Wednesday, December 28, 2016

2016; another year to remember.

Bismillah.

Hmm where to start? Untuk Azy, 2016 merupakan tahun yang paling mendewasakan. Alah, biasalah acah matang sebab dah 18 gituuu. but yes, banyak perkara baru yang Azy belajar and bila diingatkan semula semuanya berlaku pada tahun ni. It's like everything i learn when i was 18 haaa macam tu acah dia. 

Boleh baca entry entry azy semua yang best best berlaku tahun ni. Fuhh (even mostly tergendala; #VLBorneoEscape yang baru sampai part3, Kuala Namu baru sampai part2. Haih I'm still has 'that intention' to finish my entry though. Sem break maybe? Hehe wait yaaa)

Taksenang nak recall satu satu since i do have short term memory loss apatah lagi long term. Sooo, lets see what i've been through throughout this year.
  • #VLBorneoEscape - For the first time Azy pergi vacation dengan kawan kawan sahaja. Without family members and consider jauh lah kan sebab pergi Sabah. Special thanks to Asyrani and Najah sebab tolong uruskan tiket, transport and accommodation kitorang dekat sana. >> Part1 , Part2 , Part 3 <<
Squad in Medan, Indonesia.
  • Short vacation to Medan, Indonesia - (Full entry click here >> part1 , part2 <<) Ini pun best. Sebab banyak tempat shopping. Dapat jugak merasa pergi Danau Toba yang selama ni mampu tengok dekat sinetron je. Terima kasih Makndak dan pakndak sebab sponsor trip ni. 
  • Lesen kereta - Percaya atau tak, Azy #TeamLulusSatuKali . Ohyeah, test jpj tadahal lah. Normal lah tu ambil lesen manual tapi drive auto kan? Dah, jangan suruh Azy bawak manual, azy dah lupa semua klac gear. Eh, bukan lupa tapi memang takreti. Hahaha
  • SPM and Graduation Day (read my entry #VLGraduationDay for more details)- (Proud SMAPLabu's alumni here) The day where i cried the most; waktu result dapat through sms after habis baca yasin dekat musolla and waktu lepas BBQ dekat PD, dalam bas. Taksenang nak tinggalkan kawan kawan yang 5tahun dengan Azy, gaduh bertumbuk nangis sama sama. Tapi at the same time, I'm so happy that kitorang berjaya tamatkan sekolah dengan jayanya. And now semua dengan haluan masing masing, semua sedang struggle dengan cita cita sendiri. Azy yakin that one day kita semua akan berjumpa balik, and still can make jokes and laugh together. Dan lagi best masa tu semua dah berkerjaya, mungkin ada jugak yang dah berkeluarga. OMGGGGGG I CANT WAIT NAK TUNGGU SIAPA VALOUR KAHWIN DULU OMGGGGGGG FASTER LAH GENG, I NAK MAKAN NASI MINYAK NI HAHA
3Mac2016; SPM Result was released.
  • #VLBeraya - Ini mungkin takdapat nak buat setiap tahun tapi 2016 is the best. Sara, Azy dan Wadaah. Kitorang pergi raya dekat USIM, Uniten, UiTM Dengkil, KM Selangor. Walaupun kene marah dengan polis bantuan dekat Dengkil, salah jalan nak pergi KMS sebab waze bawak jalan pelik pelik, tunggu Uniten habis kelas tengah hari sambil tu lepak Zawara, Bangi Sentral, Azy drive 'aksi lagak ngeri' yang pasti wadaah dan Sara takmungkin lupakan but who cares? Janji dapat jumpa kawan kawan kan. 
  • Scholarship hunting - Haha ini benda paling taksuka sekali lepas SPM. Nak kene alert dengan semua biasiswa yang ada. Kalau tanya Azy, takbanyak pun yang Azy mohon. Sebab takbanyak yang offer course yang Azy nak; Medicine. Lagi-lagi kalau scholarship yang nak mohon tu kene buat Essay, haaaa itu lagi Azy let go je. Pastu macam, "Hmmm takpelah bagi peluang orang lain." There's one person who know macam mana gelabahnya azy nak mohon scholarship. Lol, i told him everything but dia pun sama je berapa kali tukar jpa-mara, Mara, jpa-mara lepastu Mara balik hahahaha Maksudnya? Haaa sama je kitorang dedua gelabah k, dah tahu. Alah biasalah, SPM sekali je seumur hidup, lepastu first time nak cari scholarkan, kasi chance lah kitorang jakun kejap. Lewlzzzz Dapatlah jugak attend interview Mara, pergi kursus dan kem under Majlis Agama Islam NS (MAINS), even takterima offer ni tapi dapat tambah pengalaman pun kira okay dah.
  • The most important decision i've ever made for my whole entire life (i guess) is "Okay Ayah, Iji masuk IMU. Yes, this is my choice, jangan tanya lagi. I might change my decision later." Wow, nak pilih hala tuju lepas spm lagi serabut daripada nak pilih suami. (Eh?!) Well, mestilah. Ini melibatkan kerjaya Azy in the future, kan? Hmmm tapi miracle tak miracle jugaklaa, azy fikir punyalah lama antara dua choice ni; nak tunggu offer Mara buat IB or nak tunggu keputusan MAINS pergi Al-Azhar but at last benda yang takde dalam list azy yang azy pilih; scholarship JPA tapi local je boleh pilih mana mana university yang Azy nak and azy pilih IMU.
Bila difikir fikirkan balik, macam kelakar jugaklah. Bukan main pening lagi nak pilih apa. The 'same favourite person' yang tahu macam mana Azy gelabah cari scholar itulah jugak manusia yang tahu macam mana stressnya Azy nak pilih sambung belajar dekat mana. (dan dia jugaklah yang 'influence' azy supaya pilih IMU je 🌚)  Hahahahahaha awal awal memang macam ada menyesal dan banyak rasa yang betul ke keputusan yang aku buat secara mengejut ni? Apa tak nya, once Azy register IMU, kene bayar RM 1K lebih as application fee semua tu dan bila ayah terus bayar, azy terus buat keputusan nak stay IMU. Memang ayah ada kata, kalau dapat offer lain, nak pergi, pergilah. Ibu dengan ayah beri sepenuh kebebasan untuk azy pilih mana mana je tempat yang Azy nak pergi. Tapi siapa je sanggup nak bazirkan duit ibu ayah betul tak?

Awal awal memang tebalkan telinga jelah dengar orang cakap, "Ohhh, tak fly?" "Eh, private university? bagus ke?" "Kenapa takpilih Mara? Mara bagus, nanti lepas IB boleh fly." "Eh, tolak UM? UM bukan bagus ke?" Tapi at the end of the day, Azy rasa, I do belong here. Azy bersyukur dengan segala perkara yang Azy ada sekarang. Dah masuk sem 2 dah, Alhamdulillah. Even keputusan sem 1 tidaklah 'serata' mana, tapi selagi azy boleh capai pointer nak sambung MBBS dan kekalkan scholarship, Azy rasa itu sudah lebih dari memadai. Azy hanya perlu terus fokus dengan matlamat utama azy, dan mohon doa semua supaya Azy terus kuat to continue this long journey.
Yang paling setia teman makan dan shopping.
Yang datang jauh jauh semata mata nak teman aku pergi bbw. Hehe
Alhamdulillah 'ala kullihal. Tahun 2016 ini banyak mengajar Azy untuk lebih bersyukur dengan semua yang Azy ada. Tidak menyesal dengan segala keputusan yang Azy dah buat. Stay firm dengan pendirian Azy. Menghargai orang yang ada dengan Azy during ups and downs. Dan paling penting tidak bergantung sepenuhnya dengan manusia, bukan semua akan ada dengan kita setiap masa. Slowly i learn not to get too attached with people. I have to stand by my own. (yelah, selama ni kawan kawan 24jam ada dengan Azy, satu batch. Semua buat sama sama) But at the same time i still appreciate (to the fullest) semua yang ada di sekeliling Azy. Selagi ada masa, hargai mereka. Azy taknak nanti Azy menyesal di lain masa.

