Tuesday, April 26, 2016

#VLGraduationDay


Bismillah. Okay dah lama tergerak nak buat post pasal hari graduasi ni cuma 'emosi' tak mengizinkan huwaaaa okok ramai dah yang koyak, rabak hancur lebur semua tapi takpe, aku buat post ni takdela throwback mana, ini juga untuk kemashlahatan bersama. Bukan apa, waktu duduk rumah sensorang ni boleh laa nak fefeeling sikit, satgi parents dah balik kerja semua terkejut, putus cinta ke apa anak aku ni menangis sampai bengkak mata. kkkk so aku tulis ni cukup sebagai kenangan nanti aku dah tetua nak kasi anak aku baca ewaaaah. 

Nampak gambar tu? Happy kan? yaaaa, mashaAllah, seronok takterhingga bila dapat gather balik dengan manusia manusia yang lima tahun kita hadap tu (oh ada jugak yang setahun lebih but its okay tetap ada tempat dalam hati, ewah) Basically, hari graduasi kitorang ni takdelaa sehari dan tamat. sebab dia macam start awal dan berlarutan sikit laa kan. Hmmm sekarang ni aku taktahu nak buat plot imbas kembali ke apa apa ke.. hmm jadi korang pepandai laa susun plot ni mana satu klimaks mana satu peleraian ok, BM aku pun tak A+ so memang terabur sikit. hehehehehehehe

Putera, awal lagi gerak. Jumaat dah bertolak dari hometown masing masing pergi homestay. Masing masing memanfaatkan lesen P. setahu aku homestay dekat Labu, tapi taktahulaa kalau aku silap. Tapi kitorang puteri, Jumaat tu lek lagi kat rumah, tunggang langgang lagi lari lari cari baju grad, masih 'gaduh' lagi dekat group ws bincang tudung apa nak pakai, masih menggelabah lagi cari kasut sbb semua takde 'court shoe'. Hahahahaha well, perempuan kan. Tapi sabtu tu semua dah gerak SMAPLabu laa nak ambik jubah semua. Putera pulak hari Sabtu tu Alhamdulillah sempat pergi melawat cg Shamsiah yang sedang sakit dekat Bangi. Ramai ramai convoy masing masing dengan kenderaan sendiri. Aksi lagak ngeri ke apa tu takpayah cerita, cukup tengok diorang drive 10m dari depan dsb nak keluar kawasan sekolah tu, aku dah tahu memang dah dekat dah ajal tu. hahahahahaha jkjk apa apa pun diorang selamat jeee sampai SMAPLabu untuk raptai malam tu.

Petang tu sempat jugaklaa keluar makan Bangi jap. Takdelaa gathering Ilham pun sbb Azmi takde. Lagipun Kasyah drive Avanza dan takmuat nak sumbat semua orang. Lewlz sorry azmi, nanti next time kene cari Alphard baru boleh angkut semua. Hehe kitorang sampai Bangi Sentral nak cari 'tempat makan hipster'. banyak memang banyak masalahnya parking. Ya Allah, tiga kali pusing kawasan tu barulah jumpa satu parking. MashaAllah. Lain tempat kitorang cadang nak pergi, tapi sbb parking dekat dengan "April 24" so kitorang pergi jelah situ sbb malas nak jalan jauh. Masing masing kelaparan. Semua tak lunch lagi. 

Okay okay jelah makanan kat situ. Mahal memang mahal tapi sebab Alep dengan Syaraf payung lebih so sikit jelah kene bayar. hahahaha paling sedap pavlova kot yang lain macam biasa je. Alep kata nasi goreng dia macam letak perencah Maggi. Haha taktahuler kawe nak gambarkan cemana rasa dia.

