Wednesday, July 30, 2014

Hargailah selagi ada masa .


Tengok sekeliling . Cuba lihat apa yang kita ada . Apa yang kita miliki . Walaupun semua pinjaman Allah , tapi tetap tanggungjawab kita untuk menjaga semuanya . 
Bukan sekadar harta benda tapi seorang yang bergelar insan juga . Tidak kira ibubapa , guru , rakan mahupun adik2 kecil yang taktahu apa2 tentang dunia .

Sejujurnya , kita jarang mensyukuri nikmat yang ada selagi masih ada dengan kita . Hatta benda itu hilang , pergi sekelip mata , baru kita cari , baru kita cuba untuk kembali hargai . Pada waktu itu segala usaha akan kadi sia-sia . 

"Nikmat ukan sahaja apa yang kita dapat tetapi semua yang tidak Allah tarik dari kita misalnya tubuh badan yang masih sihat dan kaki yang masih boleh berjalan."
Sayang . Perkara subjektif . Kalau diuruskan sempurna maka kekallah dia . Aku takfaham kenapa perlu difikirkan tentang 'perlukah menyanyangi' atau 'haruskah berhenti' sedangkan tiada henti kasih sayang ibu ayah adik beradik sesama keluarga walau beadai tiada henti menimpa .

Allahu , kerana kadangkala manusia terlalu berfikiran cetek . Takfikir perkara jauh . Aku , bukan banyak pengalaman hidup , tapi masih belajar dari segala pengalaman yang pernah dilalui . Kerana dalam satu perhubungan itu kita takmungkin dapat 'memberhentikan' ukhwah yang pernah terjalin KECUALI mengubah kepada menjadi musuh . Itu hanya opinion saya . taksahih . bukan dari mana-mana sumber.

Sama seperti persahabatan , kenapa nak fikir nak putuskan persahabatan sedangkan "air yang dicincang takkan putus" . Lari macam mana pun , kawan2 tu jugaklah yang kau akan hadap .  Kawan bukan ada tali yang akan dijadikan 'sempadan' untuk mengabaikan atau tidak dilayan .

Entah , aku cuba menyampaikan yang lain . tapi taktahu andai anda paham lain . Mohon maaf atas segala kekurang . tulus ikhlas maaf zahir dan batin .

As a conclusion , salagi ada waktu , selagi ada kesempatan  hargailah apa yang kita miliki , kerna suatu hari nanty pasti akan pergi . Sama ada pergi kerana kesalahan diri sendiri mahupun pergi atas kehendak Ilahi . Namun jika salah satu terjadi , jangan sedih , jangan putus asa , Itu semua atas izin Allahu Rabbi .



Sekali awak nak jauh dari Allah , Allah lagilah taknak pun dengan awak . Maka , jangan pernah abaikan Allah. - Ustazah Maryam Karimah

Ya Allah , tabahkan aku dengan segala kemungkinan yang akan terjadi selepas ini. Aku perlu kekuatanMu dan aku hanya berserah padaMu.
Wallahualam . Assalamualaikum .

Friday, July 25, 2014

Ramadhan berkat , Syawal membawa rahmat .



Alhamdulillah . Ramadhan kali ini , 1435H ini nak habis dah . Allahu Rabbi . Satu nikmat yang takmungkin saya lupa . Nikmat yang takterhingga nilainya , tidak terhitung banyaknya dan tidak terkira bilangannya . 

Bermula satu ramadhan sampai setakat saya tulis ini malam ke 28ramadhan . Macam2 peristiwa . Mengajar saja erti hidup . banyak duka namun akhirnya kutemu sukanya . Kadangkala terlalu suka sampai akhirnya terpaksa tahan perit duka selepasnya . Itulah manusia , kadang kala alpa . Termasuk saya sendiri .

Paling takboleh lupa . Peristiwa Jumaat itu :'( Allahu Rabbi . 20Ramadhan . Saat tu aku rasa betul2 lemah . Badan kutahan dari terus rebah . Hatiku takhenti zikir , kembali pada Allah . Hanya satu terdetik bila perkara 'itu' berlaku , "YA , KHILAF AKU . MUNGKIN AKU YANG SALAH . BUKAN MUNGKIN TAPI MESTI AKU YANG SALAH."