Ohya! 2016 jugak first time azy join Kelas Kaseh :) 

Terima kasih untuk semua yang pernah hadir dalam hidup Azy sepanjang 2016 ini. Terlalu banyak kenangan yang Azy takmampu nak list satu satu dekat sini. Banyak lagi perkara baru Azy belajar tahun ni, contohnya tahun ni baru tahu withdraw money sendiri (kalau tak sebelum ni ayah hantar duit setiap minggu), dah pandai naik uber walaupun sorang-sorang, selalu jugak keluar naik lrt nak pergi mana mana sendiri, hmmm dah pandai 'poslaju' barang barang ke utara selatan timur barat semualah. Dah ngada ngada online shopping hahahahahahaha okay, mungkin lain masa azy share lagi benda lain ok!

Thankyou for reading and havva blissful years ahead of you, guys! 🌸 Hello 2017! We're ready for you :)
My #VLBeraya squad. Takraya pun kita kene keluar ok, too many stories to share! (too many things to gossip too of course hehe)

Thursday, November 17, 2016

IMU; Semester 1 #part2

Bismillah.

Alhamdulillah, almost one week berlalu untuk semester 2 ni. Hehe sorry, busy sikit cuti haritu taksempat nak terus update part 2. (lewlz, biasalah bespereng baru balik dari Sarawak. Memang spend time habis laa dengan Sara :) )

Jadi, ayuhla kita sambung cerita.

FOODS
Basically Bukit Jalil is a Chinese Area. Maksud Azy, nak jumpa kedai Melayu dekat area IMU ni memang payahla. Haha so how i survive for food here?

'Gerai bawah' 
Kalau kelas sampai petang, memang takde masalah sangat. Lunch je dekat 'Pandai Serai Cafe'; Cafe IMU laa. Hoho

Tapi bila takde kelas, or weekend contohnya, memang terpaksa beli laa. Nak kata masak tu, akhir akhir sem baru nak start masak. Awal awal is like an 'adapting period' so kene sesuaikan diri dulu dengan schedule kelas. So malas nak leceh kan diri nak masak semua. hehe

Beli makanan selain dari IMU? Haaaa ada satu stall idk either its Malay or Indonesian owner tapi Halal la yang pasti. Stall ni tepi jalan je. Dekat laa dengan kondo. So itu jelah satu stall yang kitorang semua bergantung harap selain cafe IMU. (lol, sedih tak? Haha) Sebab itu je yang dekat and quite cheap jugaklaa harga makanan dia.

Other than that? Haa kene gagahkan diri ah naik Uber pergi kedai makan. Hoho, kalau malas Uber ada lagi option, makan dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS). But this one we have to take LRT. Haa Rajin tak rajin jugak laa. Sebab lapar kan? Semua aku sanggup buat.

Stall tepi jalan tu takbukak untuk breakfast. It starts lunch onwards. So bila pagi pagi lepas subuh tu semua kebulur, kitorang memang akan naik LRT dari station Sri Petaling ke Bukit Jalil and makan dekat situ. Gigih tak? Haha

And last option kitorang yang biasanya Azy je buat, housemates Azy semua taknak is 'Food Delivery'. Well call laa Pizza Hut ke, Dominos ke kan. Takpun apps Food Panda ada variety of food boleh pilih. And Azy pernah order Kenny Roger's guna khidmat food panda tu. Hmm fast delivery even mahal tapi Azy memang jenis yang, "Janji aku takpayah keluar. Perut aku kenyang, ok bayar je." Haha tapi ni biasanya waktu poket ada duit laa, kalau poket kering jangan harapla haha

CLOSED FRIENDS

As semua tahu, Malay tak ramai dekat sini. Jadi kebanyakannya Azy memang spend masa dengan orang yang sama. Haha, itulah muka yang kau nak ajak study dekat library, diorang jugakla yang nak kene teman kau pergi shopping barang dapur, diorang la nak teman kau makan mamak malam malam sebab kelaparan. Orang yang sama jugak nak mintak tolong apa apa. (And plus, diorang laa yang terpaksa 'relakan' diri pergi dengar talk Dr. Beni sebab tahu aku minat sangat dekat Dr. Beni. Lol, you guys are so sweet)

'Mamak' after a hectic day
Bukan takbergaul dengan bangsa lain, cuma yang ini yang paling rapat. Haha kalau takrapat pun memang 'kene' rapat sebab itu je yang ada. Hoho Yang Azy bersyukur sangat, as we are minority here, so there's no problem nak gaduh ke apa ke. Even kitorang semua macam faham situasi one another. (Plus, 'relationship' one another; hashtag cintasyurga hashtag Azan hashtag Far Hahahaha)

Alhamdulillah, even baru kenal but they make me feel IMU like home. Nak sesuaikan diri dengan hidup dekat KL is really tough but every time i feel down, i know i have them be with me. Paling rapat and semua perasan rasanya is Najiha. Lol, Srikandi STF. Tapi Jiha ni jenis yang gigih sikit study dekat Library malam malam. Azy jenis yang duduk bilik je, malas keluar. So waktu nak dekat dekat exam dulu macam kurang sikit laa study sama sama, kalau tak tu, semua kitorang bincang sama sama. Hehe but still rapat sebab tutorial sama group.

This year jugak first time Azy raya haji bukan dekat rumah. Azy stayed dekat Bukit Jalil sebab ada exam and cuti sehari je. But still Raya kitorang best. Haha
How our 'Pagi Raya'

Okay atas ni actually gambar waktu sambutan birthday Azanzali. Kitorang celebrate dekat rumah Ammar and Azan dengan chinese classmates kitorang yang lain. Haha Penat diorang rancang macam macam, Nathan drive bawak Cheng An, Emily and semua laa pergi beli Pizza bagai. Azy datang makan pastu bayor harga pizza je. Lelsss

With Dr. Beni
My girls waktu Dr Beni datang IMU. Photo taken by Ammar Furqan. Haha sorry Ammar aku tahu kau cam sabar je kene ambik gambar kitorang kan. Lol, tapi aku dah 'payback' ah, lawa kan aku snap gambar kau dengan Dr. Beni (puji aku, Mar -_-)

@ Endah Parade
Setakat ni, Endah Parade jelah yang sempat Azy explore untuk beli barang dapur. Selalunya pergi dengan housemates je, tapi gambar atas tu ada Aatiq dengan Azan sebab kitorang pergi malam, so macam bahaya. Jadi kene laa 'upah bodyguards'. Diorang pun berguna untuk angkat beras dan barang lain. (Tapi Aatiq extra sebab dia jenis yang banyak bagi 'advice' (read: bebel) dekat kitorang) Haha #sorrynotsorry #tapiAzantemanFarje


And lastly, ini gambar last kitorang ambil lepas habis final haritu. Alhamdulillah we made it for semester 1. Result semua hebat hebat and tahniah guys. Semester 2 dah taksama tutorial group dengan Najiha, soooo Maisarah would be the one who always be with me throughout this semester. 

One word for Semester 1 is 'ADAPTING'. And for this Semester 2 is 'SURVIVING'. InshaaAllah, ada masa Azy update lagi. Banyak lagi nak cerita but its okay, next time kita continue. Do pray for my success. Thankyou for reading.

"Hanging on there; and survive semester 2"- Ms Sharon Chan (FiS216 Program Director)


Thursday, November 3, 2016

IMU; Semester 1 #Part1

Bismillah.
Okay as promised, selesai satu semester dan sampai masa Azy nak update macam mana kehidupan Azy sepanjang dekat IMU. Sebab sebelum ni ramai yang tanya, "How's life?" "Best ke tak?" "Busy ke tak?" "Mahal tak kos kehidupan dekat KL?" "Kalau shopping keluar mana?"

So, Azy harap dapat laa clarify apa yang anda semua nak tahu dari Azy. Sebab kalau nak ws cerita dekat sorang sorang memang payah. Hehe

STUDY, CLASS, TUTORIAL AND EVERYTHING IN BETWEEN
Okay, soalan biasa azy kene tanya is, "Itu medical school kan? So, tengah belajar medicine ke?"
Hahaha yess, IMU memang medical school tapi taraf macam Azy ni, bawah bawah lagi. Lol, orang kata macam baby la kan. Azy actually foundation lagi dekat sini. Subjek biasa lagi, Untuk sem 1 ni, Azy belajar Biology, Chemistry, Math, English and Computer Studies.