Petang tu dalam maghrib sampai SMAPLabu terus lari lari sebab raptai start pukul 8. Baju tak iron, shawl lagi, nak mandi lagi, solat lagi. Haaa memang terabur sikit laa. Malam tu raptai, hehe dahlama takrasa kene arah, kene dengar ucapan, nasihat, teguran centu. Ingatkan awal laa jugak habis rupanya lambat jugak, 11 lebih baru habis rehearsal. masing masing bosan time rehearsal duk ws takhenti. send gambar 'muka bosan' masing masing, sempat lagi skype, facetime dalam dewan tu. hahaha sabar jelah. Balik asrama semua kelaparan, putera okay lagi boleh drive lepak makan kat luar yang kitorang ni takkan laa nak jalan kaki kan. So, masing masing makanlaa lebihan potluck petang tu. Dah laparkan, semua benda sedap. Pastu sembang takingat dunia, dah lama takjumpa kaan, macam macam cerita dah keluar. 

Pagi grad untuk aku, memang terabur. Orang lain macam ok je aku tengok. Semua awal kecuali aku. Dah lambat pun sempat je ws dengan wadaah. Cuma aku voice note je sbb gelabah sikit malas nak taip hahaha. Dia sampai kesudah ketawakan aku. Aku tidur bilik junior, so turun nak jumpa diorang ingatkan nak gerak kantin sama sama. sekali bilik sakit, musolla semua dah kosong. Cuma ada fanor je tu pun tengah panggil siapa tah. Hahahahaha waktu sampai kantin tengok semua dah habis makan. Haha aku datang mengadu tudung takjadi je pastu pergi tandas, ain mus tolong betulkan. Haaaa tu memang perangai aku, jenis yang suka menyusahkan orang sikit. Hahahaha nasib baik ainmus ni baik orangnya, sabar jee layan aku. Hehehehe 

Overall majlis Graduasi berjalan dengan sangat lancar. Okay je walaupun tudung cam selebet sikit tapi banyak je gambar aku ambik. Hahaha jenis yang dah redha muka horror. Best laa ambik ambik gambar tak ingat dunia. Bila lagi kan dapat bergambar pakai jubah graduasi SMAPLabu tu. Nak jumpa batchmates ramai ramai macam tu kan. 

Pinjam bunga Azlina.
Tahniah Azlina, pelajar terbaik SPM2015 plus dapat anugerah pelajar terbaik subjek elektif. Tahniah jugak Alep dapat Anugerah pelajar terbaik subjek teras. Tasnim dapat anugerah pelajar konsisten. Fuyooooo hebat hebatlaa semua. Hehe Dan tahniah buat semua penerima Anugerah Platinum, Emas dan Perak dan semua orang takterkecuali. Kita berjaya habiskan SPM dengan cukup membanggakan. Ohyeaaaahhh

Dah penat tengah hari tu, dalam pukul 3 kitorang gerak ke PD naik bas untuk BBQ. Sampai sana baru tahu nak kene hidupkan api sendiri. Dahlaa puteri je ada waktu tu. Putera taksampai lagi. Apa lagi, semua gabung idea ah, gunakan kemahiran hidup yang A time PMR dulu semata mata nak nyalakan api untuk bakar arang tu. Hahahaha susah memang susah tapi berjaya. Yeaaahh credit sikit dekat 'cipppppp' Adeng sbb dia paling gigih tiup bagi api tu dapat menyala. Oh dan semua laa termasuk yang lari lari pergi beli lighter dekat kedai runcit seberang jalan sbb puteri mana ada yang merokok. yang kipaskan api tu, yang halang angin masa nak hidupkan api, yang kipaskan aku pun ada jugak lewlzzz Hahahaha aku siap google lagi macam mana nak bakar arang, halamak takdehal lah. Tapi banyak jugak sosej hangus yang kitorang buat. hahaha

Ketika putera sedang sibuk menyiapkan makanan BBQ, kami disini dengan penuh gembira sekali. Hehehehe

Tapi petang tu putera sampai, diorang sambung bakar laa. Diorang lebih arif bab bab bbq ni. Kitorang main pasir je pastu ambik gambar tepi laut je. Hehehehehe Malam, lepas maghrib, makan. Haaaa part ni best laa sbb semua kan kelaparan, so bila makanan dah ada semua serbu macam pirana. Hahahaha tu yang sampai ada yang takdapat sosej dan sotong tu. Hmmm takpe, putera memang bab makanan diorang berkira sikit eh tak, berkira banyak. hahahaha sampai mengungkit dekat Twitter but its okkkkkkkkk. Aku faham diorang penat bakar en. kkkkkk Nanti datang rayalah aku ganti sosej dengan sotong engkorang tu hahahaha.