Pagi lagi , takde tempat lain nak mengadu . Air mata yang aku tahan sejak pagi terlerai waktu perhimpunan . Sewaktu kawan-kawan datang bagi sokongan. 

"Takpe Azy , pakai meja nisaq atau aina yang balik tu dulu . Petang nanty kita cari meja."
"Sape yang kejam sangat ny ? Bulan puasa kot."
"Azy , sabar . Kau kuat."
Memang waktu tu takfikir lain . hanya fikir barang2 bawah meja . Manalah perginya semua . Dan mula dapat tahu tentang sebuah 'meja' .


"Azy , aku ada nampak meja kat depan bengkel KH . Takkan meja kau ?"
Hati tersentak . Darah mengalir laju . Rasa nak jatuh . Rasa memang dianiaya . Tapi , atas izin Allah . DIA kurniakan aku hati yang kuat untuk terus sabar . Iman yang 'sado' untuk terus redha . Mata yang kental untuk tak terus mengalir airnya dan bibir yang lembut untuk terus tersenyum , jauh dari kata2 kesat .

Lepas perhimpunan , aku kuatkan diri nak tengok 'meja' itu . Hancur . Barai ~ segalanya --' Allah sahaja yang tahu perasaan aku waktu tu . Terus pergi ke kelas TANPA berkata apa-apa . Dan pada waktu itu aku memang takkuat . Aku menangis semahu mahunya (*memandangkan putera kena tahan kat perhimpunan , jadi MEREKA TIADA.) Esakan aku takboleh dibendung . Allahu Rabbi , Ampunkan aku andai perbuatanku itu keterlaluan . 

*Meja ada , atas bantuan Hassan dan Naim , juga Alep dan KB . :') Mereka 'kutip' barang2 bawah meja aku yang banyak takterkira . Cari meja untuk aku guna pada hari itu . Allahu , speechless .

Sejak pagi tu , emosi takmenentu . Belajar chemist pun tahan air mata . Risau cikgu samsir nampak . Nanty dye tanya pulak . Habis Luthfi Arif , semua pun aku marah . kesian dia . Okayy , sorry . My bad . Aku Silap , emosi takmenentu . .


"Hek eleh , nangis lagi . layanlah perasaan kau tu. Cengeng ."
"Azy , Hassan nak jumpa waktu rehat."
Sampailah akhirnya , I've had a LONG CONVERSATION with hassanuddin . Huhh . Perbincangan yang serious aku pernah rasa . Beza sangat aku dengan hassan . Cara dia sangatlah matang dan aku ? Allahuu . Terima kasih hassan atas keprihatinan . terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar . segala 'kejujuran' walaupun err ~ takkisahlah . 

Dan since benda ny berlaku , aku mengaku . Aku takut jalan sorang2 . Rasa takselamat . Rasa fobia dan bermacam lagi . Mungkin itu satu pengajaran untuk aku . Aku terima . Alhamdulillah , aku ada mereka2 yang sentiasa support di belakang aku . Terima kasih semua .


"Azyyati , awak tolak cinta siapa sampai dia marah sangat ny?" - Pn Rahayu Kandar
"Kamu ade admire tak ? siapa2 yang kata dia suka kamu." - Pn Zubaidah Jusoh

Dear 'Anda' , 
Saya taktahu apa alasan awak buat macam tu . Andai ada kekhilafan yang saya taktahu , awak dipersilakan untuk bagitahu saya . Face to face lebih indah rasanya . Saya perlu baiki diri . Terima kasih kerana jadi medium untuk saya kembali pada pencipta . Kembali pada Yang Maha Esa . Saya minta maaf atas segalanya . Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi anda dalam hidup di dunia ini . Tapi tolong ingat satu benda .


Segala urusan yang tertangguh di dunia akan diadili seadil adilnya oleh Allah di akhirat kelak.
Saya rasa lebih mudah andai kita uruskan benda ini elok2 . Nak raya dah . Ramadhan pun nak habis . 




Dan kepada semua , terima kasih kerna sudi membaca .
Di kesempatan ini , saya , NUR AZYYATI ZULAIMY dengan penuh rasa rendah diri ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI DUNIA INI .