Jadual nak kata pack tu, tak laa sangat. Sebab bagusnya IMU ni, jadual everyweek lain lain. So, ikut minggu laa. Kadang kadang ada minggu tu 'gila' sikit kelas sampai 5 petang. Tapi kalau minggu yang relax, memang relax betul. Kadang2 ada hari yang takde kelas langsung. bergantung pada jadual lah kan. Hoho sebab tu kadang kadang one week Azy ada more than two days cuti. Heaven tak heaven jugaklaa.

Apa yang seronok nak cakap pasal study dekat IMU ni, is kitorang takbanyak sangat kelas. More to self-study. Lecture yang satu jam/ dua jam tu laa kau nak faham semua benda and terus tutorial and lepastu pepandai laa hidup. 💀 Haha Azy sebenarnya suka study macam ni, dia takstress sangat. Takde 'assignment' yang banyak nak kene siapkan urgent, ada laa sikit sikit tu tapi okaylaa. At least Azy bolehlaa takes time sendiri nak relax and study ke apa ke kan. Huhu 😚

Praktikal? Haha lab practical BESTTTTTT. Azy memang jenis yang jakun sikit pakai labcoat, goggle, lepastu pakai glove acah acah dalam operation theatre hahaha (Ini Tee Hang sebenarnya, Tee Hang be like, "Azyyati, I look like a surgeon right?") Tee Hang memang semangat nak operate badan manusia hahahaha aku pun cam layan je cita cita dia tu. 😂😂 Haha Tambah jakun lagi bila lab ada aircond. Hahahaha GILA TAK JAKUN, dekat sekolah dulu mana ada. Bila nak start experiment terpaksa tutup kipas, berpeluh satu badan. Tapi dekat IMU dah lain laa, universiti kan, upgrade sikit laa. Huhu best buat praktikal sebab waktu ni laa nak tengok 'bonding' classmates kuat ke tak. sebab semua 'bersatu padu' memikirkan jawapan bagi discussion experiment tersebut. Ni Azy taktipu, waktu praktikal ni laa kalau kau takrapat pun tiba tiba boleh jadi rapat walaupun sekadar 'bagi pinjam correction tape', apatah lagi kalau 'membantu' explain kan jawapan. Huhu

Last practical for semester 1 🙆
CLASSMATES, BATCH AND LECTURER
Classmates? Havoc, hahahaha minggu orentasi Azy memang awkward sikit. Yelaa, terkejut laa jugak kan. Dalam ramai ramai tu, Melayu ada 13 orang je. Waktu orentasi tu laa nak adapt dengan suasana baru, well before ni pun Azy dari sekolah agama, mana ada kawan berlainan agama macam dekat IMU ni kan.

Ni waktu sambut birthday Azan. Huhu
Ohh, selalu orang tanya Azy, "IMU memang ramai Cina ke?" Lol, hahahaha ni bukan nak rasis tapi memang betul pun. Tapi bagi Azy, best laa bila dapat bergaul dengan bangsa lain. Melayu dekat IMU memang minoriti. Tapi itu bukan laa alasan untuk takboleh berkawan kan? Hehe

Awal awal memang pening jugak laa nak 'masuk' dengan classmates and batchmates semua. Tapi dah masuk week 3 week 4 semua dah happy dah. Apa tak nya, batchmates Azy semua friendly habis, pagi pagi mesti ada je 'morning wish' and 'motivational quotes' dalam ws group. Walaupun Azy bukan laa antara orang yang rajin nak reply morning wish tuu, tapi pepagi dapat laa 'positive vibes' nak ke kelas tu kan. Hoho

Paling best bila masuk je kelas mesti ada je yang tegur. "Morning Azy:)" Takde laa hari hari, tapi biasanya memang ada la. Haha Biasanya waktu kelas start pukul 9 or pukul 10.30 laa kan. Kalau kelas start pukul 8 memang semua tergesa gesa. Sampai je lecture hall semua terus bukak lecture notes taksempat pandang kiri kanan. Lol, Azy memang ada masalah sikit kalau kelas start pukul 8. Sebab macam "AWAL GILAAAA, AKU BARU NAK BREAKFAST." haaa centu laa :p Sampai kalau lebih advance lagi jumpa classmates dalam lif tengah makan roti. Haha nampak kan 'rushing' nya tu.

Azy rasa setiap tugasan yang lecturer bagi dalam group buatkan Azy senang nak kenal kawan kawan dengan lebih rapat. Haha takde satu pun group yang sama ahli kumpulan so, yes. Bila dah kene siapkan tugasan sama sama, mestilah kenal dan lebih rapat kan. Hoho

Azy rasa takkirala apa bangsa pun, as long as kita behave and pastinya semua akan selesa dengan kita. Respect one another and everything will be fine.

Computer studies group ❣️
Lecturer pulak, BEST. Azy suka semuaaa lecturer takde kecuali. Hahaha ada laa yang lebih kurang sikit tapi overall memang best. Azy ingat lagi macam mana lecturer Biology Azy ulang balik semua slide yang dia dah ajar sebab nampak kitorang blurr gila lepas habis lecture tu. Apa taknya, kelas petang, dekat lecture hall, sejuk pehhhh memang mood tidur pada tahap maximum lah tu. Tapi Ms Shirley (Lecturer Biology) memang sabar je terangkan one by one dengan kitorang.
Lecturer satu subjek kitorang ada ramai, ikut kepakaran bidang masing masing. So, dari situ Azy dapat chance nak get to know more about semua lecturers. Lagi lagi nanti nak masuk sem lain yang lagi tough, so kitorang bolehlaa pilih mana mana lecturer yang kitorang selesa nak belajar kan. Hehe

Banyak lagi Azy nak cerita, lepasni InshaaAllah Azy sambung Part 2, Azy nak cerita pasal macam mana hidup sendiri dekat kondo tu. Hahahaha Kawan kawan rapat dekat bukit Jalil, senior senior yang baik baik belaka and banyak lagi. Thankyou for reading, see you soon. Hehe 💞

Last 'class-fie' before sem break 😎


Thursday, October 20, 2016

Silence;powerful scream

Bismillah.

Sometimes you just unable to express your feeling.
Me, I'm afraid that my words could hurt people who are with me during my hardest time. I prefer to remain silent and heal by myself rather than telling them. My silence is my self-defense.

But for sure, it's good to have people who show their efforts, to really really try to understand you. :') The one who will not take your words seriously during your anger.

I'm smiling but dying inside.

Please and please, don't tired of fighting. O Allah, give me strength. I need to carry on. I've been having a lot of bad days lately. Keep me in your Duas. I really need that.

I have a lot of things to share but these are the only things came up on my mind. I guess i need rest. Sorry guys, thankyou for reading my short-emotional post. Surely will update soon during my semester break. See you.

I wish you could listen through my heart. I wont hurt you, and if I do, I don't mean it, it hurts me too :'(



Tuesday, May 24, 2016

Kuala Namu 🌈 #part2

Okay, aku nak sambung berkenaan short vacay aku dekat Medan, Indonesia. Well, lepas service kereta haritu, kitorang terus gerak ke Sun Plaza. Haaa yang ni shopping mall je, ala ala Palm Mall, Term gitu.

Mula² ingatkan nak lunch je, tapi bila fikir² baju 'macam' takcukup je, kitorang apa lagi, shopping ler. Ada H&M kot, hahaha lama gak ah pusing² satu mall tu. Hmm bukan sekali pusing je tau, tapi banyak kali. Sbb nak survey harga dekat semua kedai dulu, baru boleh beli. Pengguna berhemah kateko. Habis semua kedai aku masuk, Zara, Mango, Guess, H&M etc. Kedai kasut taklupa. Hahaha pantang nampak "SALE" aku redah. Huhuhuhuhu

Harga dia not bad, lebih kurang dekat Malaysia je, standard ah kan. Cuma angka dia ah nampak besar, contohnya baju Rp200 000, padahal RM63 je. Haa dia cam physiology sikit ah 😂


Lunch pun kitorang makan dekat Sushi Tei je. Saje nak mengada makan sushi sikit. Haha Lepastu lewat petang jugakla balik, itupun naik teksi sbb daus, farid dengan apiz tengok X-men lepastu takdapat nak contact 😒

Tapi nasib baik jugaklah naik teksi, dengan hujannya, banjir lagi. Yelah, pekan sibuk macam ni, sistem pemparitan takbagus. Itu yg senang banjir.