Habis makan makan, hmm time ni dah mula sebak dah. Dah tahu dah nak balik satgi. Haaaaa waktu ni nak cover sikit so aku ajak diorang ambik gambar. Aku yang before ni taksuka pantai sbb pasir pasir tapi kali ni redah je, dah takhirau pasir masuk baju ke seluar ke apa ke. Stokin penuh pasir pun takkira asalkan dapat spend time dengan kawan kawan. dah settle semua, putera pun dah kemas barang barang BBQ tu, then diorang gerak dulu. Diorang ni banyak program lain so kita biarkanlaa. Kitorang balik naik bas, lepastu semua dah nangis nangis dah, touching. Malam tu aku memang dah nangis teruk dah. Tapi sbb penat sangat aku tido. lepastu pagi esok tu putera buat drama, okay koyak balik. lepastu semua post dekat insta dengan caption sedih haaa barai, rabak balik dan begitulah seterusnya. Sampai bila aku taktahu. 

Maka dengan ini, tamat sudah perjalanan aku dan kawan kawan aku sebagai pelajar sekolah. Lepasni banyak lagi benda nak kene tempuh dan aku taktahu boleh ke tidak dapat kawan kawan yang se setia anda semua. #ValourIIIV takdehal lah, walaupun bergaduh je dari form 1 sampai form 5 tapi tetap ada saat diperlukan.

Girlsssss, nanti dekat luar sana, take care. Jangan lupa diri, be safe. Cari orang yang betul betul boleh jaga korang waktu susah, senang, waktu sakit, tergolek, terjatuh tersembam semua. Fokus dengan matlamat hidup, be educated sbb kita ni taklaa kuat mana. Nanti dah jadi isteri isteri solehah, dan jadi ibu ibu mithali kita boleh buat family day pulak. hahahahahaha Lelwzz so minta maaf salah silap sepanjang aku dan Caq jaga korang. Dekat luar sana ramaaaaaaiiii lelaki yang ada tapi pastikan yang datang dalam hidup kita itu yang betul betul bersungguh dan terima kita apa adanya. Jangan leka kejar dunia je, akhirat jangan lupa. Semua yang kita dah belajar dekat SMAPL tu praktikkan, jangan sia sia kan. Terima kasih untuk semua kenangan yang mengajar aku banyak soal hidup dan persahabatan. Loveyaaaaaaaaaaa.

Untuk putera Valour, terima kasih untuk semuanya. hahahaha gaduh gaduh, benci benci  pun korang still bakarkan kambing, sotong, udang, sosej jagung dan semualah untuk kitorang. Hahahahaha sedap sedap, korang jangan risau. semua aku makan takde satu pun yang macam hangus sangat dan takde pun yang takmasak. perfect laa.  Macho macho korang pun koyak jugak bila hassan bagi speech. hahahaha lewlzzz Aiceh Minta maaf salah silap dan all the best bakal bakal pemimpin agama, bangsa, dan negara ohh taklupa bakal pemimpin keluarga. Cuma nak pesan. drive tu hati hati sikit. Adoh, jenis yang drive macam takde pedal brake ni aku stress jugak. Memanglaa maut tu pasti tapi kau jangan cari pasal pulak, alaaaaahai. 

Dan untuk semua, Goodluck untuk hari hari selepas ini. Bila kita terfikir susah nak lepaskan kawan kawan kita, ingat balik. Kita semua ada cita cita. Nak sampai pada cita cita tu memang kita kene korbankan banyak benda. Dan salah satunya adalah ini. Kita korbankan persahabatan kita buat seketika. Bukan bermakna terhenti, tetapi beri ruang untuk semua gapai apa yang di impi. Kalau takhabiskan zaman sekolah menengah ni, macam mana nak masuk alam universiti yang masih panjang lagi. Ada jodoh nanti kita jumpa lagi. Lagi best kalau orang pertama kawin dengan batchmates sendiri, yeaaaayyyyy boleh reunion lagi. HAHAHAHAHAHAHAHA AAAAHHHH aku takkira, mesti ada yang kawin satu batch jugak, ahh aku takkira. Kene ada. 

