).

Waktu tu, Azy balik 'awal' sikit dari yang lain, sbb dah stress sangat. Pukul 5.15 petang azy dah kemas barang, malas dah duduk library. Bukan siap pun kerja sbb taktahu nak buat macam mana. Yang lain masih gigih dengan assignments masing masing. Even Aatiq pun terlupa dia nak kene masak Mee Goreng petang tu. (OK! DAN AZY PASTINYA AKAN MENGINGATKAN SEMUA ORANG TENTANG TUGAS MEREKA. AICEWAH!)

Balik tu ambil bahan 'kudap kudapan' untuk digoreng dekat rumah Azy and terus set up tempat. Jia dengan Azy cleaned up ruang tamu while kaksya and Ellia gigih siapkan makanan dekat dapur. Bancuh air semua sekali laa. Bukan nak puji diri sendiri tapi ruang tamu kitorang lawa gila. Macam lapang, boleh main futsal 😜 Farzana balik lewat gila (plus balik dengan stress), tapi still bersungguh bantu kitorang dekat dapur. Terharu gitu huhu

Pendek kan cerita, malam tu dalam lepas maghrib semua benda settled. Makanan yang diorang masak dekat rumah Ammar pun semua kitorang angkut bawak rumah kitorang lah. Panjang cerita kalau nak bagitahu macam mana 'kitorang surprise kan January babies' yang pastinya, BERJAYA!

"Tahniahlah Azy, kau berjaya buat aku datang sini dengan harapan dapat siapkan Poster Biology. Aku tertipu!"- Husna Amni, 2017
Happy Birthday Ain, Una, Maisarah and Hanis 💖
Selesai makan makan, kitorang acah acah nak lepas 'stress' lah konon. Haha sempat main Werewolf. Lebih 10 orang main, memang panjang laa game tu. Dengan semua jenis karakter ada, dan semua macam "TAK, APA FUNCTION AKU NI SEBENARNYA?!?!" Pukul 11 lebih macam tu, semua chaw lah. Semua baru sedar kelas pukul 8 esok tu 👀 ft tutorial yang tak bersentuh. 'Drama kucing' before bersurai tu panjang lagi, tapi malas lah cerita. Saje letak sini supaya lainkali azy baca azy ingat dan ketawa sendiri. 😝

Hehehe apa apa pun, Azy macam taksangka gila kitorang berjaya buat benda ni semua. Even nampak kecil but still 'efforts' tu penting. Macam ni jelah cara kitorang nak kekalkan 'keriuhan' kitorang dekat sini. Muka muka ni lah yang kau nak jumpa for 5 years lagi nanti, yang kau nak mengadu semua perkara, yang ingatkan 'kau masih ada Tuhan' bila kau rasa give up dengan semua perkara. Yang nak suruh belikan burger bila balik dari library malam malam. Oh yes dan yang nak teman kau pergi mamak walaupun pukul 11 malam dan yang penuhkan storage phone kau dengan game 'Werewolf' yang kene bayar tapi taktahu cemana Ammar dan Amirul download for free 🌚. Taklupa, yang nak bagi kau semangat (teman duduk library) semata mata nak siapkan assignments yang banyak gila.

I thank Allah for giving me, 'THEM'. For more memories in the future! Thank you guys untuk semuanya. Dan February kita celebrate dekat iLapar atau Skohns Canteen pehlisssssss 😋 Hahaha jkjk

And akhirnya, goodluck geng, Less than 3 weeks before final. For sure semua busy lepas ni. Kita gagahkan jelah sem 2 ni. Sem 3 nanti goyang kaki sikit. Sikit jelah tapi. haha Semoga yang baik baik untuk semua. Dan aku harap korang takjumpa blog aku ni, kang habis lah aku kene, "gegeli je azy ni 😭 sentimental gituuu" Hahaha segan aku. Nanti kita dah grad kita baca post post ni semua sesama k. See you guys soon!

Bye and thankyou for reading 💚

Incomplete 'Werewolf' Squad 🐉