Sampai hotel, rehat² kejap then malam tu pergi restaurant for dinner la. Waktu ni lawak jugaklaa sbb aku pandang menu, lepastu hmmm fikir lima puluh kali apebenda menu ni sebenarnya haha cemana nak order kalau takfaham. Waiter tu cakap pun aku takfaham. Lewlz nasib baik ada kak anum. Jadi translater 😜 Waktu ni baru aku tahu Jus Tembikai diorang panggil Jus Semangka. Hmm jauhnya bunyi.  Aku order makanan apa? Jangan tanya nama dia, sbb aku lupa. Haha yang pasti nasi putih dengan ikan masak apatah. Sedap 😋

Tengah malam tu, pukul 1pagi semua bangun untuk gerak ke Perlabuhan Prapat sebab nak seberang Danau Toba. Aku ingatkan dekat, rupanya pehpeh bangun tido bangun tido empat kali pun taksampai sampai. Okay nanti aku sambung cerita ks Danau Toba ok. Seeyaaaa 👋

Thursday, May 19, 2016

Kuala Namu 🌈 #part1

So, selamat hari indah semua. Jadi petang semalam aku bertolak dari Malaysia ke Kuala Namu, Indonesia. Hmm sebab asalnya nak lawat kak anum,  ada macam majlis konvo laa dekat sini. Alang² tu, jalan² sekali la. Hehe


Terima kasih makndak sebab sponsor tiket pergi sini. Hehehehe 💙💙 flight kitorang delay, 😒 hmm biasalah. Hahaha so sampai sini dalam pukul 9 lebih (waktu Malaysia), sampai hotel dalam pukul 11 centu la. Hmm kalau waktu dekat sini lewat sejam je dari Malaysia, so lebih kurang je.

Waktu sampai memang terkejut laa, since aku takpernah lagi sampai bumi Indonesia ni en. Hahaha paling obvious cara drive diorang. Hahaha macam takde peraturan jalanraya 😂 tadahal beb, pakai jalan je ikut suka hati. Traffic sesak MashaAllah, kalah KL 😅
Amierul Firdaus in action 🚗
Malam tadi lepas check in hotel, perut pun lapar, nak keluar beli makanan macam payah sikit. So kak anum order kan nasi dengan ayam penyet je online. Then delivery dekat hotel.

Rasa dia, PERGHHH sedap gila. Sambal dia pelik, tapi itu yang sedap. Semua kata pedas, tapi aku rasa cam biasa je. Hmmm atau deria aku yang salah, aku pun taktahu.

Dekat sini aku tukar sim card. Pakai simcard yang ada data internet je. Hmm jangan tanya mana nak beli, sebab kak anum yang belikan 🙆 hehe

Okaylah, ni tengah servis kereta. Daus yang drive. Daus drive tiptop gila, memang indonesian style 😅 masih selamat dan semoga terus selamat. Hahahahaha nanti bila free, aku update lagi. Babaaaaiiiii

*untuk yang curious aku pergi dengan siapa, hehe kitorang enam orang. 3lelaki 3perempuan. Sorang kakak aku, tiga cousins, sorang jiran. Aku, Elyn, Dayah, Apiz, Daus dan Farid. Choiii babaiiii 👋

Nota kaki: Take care yang dekat Malaysia tu 🌸🌸

Wednesday, May 18, 2016

My 'packing' habit 😜

Hai gais, sihat? Okay, tadi aku tengah packing barang. Acah nak backpack tapi bila kemas cam banyak jugaklaa nampaknya. Haha Paling aku rasa pencapaian terhebat ialah, aku berjaya pack sendiri dan muat satu beg bagasi tu. Ohyeah, kenapa aku gembira? Haaaaa ni aku nak share. Hehe

Aku ni dari kecik ada tabiat yang aku sendiri rasa "annoyed nyaa manusia ni 😒" iaitu aku malas dan takreti nak pack baju sendiri. Hmmm even waktu first time masuk asrama pun, semua ibu yang susun. Ibu pun fahamlaa anak dia cemana kan. Hmm 😅

Kalau nak pergi balik kampung ke, family vacation ke, memang semua adik aku or kakak aku yang buat. Aku ni jenis yang "Amik 4tshirt long sleeve lepastu kau letak ah satu jeans, haa nak tambah suka hati. Janji baju aku ada. Baju tido jangan lupa😡" Haaaaa dia punya bossy memang aku sendiri menyampah dengan diri aku. Aku arah je adik aku ke, kakak aku ke hmm jahat sangat ke?  Hahahahahaha

Sampai laa satu tahap, first time nak 'keluar dari smapl' waktu  form 3. (f1 f2 aku ni noob je duduk sekolah lewlz) Ada program dekat PD, untuk PMR tu. Ingat enn? Haaaa waktu tu aku dah gelabah jugakla cemana nak pack. Dengan aku ni jenis yang suka buat semua benda takpenting ni last minit. 💁 ((bagi aku pack barang ni takpenting haha)) Tapi nasib baik sangat, waktu ni aku share bag dengan ati and pajep. Haaaa lega gila. Aku terus terang je cakap dekat ati, "Tii, aku mmg taktahu pack. Cemana ni?" Jawapan ati, sangat buat aku lega, "Okay nanti kau hantar semua baju dekat aku. Biar aku masukkan dalam beg." FUHHHHH LEGAAAAA.

Waktu f4 pulak, hmmm aku kene pergi Kem Falak peringkat Negeri Sembilan. Haaa ni pun aku terselamat lagi. Nak ke tak, aku tebalkan muka mintak tolong adik dorm aku a.k.a Qapaw pack kan. Ni aku ingat, dah light off, tapi aku sanggup pegang torchlight asalkan dia pack beg aku. Hahahahahaha berapa lama Qapaw ungkit mintak habuan sbb dah pack baju aku. Peh, tak ikhlas langsung hahahahaha jkjk tapi aku rasa sampai sekarang aku takbagi dia apa apa 😂 ((Qapaw, kalau baca ni, nanti tuntut dekat aku laa Qapaw. Aku takdelaa kedekut mana hehehehe))

Waktu form5 ni barai sikit. Sebab asyik keluar je, takdelah asyik tapi boleh tahan laa banyak kali. Hahahaha first time aku pack sendiri waktu nak pergi Imersion Programme dekat SEPINTAR. Tapi takdela sorang, sbb kemas sekali dengan Sara, dia pergi STJ. Hmmm waktu ni, barang takbanyak tapi beg aku full. Tapi, kisah pulak aku? Asal boleh zip, aku letak je. ((kemas okk, takterabur, itu paling utama hahahahaha))

Kita throwback gambar dekat InteJ jap la 😉
Balik² dari SEPINTAR hari khamis, dapat tahu ada program apebenda tah nama dia dekat InteJ jumaat keesokannya. Haaa aku punya merungut tiptop ah waktu ni. Sbb dengan nak basuh baju lagi, nak keringkan, masukkan balik dalam beg ergh barai. Sekali lagi aku kemas beg sendiri untuk kali ke-2. Hmm pencapaian aku ni, biarlaa aku nak gembira sikit. Hahahahaha waktu ni masih lagi beg besar, barang sikit tapi masih takmuat. Hahaha aku pun musykil jugak, apa salah aku? Terpaksala carry banyak beg lain pergi InteJ.

TAPIIII BILA BEG AKU SAMPAI DEKAT AZLINAAAAAAA, KAU TAHU DIA BUAT APA? Dia bukak, geledah. Dia kemas balik beg aku tu. RUPANYA BANYAK GILA RUANG KOSONG. hmmm apa lagi, perempuan kan? Azlina pun ambik iron dan sumbat dalam bagasi aku tu. Haaaa perangai dia 😡 Tapi aku ni jenis yang redha je, hmm okay jelah asalkan aku tetap tarik satu beg je 😒

Last program ((yang aku ingatlaa)) waktu pergi STJ. Program untuk SPM jugaklaa. Hmm waktu ni aku dah pro sikit laa nak kekemas ni. Aiceh, hujung jari ah. Hahahaha tapi masih padat la, tapi kisah pulak aku? Asalkan muat, aku sumbat je hahahahaha

((aku pergi Sabah haritu pun Ecah (adik aku) yang pack kan. Leksss hahahahahaha)) waktu ecah pack tu, aku cam jejeling sikit ah. Nak gak tahu cemana dia pack sampai banyak ruang kosong. 😂Dan tadiiiii, aku cuba. DAN, BERJAYA 😋 Macam mana aku ukur berjaya ke tak? Sbb kuantiti baju aku bawak waktu pergi sabah dengan harini sama. So? Haaaa aku berjayalah, engkorang nak tahu apa lagi?