Hehehehehe so babai bakal bakal doktor, engineer, cikgu, pensyarah, pegawai pegawai besar, calon calon CEO, accountant, lawyer dan semualah. Semoga apa yang korang hajatkan menjadi kenyataan dan  terus dalam jagaan Allah. Terima kasih sudi luangkan masa baca post ni. Dan babaaaaaiiiiii

Takkan pernah tinggal dalam doa. #ValourIIIV
Tak koyak, kan? hehehehehehehe

Tuesday, April 5, 2016

Fanor.

Bismillah, okay saje nak bagitahu aku sepatutnya dah post lama dah pasal fanor ni tapi disebabkan aku update guna phone, and apps blogger tu memang gilaaaaa, dan takpublish publish sampai laa ke hari ini. Jadinya, aku pun rajinkan diri aku untuk tulis balik. Hmmmkk sebab sayang fanor, aku rasa okay je nak REtype 10 kali pun. Ewah

sebenarnya banyak lagi kerja (tapi bukan house chores laa, sebab tu semua kene settle dulu hari hari barulah boleh hidup tenang bukak twitter instagram dan semua benda tu hehe) yang aku taksettle lagi. Kerja tu maknanya macam nak kene settlekan dokumen2 yang nak kene submit, nak isi borang blablabla photostat pebenda tah. Tapi, aku takde mood nak buat selagi taksiap post pasal fanor ni. Sbb dah janji dengan dia. Haha rasa taktenang laa bila taktunaikan janji ni. Ewah poyo nya aku. Tapi betullah, so sebab tu aku rasa nak tulis dulu entry ni and satgi aku sambung semua benda yang tertunggak tu. Buat dengan hati senang, lebih mudah. Takgitu? Aiceh


Untuk yang takkenal, meh sini aku perkenalkan. Tengok sebelah ni, (saje letak gambar form 4, nak tunjuk fanor kurus kit hahagagaaha) Fanor atau nama penuh dia Fatin Norizzaty bt Osman. Haaa, bab nama nama penuh ni aku terer sikit. Ejaan semua boleh dikatakan 98% tepat. Yelaa, 2tahun pegang batch, berapa banyak benda aku buat. Mestilah concern sikit pasal kawan kawan ni kan. Hehe Okay macam mana aku boleh rapat dengan fanor ni? Sebab utamanya ialah kitorang ni dormate waktu form 4.

Kalau dah dormate tu, memang duduk sebelah katil lah. Takpernah lagi aku dormate dengan batchmate tapi duduk jauh jauh. Haha aku ni jenis yang lambat sikit nak beramah mesra kalau dengan batch lain. Hmm kalau orang kata aku sombong pun aku kene redha, sebab aku memang macam tu. Haha Kalau akak akak senior pun, aku rapat dengan akak dorm je, junior pun dengan adik dorm je. Kalau yang selain daritu itu biasanya adalah sebab sebab lain aku rapat. Hahahagagahaha well kita berkenal atas sebab tertentu kan. Aiceh, so sebab aku ni celik je mata, nampak fanor. Balik sekolah nampak fanor. Nak makan nampak fanor, sebelum tidur pun sembang dengan fanor dulu. Haaa gila kau takrapat. 

Okay aku taktahu nak buat plot penceritaan macam mana, tapi aku harap korang berusaha lah untuk faham apa yang aku cuba sampaikan. Hehehehe gigih ni aku nak siapkan. Aicewah. Kalau korang nak tahu, Fanor adalah satu satu nya manusia yang selalu menyedarkan aku bahawa aku ni garang. Haha takpernah lagilaa orang yang rapat dengan aku cakap depan depan, "Azy, kau tahu tak? Aku gelak gelak ni pun sebenarnya aku takut dengan kau. Kau ni garang." Tapi itulah ayat fanor. Dia jenis yang "seram" walaupun aku takbuat apa apa pun. Aduh, kau kenapa sebenarnya? hahaha tapi takpe, asalkan kau faham aku, aku takkisahlaa fanor. Kau nak kata aku singa ke harimau ke, garang macam anjing ke apa, ikut suka kaulah. Aku tetap sayang kau.