Maaf andai selama ini berperlakuan tidak baik , menyinggung perasaan dan sebagainya . Baik secara realiti atau alam maya , laman sosial maksudnya . Okayy , semoga raya ini membawa seribu makna kepada anda . Dan semoga madrasah ramadhan ini dapat membantu kita untuk terus istiqamah dalam melalui kehidupan pada hari2 yang mendatang . Wallu'alam :') Assalamualaikum wbt .



Saturday, July 12, 2014

Allah dekat .

Sudah terjatuh baru sedar . Itulah realiti hidup sekarang . Bukan nak tuding jari , tapi saya nilai diri sendiri . mungkin sebab itu , Allah turunkan banyak ujian . Allah rindu hambaNya kembali mengadu padaNya . Segala ujian yang Allah berikan , merupakan satu rahmat kalau kita terima dengan sabar dan redha .




Saya musykil dengan norma hidup masyarakat sekarang . Terlalu sibukkan hal orang lain sehingga masalah sendiri tak dihirau . Terlalu tuding jari cari pasal cari buruk orang lain hingga lupa segalanya datang dari Pencipta . Terlalu sibuk menilai orang lain hingga lupa nilai , cermin diri sendiri . 
Terlalu leka dengan urusan duniawi sehingga lupa kehidupan hakiki .

Bila deraian air mata taktertahan . aku kembali cari hikmah disebalik yang berlaku . Benar , aku punya ramai orang yang sokong , namun jangan dilupa tatkala mereka menyokong , rupa2nya merekalah dalang dalam segala perkara yang menjatuhkan kita . Bukan nak menyalahkan sesiapa , mungkin juga aku yang salah . Tapi , taksalah jugak kalau kita kembali sama2 nilai semula diri . 

Aku takkuat . Aku taksanggup marah . aku takrela tinggikan suara sebab kau jugaklah yang selalu gembirakan hari hari aku . Tapi , segala benda ada hadnya . Sabar aku pun macam tu . Aku takharap pujian , apatah lagi kutukan dan yang paling utama perlian . Aku taksanggup nak terima lagi semua perkara . Cukup sekadar kata2 pemangkin semangat untuk aku terus berjuang di bumi pinjaman Allah . Dan kalau kau takmampu , DIAM . itu sudah cukup memadai .

Bukan salah untuk menegur , namun segalanya ada cara . Rasulullah dah ajar cara penuh hikmah . Baginda dah tunjuk suri tauladan yang boleh dicontoh . kenapa nak buat sebaliknya ?


Apabila yang baik itu menjadi satu bahan ejekan , bersediakah kita untuk menerima Allah punya hinaan ?

Aku taksempurna . Ini sekadar perkongsian . Sebab hati ini dah taktertahan menjalani susahnya kehidupan . Taksanggup menanggung peritnya kehidupan . dan paling utama tak mampu menahan deritanya kehilangan seorang kawan atau teman .

Allah itu adil . Allah itu ada . Allah itu dekat . Mungkin sekarang masa anda menindas . dan satu hari nanti bersedialah untuk 'ditindas' . kalau bukan di dunia , ingatlah ! Janji Allah itu pasti , akhirat kelak pasti . Jaga aib orang dan Allah akan jaga aib anda . Jangan sampai dah jatuh sehingga tiada lagi tempat di bumi baru kita sedar . Na'uzubillah . 




Dan terima kasih untuk semua yang ada dibelakang saya tatkala diri ini tiada arah tuju . Yang menyedarkan saya pentingnya sesuatu ukhwah . yang sanggup berkorban demi saya semata mata kerana Allah . Moga rahmat Allah selalu mengiringi dan doa saya kepada anda takkan pernah henti .


Dalam hidup ini , kita berjaya , kebanyakannya merupakan doa dari orang lain. - ustazah Maryam Karimah

Jom kita renungkan ayat ni sama2 .
 A051
 Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)!" Mereka pula akan bertanya: "Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula?" Katakanlah: "Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!" Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Kapan (kiamat) itu (akan terjadi)?" Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!"

Allahu rabbi . Moga kita terus tabah menjalani hidup seharian . Dan paling utama banyakkan ibadah bulan Ramadhan ini . semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba Allah yang bertakwa . dan sama2 kita kejar LailatulQadr :') Wallahu'alam .

#gazaunderattack #prayforGaza #FreeGaza