Haaa itu jelah aku nak cerita. Hehe kiranya aku nak highlight kan, kita kene cuba sesuatu perkara tu banyak kali, baru kita dapat kesempurnaan dia. Haaa, takrelate en? Lantaklaa, kisah pulak aku 😛 hehehehe doakan aku selamat pergi dan pulang okay. See you gais soon. Babaaaiiii.

Nota kaki: Eh, siapa yang nak bawak saya vacay tu, dah boleh dah. Jangan risau, saya dah lulus dah setakat packing ni, hekeleh hujung jari. Cuma nak kene belajar pack baju  awak pulak eh🙊 HAHAHAHAHAHAHAHA

Thursday, May 12, 2016

#RenTurns18 💞

REN, HAPPY 18th BIRTHDAY 🎉

Acah je ni, sebab semua takhabis pun. Hahahahahaha
Hehehe tahniah ren dah tua. Dulu aku kenal kau hingusan lagi ren. Darjah 2 aku pindah skttj2 tu pun kita taksekelas. So aku takingat laa aku kenal kau ke tak waktu tu lewlz tapi lepastu dari darjah 3 sampai darjah 6 kita sekelas tu aku mmg confirm aku kenal kau. Hehe

Darjah 6 paling barai. Hahahaha kita paling rapat, team debat sesama. Team gaduh dengan zakwan pun sesama. Auch *zakwan kalau baca, jangan marah.*

Then jodoh kita panjang ren 😂 kau dapat SMAPL aku pun sama. Cuma beza kau hebat lagi, first intake. Aku second intake 😌 tapi takpe, kita bersua lagi aiceh. Form1 sampai form3 taksekelas. Kau farazdites ((fffo)) aku batanites💕 so kita takrapat lagi. Waktu tu takmatang ren, takkenal erti persahabatan lagi. Hahahahaha *eh panjangnya kisah takrapat haha*

Bila form4, kita dah besar. Cewah, dah rapat kit ngan semua orang. Haaaaa, walau taksekelas tapi gegelak ah sesama. Hmm paling terharu macam mana kau dan tasnim percayakan aku dan nisaq untuk teruskan kepimpinan batch. Sambung legasi korang since korang berdua dah MPP. Aku taksangka ren, kau memang letakkan sepenuh kepercayaan dekat aku walau kau tahu je kan aku cemana. Hahahahaha tapi waktu kau pimpin batch, kau garang ren. Sumpah aku takkata. Setiap perjumpaan muka tegang, tegas gila.

Tapi bila dah form five walaupun kau orang kuat Sir Syed Agil, aku taktahu kenapa perangai kau terabur ren. Hahahahahahaha kau dah jadi jenis yang mudah terhibur, riuh. Sama macam kau darjah 6 dulu. Dan paling utama, kita sekelas yeay 🙆 Kita rapat balik, macam macam aku share dengan kau. SANGAT RAPAT EYYYY SUWITNYA 💕💕 Hahahahahahaha

Jadi ren, sempena birthday kau yang ke-18 ni aku harap kau akan terus bahagia, gembira di dunia dan akhirat. Semua yang kau cita²kan tercapai ren. Jadi matang la ren, tolonglaaaaaaaa. Hahahahahaha SIAPA KATA REN NI SERIOUS, GARANG, TEGAS AAAAHHHHH ITU MAKNANYA KORANG TAKKENAL DIA LAGI. HAHAHAHAHAHAHA

Nak tahu perangai dia? Haaaa kenal lah sendiri. Haha 😝 Nanti sesiapa yang jadi kawan ren in the future, dia ni awal awal je acah matang, berwibawa. Tapi bila dia dah selesa sikit, keluar ah perangai 'ctn' dia. Eyyyy tabah jelaa. Hati kene kebal sikit cakap dengan ren ni. Hahaha tapi memang bestlaa bila dah dapat 'in' dengan manusia sakai ni.


Lastly ren, aku harap apa yang aku dengan amel buat tadi dapat gembirakan kau pada hari yang paling istimewa untuk kau. Aiceh, banyak en kita ketawa ketawa tadi dari dalam ktm, escalator, sambung waktu  makan, sampai naik ktm balik, MashaAllah tabahje aku dengan kau ngan amel. Hahahahaha apa apa pun semua itu cukup untuk kita jadikan kenangan, lepasni semua nak bawa haluan masing² kan.



Semoga persahabatan kita ni kekal ren, 10tahun dan pasti lamaaaaa lagi. Sampai kerja, sampai kahwin, sampai mati, sampai sorgaaaaaa wuuuuu Nanti dah jumpa calon suami roger aku dulu ren, biar aku tapis, yang taksenonoh tu takpayah ah ren. Aku reject kan bagi pihak kau. Hahahahahaha 

Take care Pinggan ✨ iloveyouuuuu 💞

Tuesday, April 26, 2016

#VLGraduationDay


Bismillah. Okay dah lama tergerak nak buat post pasal hari graduasi ni cuma 'emosi' tak mengizinkan huwaaaa okok ramai dah yang koyak, rabak hancur lebur semua tapi takpe, aku buat post ni takdela throwback mana, ini juga untuk kemashlahatan bersama. Bukan apa, waktu duduk rumah sensorang ni boleh laa nak fefeeling sikit, satgi parents dah balik kerja semua terkejut, putus cinta ke apa anak aku ni menangis sampai bengkak mata. kkkk so aku tulis ni cukup sebagai kenangan nanti aku dah tetua nak kasi anak aku baca ewaaaah. 

Nampak gambar tu? Happy kan? yaaaa, mashaAllah, seronok takterhingga bila dapat gather balik dengan manusia manusia yang lima tahun kita hadap tu (oh ada jugak yang setahun lebih but its okay tetap ada tempat dalam hati, ewah) Basically, hari graduasi kitorang ni takdelaa sehari dan tamat. sebab dia macam start awal dan berlarutan sikit laa kan. Hmmm sekarang ni aku taktahu nak buat plot imbas kembali ke apa apa ke.. hmm jadi korang pepandai laa susun plot ni mana satu klimaks mana satu peleraian ok, BM aku pun tak A+ so memang terabur sikit. hehehehehehehe

Putera, awal lagi gerak. Jumaat dah bertolak dari hometown masing masing pergi homestay. Masing masing memanfaatkan lesen P. setahu aku homestay dekat Labu, tapi taktahulaa kalau aku silap. Tapi kitorang puteri, Jumaat tu lek lagi kat rumah, tunggang langgang lagi lari lari cari baju grad, masih 'gaduh' lagi dekat group ws bincang tudung apa nak pakai, masih menggelabah lagi cari kasut sbb semua takde 'court shoe'. Hahahahaha well, perempuan kan. Tapi sabtu tu semua dah gerak SMAPLabu laa nak ambik jubah semua. Putera pulak hari Sabtu tu Alhamdulillah sempat pergi melawat cg Shamsiah yang sedang sakit dekat Bangi. Ramai ramai convoy masing masing dengan kenderaan sendiri. Aksi lagak ngeri ke apa tu takpayah cerita, cukup tengok diorang drive 10m dari depan dsb nak keluar kawasan sekolah tu, aku dah tahu memang dah dekat dah ajal tu. hahahahahaha jkjk apa apa pun diorang selamat jeee sampai SMAPLabu untuk raptai malam tu.

Petang tu sempat jugaklaa keluar makan Bangi jap. Takdelaa gathering Ilham pun sbb Azmi takde. Lagipun Kasyah drive Avanza dan takmuat nak sumbat semua orang. Lewlz sorry azmi, nanti next time kene cari Alphard baru boleh angkut semua. Hehe kitorang sampai Bangi Sentral nak cari 'tempat makan hipster'. banyak memang banyak masalahnya parking. Ya Allah, tiga kali pusing kawasan tu barulah jumpa satu parking. MashaAllah. Lain tempat kitorang cadang nak pergi, tapi sbb parking dekat dengan "April 24" so kitorang pergi jelah situ sbb malas nak jalan jauh. Masing masing kelaparan. Semua tak lunch lagi. 