Haa, fanor ni jugak antara orang yang tahu aku tengah geram, marah dan merajuk tanpa aku perlu bagitahu samalah macam ain fit, athilah dengan sara. Haha Aku naik dorm, diam je lepastu amik bantal tutup muka tidur, haa dia tahulah tu aku stress. Takpun aku diam je malas nak layan orang, itu pun fanor tahu lah tu aku takde mood. Hahahaha dia hanya akan diam dan akan sapa aku semula bila nak pergi makan. Haaaa, hebatkan fanor. Ajak makan dia takpernah miss walaupun aku tengah marah dekat dia sekalipun, dia tetap akan ajak aku makan dekat dm. Hehehe caaayang fanor, dia takkan kasi aku berlapar, nanti gastrik hehe

Waktu form 4 adalah waktu aku paaaling busy, paaaling tak terurus, paaaling stress, paaaling banyak kali sakit dan bermacam macam paling lagi. Jadi, yang hadap ni semua, fanor lah. Dialah yang terpaksa dengar semua yang aku luah sambil nangis nangis, kalau dengan sara, sara nangis sekali. Tapi kalau dengan fanor ni lain, nanti last last conversation dua dua mesti ketawa hahahahaha kadang kadang lupa semua masalah tu. Chooiiiii. happy go lucky nya fanor ni. Hahaha tapi honestly, macam mana aku stress pun, bila balik dorm, kita borak2, aku rasa relief gila. Rasa macam lupa semua masalah. Apalah magic sangat fanor ni hehe

Haaa, paling banyak kali sakit ni memang aku fobia sikit waktu form4. Well, waktu form4 ni sebab kan busy, rutin makan aku pun tak teratur. Makan salah, takmakan pun salah. Bila makan, perut senak. Bila takmakan gastrik. Hahahahagahahagaaga dilema beb. Tapi setiap kali aku sakit perut, fanor lah yang akan setia papah aku ke bilik basuh untuk basuh tangan. sebab biasanya aku senak sampai takboleh jalan ni ahad malam, lepas pot luck dorm. Well dorm aku ni rajin sikit bawak makanan. Aku pulak jenis yang nafsu makan ada, tapi bila ada depan mata, baru ambik bau dah kenyang. Hahahaha fanor baik beb, sampai bekas makanan aku pun dia basuh. Aku kalau senak memang takboleh buat apa. Terbaring je. Kalau nasib baik sikit, bolehlaa ketawa, kalau tak, haaaa menangis la sampai lena dibuai mimpi baru senyap. hehehe

Paling terharu waktu aku sakit gigi. (*lap air mata dulu tsktsktsk*). Aku ingat lagi, waktu tu dah dua hari aku sakit gigi dan gusi. hari first aku paksa lagi makan walaupun sakit gila. Masuk second day, aku minum air je. aku taklarat. Malam tu aku takprep. Sebab sakit sangat, aku duduk dorm je waktu prep. Aku tido, dengan harapan aku takrasa sakit tu. Tapi malangnya waktu almulk aku terjaga. Sebab lapar. Aku sakit perut. Tapi aku taktahu nak makan apa. Aku buntu nak buat apa. Apa lagi aku buat, menangis lah. Kau datang dekat aku, kau tanya aku kenapa. Dengan penuh siksanya aku jawab, "Aku lapar, fanor *sambil meraung*" Lepastu kau pergi, aku ingatkan kau pergi tandas gosok gigi, basuh muka kaki semua macam biasa kita buat hari hari. Aku pun dah pasrah dah.