Okay okay jelah makanan kat situ. Mahal memang mahal tapi sebab Alep dengan Syaraf payung lebih so sikit jelah kene bayar. hahahaha paling sedap pavlova kot yang lain macam biasa je. Alep kata nasi goreng dia macam letak perencah Maggi. Haha taktahuler kawe nak gambarkan cemana rasa dia.

Petang tu dalam maghrib sampai SMAPLabu terus lari lari sebab raptai start pukul 8. Baju tak iron, shawl lagi, nak mandi lagi, solat lagi. Haaa memang terabur sikit laa. Malam tu raptai, hehe dahlama takrasa kene arah, kene dengar ucapan, nasihat, teguran centu. Ingatkan awal laa jugak habis rupanya lambat jugak, 11 lebih baru habis rehearsal. masing masing bosan time rehearsal duk ws takhenti. send gambar 'muka bosan' masing masing, sempat lagi skype, facetime dalam dewan tu. hahaha sabar jelah. Balik asrama semua kelaparan, putera okay lagi boleh drive lepak makan kat luar yang kitorang ni takkan laa nak jalan kaki kan. So, masing masing makanlaa lebihan potluck petang tu. Dah laparkan, semua benda sedap. Pastu sembang takingat dunia, dah lama takjumpa kaan, macam macam cerita dah keluar. 

Pagi grad untuk aku, memang terabur. Orang lain macam ok je aku tengok. Semua awal kecuali aku. Dah lambat pun sempat je ws dengan wadaah. Cuma aku voice note je sbb gelabah sikit malas nak taip hahaha. Dia sampai kesudah ketawakan aku. Aku tidur bilik junior, so turun nak jumpa diorang ingatkan nak gerak kantin sama sama. sekali bilik sakit, musolla semua dah kosong. Cuma ada fanor je tu pun tengah panggil siapa tah. Hahahahaha waktu sampai kantin tengok semua dah habis makan. Haha aku datang mengadu tudung takjadi je pastu pergi tandas, ain mus tolong betulkan. Haaaa tu memang perangai aku, jenis yang suka menyusahkan orang sikit. Hahahaha nasib baik ainmus ni baik orangnya, sabar jee layan aku. Hehehehe 

Overall majlis Graduasi berjalan dengan sangat lancar. Okay je walaupun tudung cam selebet sikit tapi banyak je gambar aku ambik. Hahaha jenis yang dah redha muka horror. Best laa ambik ambik gambar tak ingat dunia. Bila lagi kan dapat bergambar pakai jubah graduasi SMAPLabu tu. Nak jumpa batchmates ramai ramai macam tu kan. 

Pinjam bunga Azlina.
Tahniah Azlina, pelajar terbaik SPM2015 plus dapat anugerah pelajar terbaik subjek elektif. Tahniah jugak Alep dapat Anugerah pelajar terbaik subjek teras. Tasnim dapat anugerah pelajar konsisten. Fuyooooo hebat hebatlaa semua. Hehe Dan tahniah buat semua penerima Anugerah Platinum, Emas dan Perak dan semua orang takterkecuali. Kita berjaya habiskan SPM dengan cukup membanggakan. Ohyeaaaahhh

Dah penat tengah hari tu, dalam pukul 3 kitorang gerak ke PD naik bas untuk BBQ. Sampai sana baru tahu nak kene hidupkan api sendiri. Dahlaa puteri je ada waktu tu. Putera taksampai lagi. Apa lagi, semua gabung idea ah, gunakan kemahiran hidup yang A time PMR dulu semata mata nak nyalakan api untuk bakar arang tu. Hahahaha susah memang susah tapi berjaya. Yeaaahh credit sikit dekat 'cipppppp' Adeng sbb dia paling gigih tiup bagi api tu dapat menyala. Oh dan semua laa termasuk yang lari lari pergi beli lighter dekat kedai runcit seberang jalan sbb puteri mana ada yang merokok. yang kipaskan api tu, yang halang angin masa nak hidupkan api, yang kipaskan aku pun ada jugak lewlzzz Hahahaha aku siap google lagi macam mana nak bakar arang, halamak takdehal lah. Tapi banyak jugak sosej hangus yang kitorang buat. hahaha

Ketika putera sedang sibuk menyiapkan makanan BBQ, kami disini dengan penuh gembira sekali. Hehehehe

Tapi petang tu putera sampai, diorang sambung bakar laa. Diorang lebih arif bab bab bbq ni. Kitorang main pasir je pastu ambik gambar tepi laut je. Hehehehehe Malam, lepas maghrib, makan. Haaaa part ni best laa sbb semua kan kelaparan, so bila makanan dah ada semua serbu macam pirana. Hahahaha tu yang sampai ada yang takdapat sosej dan sotong tu. Hmmm takpe, putera memang bab makanan diorang berkira sikit eh tak, berkira banyak. hahahaha sampai mengungkit dekat Twitter but its okkkkkkkkk. Aku faham diorang penat bakar en. kkkkkk Nanti datang rayalah aku ganti sosej dengan sotong engkorang tu hahahaha.

Habis makan makan, hmm time ni dah mula sebak dah. Dah tahu dah nak balik satgi. Haaaaa waktu ni nak cover sikit so aku ajak diorang ambik gambar. Aku yang before ni taksuka pantai sbb pasir pasir tapi kali ni redah je, dah takhirau pasir masuk baju ke seluar ke apa ke. Stokin penuh pasir pun takkira asalkan dapat spend time dengan kawan kawan. dah settle semua, putera pun dah kemas barang barang BBQ tu, then diorang gerak dulu. Diorang ni banyak program lain so kita biarkanlaa. Kitorang balik naik bas, lepastu semua dah nangis nangis dah, touching. Malam tu aku memang dah nangis teruk dah. Tapi sbb penat sangat aku tido. lepastu pagi esok tu putera buat drama, okay koyak balik. lepastu semua post dekat insta dengan caption sedih haaa barai, rabak balik dan begitulah seterusnya. Sampai bila aku taktahu. 

Maka dengan ini, tamat sudah perjalanan aku dan kawan kawan aku sebagai pelajar sekolah. Lepasni banyak lagi benda nak kene tempuh dan aku taktahu boleh ke tidak dapat kawan kawan yang se setia anda semua. #ValourIIIV takdehal lah, walaupun bergaduh je dari form 1 sampai form 5 tapi tetap ada saat diperlukan.

Girlsssss, nanti dekat luar sana, take care. Jangan lupa diri, be safe. Cari orang yang betul betul boleh jaga korang waktu susah, senang, waktu sakit, tergolek, terjatuh tersembam semua. Fokus dengan matlamat hidup, be educated sbb kita ni taklaa kuat mana. Nanti dah jadi isteri isteri solehah, dan jadi ibu ibu mithali kita boleh buat family day pulak. hahahahahaha Lelwzz so minta maaf salah silap sepanjang aku dan Caq jaga korang. Dekat luar sana ramaaaaaaiiii lelaki yang ada tapi pastikan yang datang dalam hidup kita itu yang betul betul bersungguh dan terima kita apa adanya. Jangan leka kejar dunia je, akhirat jangan lupa. Semua yang kita dah belajar dekat SMAPL tu praktikkan, jangan sia sia kan. Terima kasih untuk semua kenangan yang mengajar aku banyak soal hidup dan persahabatan. Loveyaaaaaaaaaaa.

Untuk putera Valour, terima kasih untuk semuanya. hahahaha gaduh gaduh, benci benci  pun korang still bakarkan kambing, sotong, udang, sosej jagung dan semualah untuk kitorang. Hahahahaha sedap sedap, korang jangan risau. semua aku makan takde satu pun yang macam hangus sangat dan takde pun yang takmasak. perfect laa.  Macho macho korang pun koyak jugak bila hassan bagi speech. hahahaha lewlzzz Aiceh Minta maaf salah silap dan all the best bakal bakal pemimpin agama, bangsa, dan negara ohh taklupa bakal pemimpin keluarga. Cuma nak pesan. drive tu hati hati sikit. Adoh, jenis yang drive macam takde pedal brake ni aku stress jugak. Memanglaa maut tu pasti tapi kau jangan cari pasal pulak, alaaaaahai. 