TAPI RUPANYA KAU PANGGIL ATHILAH DEKAT DORM SEBELAH. Huwaaaaaa, Tella datang lepastu dia tanya aku nak makan apa. aku kata aku taktahu tapi yang penting aku lapaaar gila. Then, tella check makanan dalam locker aku, hmm takde. semua makanan taksesuai. (sebab aku ni jenis dalam locker ada Mamee, Mister Potato, Biskut Hupseng, Snickers, Kitkat dengan M&M hahaha) semua keras, cemana aku nak kunyah. Suddenly kau cakap, "Haaa aku ada coco crunch dengan susu. Bolehkan lembut kan coco crunch tu dengan susu?" Peh, waktu ni aku terharu gila. Walaupun korang pun tahu aku taksuka coco crunch tapi sebab itu je ada, aku redah jugak.

Lagi terharu bila korang yang berlari cari mangkuk, cari sudu. Letakkan coco crunch tu, dan paling penting, fanor dan tella jugakla yang suap aku. Sumpah beb, aku taktahu kalau korang takde malam tu, gastrik aku teruk mungkin separuh mati dah. Haha Even waktu tu dah lewat malam. nak dekat pukul 12 tapi still korang teman aku makan. Sampai habis, dan fanor jugaklah yang basuh semua bekas tu. Huwaaaaa terharunyaaaaaaaa aku taktahu nak cakap terima kasih macam mana. Tapi aku memang hargai gila. 

Tapi lama lama aku tahu, kenapa kau panggil Tella. haaaaa, alasan dia ni aku dah agak dah. Sebabnya dia takut. Dai taktau nak buat apa, dia takut aku marah dia. Hahahahaha asyik buruk sangka je kau ni fanor. Aku tengah sakit, takdenya nak marah kau. tapi takpe, aku faham. Kau memang gitu.

Selain kerja yang baik camtu, kita pun ada cerita jahat. Tapi taklaa jahat mana. Hahahaha cuma takkosongkan asrama waktu maghrib isyak je. Haha sebab waktu tu lepas maghrib kita naik mandi en, pastu siap cam biasa, tahu tahu je gate dah kene kunci. Hmm apa lagi, muka selamber je duduk dorm, baca buku. Muka takbersalah. Lama gila gate nak bukak, kita dah laa tak isyak lagi hahaha sabau jela. lepastu, ada satu peristiwa ni, yang kau dekat tangga bertentangan ngan aku. Hahahaha aku tahu, fanor mesti ingat "PERISTIWA TANGGA" tu, peh malu gila. Tak, tak, jangan risau, bukan jatuh tangga tapi ada yang lain. Mweehehehehe sampai kau kata, "OHH AZY, INI PERANGAI KAU SELAMA NI. DISEBALIK KAU YANG GARANG, NI RUPANYA KAU" Hahahaha taknak ah cerita kat sini, nantilah hahahahaha sorry la fanor, tapi simpan tau rahsia ni, mampus aku kene bahan seribu tahun kalau orang tahu. 

Oh lupa, Fanor ni jugak antara orang yang setia tunggu aku balik dorm, selalunya dia akan tunggu aku balik dorm baru dia tidur. Tapi akhir akhir tahun tu dah jarang, sebab aku mmg balik dorm lambat je selalu. Sebab settle kan Ilham bagai. Sampai aku kene pesan, "Kau ngantuk, tidur laa dulu fanor." Tapi biasanya kau akan jawab, "Eh takpe, aku tunggu kau." Wuish, terharu beb. Tapi aku jahat en, sebab kalau kau nak stay up aku taktunggu pun. Hahahaha bukan apa, sebab aku ni taktahan la nak stay up lelama. But usually aku akan baring sebelah kau kat lantai tu, bila kau habis study, aku kejut aku naik katil. Hmmm that's how it goes...... hehehehe

Fanor, nak tahu? Ada satu benda ni, dulu aku segan nak cerita kat kau, nanti kau kata aku acah sweet. Hahahahaha tapi memang aku buat benda ni. Ingat tak waktu ada minggu tu aku takbalik dorm dari prep sampai subuh sebab siapkan Ilham dekat bilik akses? Ada satu hari tu, aku balik waktu azan and aku terus subuh dulu dekat musolla. Lepastu baru aku naik dorm. Bila sampai dorm aku tengok kau tengah tidur lagi, then aku pergi sebelah kau, duduk atas katil kau. Aku nak kejut tapi kau nampak macam letih gila. Aku pandang je, waktu tu tiba tiba aku sebak, taktahu kenapa. Mungkin sebab aku letih sangat sampai aku rasa bersalah sbb selalu ignore kau sebab aku busy. Mungkin jugak sebab aku teringat, lepas ni takdapat dah nak bangun pagi pandang muka kau. Hehe (*sedih lah gilaaaaaa*) hmm tapi taklama pun, aku baru nak nangis, tiba tiba kau gerak, so aku pun terus kejut kau bangun, subuh dan mandi. Bila kau dah bangun, aku pulak tidur tempat kau sementara tunggu junior ironkan baju aku. HAHAHAHA BUKAN BULI LAAA, MINTAK TOLONG JE. DAH DESPERATE.

Hmmm bila aku fikir semua tu balik, well banyak lagi benda. Cuma tak boleh nak diceritakan. Takcukup satu novel kot. Hahaha cemana kita pergi sahur, bising macam lupa itu pagi buta. Lepas sahur lari2 naik dorm, bukak locker serbu kuih semperit dengan kurma. Lepastu makan cecepat sebab takut imsak. Then, lepas tarawih, duduk lantai bawah kipas sebab panas berpeluh sambil makan kuih semperit. Bergaduh lagi semperit siapa lagi sedap walaupun hakikatnya kita dua dua beli dekat kedai, bukan buat sendiri pun. Hmm pergi prep, kau selalu lewat gate sebab tunggu aku. Hahaha tapi bila aku siap awal kau pulak yang pelik, "Azy, apahal cepat sangat?" Lewlzzz takkira lagi habis semua baju kau aku bedal, sebab locker kau kan locker aku jugak hahahaha haa lupa bagitahu, satu baju kurung kau ada kat aku hahahahaha lewlzzz nanti aku pulangkan. hehe kau langsung takkedekut bab makanan. Tapi aku je jenis yang membazir makanan. Mintak makanan kau tapi aku takhabis makan. 

Lol hahahaha banyak beb, taktertulis. Takpelah, nanti aku dah reti masak, dah tahu 'function garam dan gula' aku masak bebanyak kasi kau makan puas puas. Kenyang kenyang. Okay? Hehe Aku dah banyak duit kita jalan jalan pergi vacation. Kene cepatlaa, nanti dah ada suami cam payah sikit pulak kan sbb nak komitmen sebagai isteri lagi, aiceh jauhnya aku fikir. Hahahahaha Lulzz, apa pun yang kau nak, kau teruslah rajin fanor. Aku kenal kau. Kau yang kuat, susah nak give up. Memang ada masa kau down, tapi jangan lupa aku akan sentiasa support kau. Cari je aku bila kau nak. InshaaAllah aku akan bantu selagi termampu.

Sebab tu aku langsung takkisah kalau nak kene celebrate birthday kau sampai KLCC pun aku usahakan, sebab apa yang kau buat dekat aku lagi banyak. Moga kau nanti jadi yang baik baik, dapat yang baik baik, tempat yang baik baik, pekerjaan yang baik baik dan paling utama jodoh yang baik baik. Cari yang betul boleh terima kau macam mana En Osman terima dan sayangkan kau. Okay beb? Ayat kau yang sampai sekarang aku takboleh lupa, "Azy, kau baik takpayah makan. Kau ingat kenyang nasi dua suap kau tu?" Lewlzz kau akan bebel setiap kali dekat DM. Hahaha oh dan lagi satu, "Aku taksabar nak tengok suami kau, azy. Nak tengok macam mana dia, kau ni dah laa pelik pelik." HAHAHAHAHAHA so, my future, nanti pergi jumpa fanor dulu hahahahaha jkjk AHH TAKPAYAH, KANG DIA SUKA FANOR, PARAH AKU. hehehehehe

 Lastly, aku tahu kau mesti tahu aku nak cakap apa, hehehe iloooooovvvveeeeyouuu Fanor. Take care sayang. Ada jodoh nanti kita jumpa lagi.

Fanor, jangan happy sangat. Semua gambar yang dekat bilik study time spm haritu ada lagi dalam phone aku. Tunggu masa je nak reveal bhahahahahaha

With love,
Azy