Dan untuk semua, Goodluck untuk hari hari selepas ini. Bila kita terfikir susah nak lepaskan kawan kawan kita, ingat balik. Kita semua ada cita cita. Nak sampai pada cita cita tu memang kita kene korbankan banyak benda. Dan salah satunya adalah ini. Kita korbankan persahabatan kita buat seketika. Bukan bermakna terhenti, tetapi beri ruang untuk semua gapai apa yang di impi. Kalau takhabiskan zaman sekolah menengah ni, macam mana nak masuk alam universiti yang masih panjang lagi. Ada jodoh nanti kita jumpa lagi. Lagi best kalau orang pertama kawin dengan batchmates sendiri, yeaaaayyyyy boleh reunion lagi. HAHAHAHAHAHAHAHA AAAAHHHH aku takkira, mesti ada yang kawin satu batch jugak, ahh aku takkira. Kene ada. 

Hehehehehe so babai bakal bakal doktor, engineer, cikgu, pensyarah, pegawai pegawai besar, calon calon CEO, accountant, lawyer dan semualah. Semoga apa yang korang hajatkan menjadi kenyataan dan  terus dalam jagaan Allah. Terima kasih sudi luangkan masa baca post ni. Dan babaaaaaiiiiii

Takkan pernah tinggal dalam doa. #ValourIIIV
Tak koyak, kan? hehehehehehehe

Tuesday, April 5, 2016

Fanor.

Bismillah, okay saje nak bagitahu aku sepatutnya dah post lama dah pasal fanor ni tapi disebabkan aku update guna phone, and apps blogger tu memang gilaaaaa, dan takpublish publish sampai laa ke hari ini. Jadinya, aku pun rajinkan diri aku untuk tulis balik. Hmmmkk sebab sayang fanor, aku rasa okay je nak REtype 10 kali pun. Ewah

sebenarnya banyak lagi kerja (tapi bukan house chores laa, sebab tu semua kene settle dulu hari hari barulah boleh hidup tenang bukak twitter instagram dan semua benda tu hehe) yang aku taksettle lagi. Kerja tu maknanya macam nak kene settlekan dokumen2 yang nak kene submit, nak isi borang blablabla photostat pebenda tah. Tapi, aku takde mood nak buat selagi taksiap post pasal fanor ni. Sbb dah janji dengan dia. Haha rasa taktenang laa bila taktunaikan janji ni. Ewah poyo nya aku. Tapi betullah, so sebab tu aku rasa nak tulis dulu entry ni and satgi aku sambung semua benda yang tertunggak tu. Buat dengan hati senang, lebih mudah. Takgitu? Aiceh


Untuk yang takkenal, meh sini aku perkenalkan. Tengok sebelah ni, (saje letak gambar form 4, nak tunjuk fanor kurus kit hahagagaaha) Fanor atau nama penuh dia Fatin Norizzaty bt Osman. Haaa, bab nama nama penuh ni aku terer sikit. Ejaan semua boleh dikatakan 98% tepat. Yelaa, 2tahun pegang batch, berapa banyak benda aku buat. Mestilah concern sikit pasal kawan kawan ni kan. Hehe Okay macam mana aku boleh rapat dengan fanor ni? Sebab utamanya ialah kitorang ni dormate waktu form 4.

Kalau dah dormate tu, memang duduk sebelah katil lah. Takpernah lagi aku dormate dengan batchmate tapi duduk jauh jauh. Haha aku ni jenis yang lambat sikit nak beramah mesra kalau dengan batch lain. Hmm kalau orang kata aku sombong pun aku kene redha, sebab aku memang macam tu. Haha Kalau akak akak senior pun, aku rapat dengan akak dorm je, junior pun dengan adik dorm je. Kalau yang selain daritu itu biasanya adalah sebab sebab lain aku rapat. Hahahagagahaha well kita berkenal atas sebab tertentu kan. Aiceh, so sebab aku ni celik je mata, nampak fanor. Balik sekolah nampak fanor. Nak makan nampak fanor, sebelum tidur pun sembang dengan fanor dulu. Haaa gila kau takrapat. 

Okay aku taktahu nak buat plot penceritaan macam mana, tapi aku harap korang berusaha lah untuk faham apa yang aku cuba sampaikan. Hehehehe gigih ni aku nak siapkan. Aicewah. Kalau korang nak tahu, Fanor adalah satu satu nya manusia yang selalu menyedarkan aku bahawa aku ni garang. Haha takpernah lagilaa orang yang rapat dengan aku cakap depan depan, "Azy, kau tahu tak? Aku gelak gelak ni pun sebenarnya aku takut dengan kau. Kau ni garang." Tapi itulah ayat fanor. Dia jenis yang "seram" walaupun aku takbuat apa apa pun. Aduh, kau kenapa sebenarnya? hahaha tapi takpe, asalkan kau faham aku, aku takkisahlaa fanor. Kau nak kata aku singa ke harimau ke, garang macam anjing ke apa, ikut suka kaulah. Aku tetap sayang kau.

Haa, fanor ni jugak antara orang yang tahu aku tengah geram, marah dan merajuk tanpa aku perlu bagitahu samalah macam ain fit, athilah dengan sara. Haha Aku naik dorm, diam je lepastu amik bantal tutup muka tidur, haa dia tahulah tu aku stress. Takpun aku diam je malas nak layan orang, itu pun fanor tahu lah tu aku takde mood. Hahahaha dia hanya akan diam dan akan sapa aku semula bila nak pergi makan. Haaaa, hebatkan fanor. Ajak makan dia takpernah miss walaupun aku tengah marah dekat dia sekalipun, dia tetap akan ajak aku makan dekat dm. Hehehe caaayang fanor, dia takkan kasi aku berlapar, nanti gastrik hehe

Waktu form 4 adalah waktu aku paaaling busy, paaaling tak terurus, paaaling stress, paaaling banyak kali sakit dan bermacam macam paling lagi. Jadi, yang hadap ni semua, fanor lah. Dialah yang terpaksa dengar semua yang aku luah sambil nangis nangis, kalau dengan sara, sara nangis sekali. Tapi kalau dengan fanor ni lain, nanti last last conversation dua dua mesti ketawa hahahahaha kadang kadang lupa semua masalah tu. Chooiiiii. happy go lucky nya fanor ni. Hahaha tapi honestly, macam mana aku stress pun, bila balik dorm, kita borak2, aku rasa relief gila. Rasa macam lupa semua masalah. Apalah magic sangat fanor ni hehe

Haaa, paling banyak kali sakit ni memang aku fobia sikit waktu form4. Well, waktu form4 ni sebab kan busy, rutin makan aku pun tak teratur. Makan salah, takmakan pun salah. Bila makan, perut senak. Bila takmakan gastrik. Hahahahagahahagaaga dilema beb. Tapi setiap kali aku sakit perut, fanor lah yang akan setia papah aku ke bilik basuh untuk basuh tangan. sebab biasanya aku senak sampai takboleh jalan ni ahad malam, lepas pot luck dorm. Well dorm aku ni rajin sikit bawak makanan. Aku pulak jenis yang nafsu makan ada, tapi bila ada depan mata, baru ambik bau dah kenyang. Hahahaha fanor baik beb, sampai bekas makanan aku pun dia basuh. Aku kalau senak memang takboleh buat apa. Terbaring je. Kalau nasib baik sikit, bolehlaa ketawa, kalau tak, haaaa menangis la sampai lena dibuai mimpi baru senyap. hehehe

Paling terharu waktu aku sakit gigi. (*lap air mata dulu tsktsktsk*). Aku ingat lagi, waktu tu dah dua hari aku sakit gigi dan gusi. hari first aku paksa lagi makan walaupun sakit gila. Masuk second day, aku minum air je. aku taklarat. Malam tu aku takprep. Sebab sakit sangat, aku duduk dorm je waktu prep. Aku tido, dengan harapan aku takrasa sakit tu. Tapi malangnya waktu almulk aku terjaga. Sebab lapar. Aku sakit perut. Tapi aku taktahu nak makan apa. Aku buntu nak buat apa. Apa lagi aku buat, menangis lah. Kau datang dekat aku, kau tanya aku kenapa. Dengan penuh siksanya aku jawab, "Aku lapar, fanor *sambil meraung*" Lepastu kau pergi, aku ingatkan kau pergi tandas gosok gigi, basuh muka kaki semua macam biasa kita buat hari hari. Aku pun dah pasrah dah.

TAPI RUPANYA KAU PANGGIL ATHILAH DEKAT DORM SEBELAH. Huwaaaaaa, Tella datang lepastu dia tanya aku nak makan apa. aku kata aku taktahu tapi yang penting aku lapaaar gila. Then, tella check makanan dalam locker aku, hmm takde. semua makanan taksesuai. (sebab aku ni jenis dalam locker ada Mamee, Mister Potato, Biskut Hupseng, Snickers, Kitkat dengan M&M hahaha) semua keras, cemana aku nak kunyah. Suddenly kau cakap, "Haaa aku ada coco crunch dengan susu. Bolehkan lembut kan coco crunch tu dengan susu?" Peh, waktu ni aku terharu gila. Walaupun korang pun tahu aku taksuka coco crunch tapi sebab itu je ada, aku redah jugak.

Lagi terharu bila korang yang berlari cari mangkuk, cari sudu. Letakkan coco crunch tu, dan paling penting, fanor dan tella jugakla yang suap aku. Sumpah beb, aku taktahu kalau korang takde malam tu, gastrik aku teruk mungkin separuh mati dah. Haha Even waktu tu dah lewat malam. nak dekat pukul 12 tapi still korang teman aku makan. Sampai habis, dan fanor jugaklah yang basuh semua bekas tu. Huwaaaaa terharunyaaaaaaaa aku taktahu nak cakap terima kasih macam mana. Tapi aku memang hargai gila. 

Tapi lama lama aku tahu, kenapa kau panggil Tella. haaaaa, alasan dia ni aku dah agak dah. Sebabnya dia takut. Dai taktau nak buat apa, dia takut aku marah dia. Hahahahaha asyik buruk sangka je kau ni fanor. Aku tengah sakit, takdenya nak marah kau. tapi takpe, aku faham. Kau memang gitu.

Selain kerja yang baik camtu, kita pun ada cerita jahat. Tapi taklaa jahat mana. Hahahaha cuma takkosongkan asrama waktu maghrib isyak je. Haha sebab waktu tu lepas maghrib kita naik mandi en, pastu siap cam biasa, tahu tahu je gate dah kene kunci. Hmm apa lagi, muka selamber je duduk dorm, baca buku. Muka takbersalah. Lama gila gate nak bukak, kita dah laa tak isyak lagi hahaha sabau jela. lepastu, ada satu peristiwa ni, yang kau dekat tangga bertentangan ngan aku. Hahahaha aku tahu, fanor mesti ingat "PERISTIWA TANGGA" tu, peh malu gila. Tak, tak, jangan risau, bukan jatuh tangga tapi ada yang lain. Mweehehehehe sampai kau kata, "OHH AZY, INI PERANGAI KAU SELAMA NI. DISEBALIK KAU YANG GARANG, NI RUPANYA KAU" Hahahaha taknak ah cerita kat sini, nantilah hahahahaha sorry la fanor, tapi simpan tau rahsia ni, mampus aku kene bahan seribu tahun kalau orang tahu. 

Oh lupa, Fanor ni jugak antara orang yang setia tunggu aku balik dorm, selalunya dia akan tunggu aku balik dorm baru dia tidur. Tapi akhir akhir tahun tu dah jarang, sebab aku mmg balik dorm lambat je selalu. Sebab settle kan Ilham bagai. Sampai aku kene pesan, "Kau ngantuk, tidur laa dulu fanor." Tapi biasanya kau akan jawab, "Eh takpe, aku tunggu kau." Wuish, terharu beb. Tapi aku jahat en, sebab kalau kau nak stay up aku taktunggu pun. Hahahaha bukan apa, sebab aku ni taktahan la nak stay up lelama. But usually aku akan baring sebelah kau kat lantai tu, bila kau habis study, aku kejut aku naik katil. Hmmm that's how it goes...... hehehehe

Fanor, nak tahu? Ada satu benda ni, dulu aku segan nak cerita kat kau, nanti kau kata aku acah sweet. Hahahahaha tapi memang aku buat benda ni. Ingat tak waktu ada minggu tu aku takbalik dorm dari prep sampai subuh sebab siapkan Ilham dekat bilik akses? Ada satu hari tu, aku balik waktu azan and aku terus subuh dulu dekat musolla. Lepastu baru aku naik dorm. Bila sampai dorm aku tengok kau tengah tidur lagi, then aku pergi sebelah kau, duduk atas katil kau. Aku nak kejut tapi kau nampak macam letih gila. Aku pandang je, waktu tu tiba tiba aku sebak, taktahu kenapa. Mungkin sebab aku letih sangat sampai aku rasa bersalah sbb selalu ignore kau sebab aku busy. Mungkin jugak sebab aku teringat, lepas ni takdapat dah nak bangun pagi pandang muka kau. Hehe (*sedih lah gilaaaaaa*) hmm tapi taklama pun, aku baru nak nangis, tiba tiba kau gerak, so aku pun terus kejut kau bangun, subuh dan mandi. Bila kau dah bangun, aku pulak tidur tempat kau sementara tunggu junior ironkan baju aku. HAHAHAHA BUKAN BULI LAAA, MINTAK TOLONG JE. DAH DESPERATE.

Hmmm bila aku fikir semua tu balik, well banyak lagi benda. Cuma tak boleh nak diceritakan. Takcukup satu novel kot. Hahaha cemana kita pergi sahur, bising macam lupa itu pagi buta. Lepas sahur lari2 naik dorm, bukak locker serbu kuih semperit dengan kurma. Lepastu makan cecepat sebab takut imsak. Then, lepas tarawih, duduk lantai bawah kipas sebab panas berpeluh sambil makan kuih semperit. Bergaduh lagi semperit siapa lagi sedap walaupun hakikatnya kita dua dua beli dekat kedai, bukan buat sendiri pun. Hmm pergi prep, kau selalu lewat gate sebab tunggu aku. Hahaha tapi bila aku siap awal kau pulak yang pelik, "Azy, apahal cepat sangat?" Lewlzzz takkira lagi habis semua baju kau aku bedal, sebab locker kau kan locker aku jugak hahahaha haa lupa bagitahu, satu baju kurung kau ada kat aku hahahahaha lewlzzz nanti aku pulangkan. hehe kau langsung takkedekut bab makanan. Tapi aku je jenis yang membazir makanan. Mintak makanan kau tapi aku takhabis makan. 

Lol hahahaha banyak beb, taktertulis. Takpelah, nanti aku dah reti masak, dah tahu 'function garam dan gula' aku masak bebanyak kasi kau makan puas puas. Kenyang kenyang. Okay? Hehe Aku dah banyak duit kita jalan jalan pergi vacation. Kene cepatlaa, nanti dah ada suami cam payah sikit pulak kan sbb nak komitmen sebagai isteri lagi, aiceh jauhnya aku fikir. Hahahahaha Lulzz, apa pun yang kau nak, kau teruslah rajin fanor. Aku kenal kau. Kau yang kuat, susah nak give up. Memang ada masa kau down, tapi jangan lupa aku akan sentiasa support kau. Cari je aku bila kau nak. InshaaAllah aku akan bantu selagi termampu.

Sebab tu aku langsung takkisah kalau nak kene celebrate birthday kau sampai KLCC pun aku usahakan, sebab apa yang kau buat dekat aku lagi banyak. Moga kau nanti jadi yang baik baik, dapat yang baik baik, tempat yang baik baik, pekerjaan yang baik baik dan paling utama jodoh yang baik baik. Cari yang betul boleh terima kau macam mana En Osman terima dan sayangkan kau. Okay beb? Ayat kau yang sampai sekarang aku takboleh lupa, "Azy, kau baik takpayah makan. Kau ingat kenyang nasi dua suap kau tu?" Lewlzz kau akan bebel setiap kali dekat DM. Hahaha oh dan lagi satu, "Aku taksabar nak tengok suami kau, azy. Nak tengok macam mana dia, kau ni dah laa pelik pelik." HAHAHAHAHAHA so, my future, nanti pergi jumpa fanor dulu hahahahaha jkjk AHH TAKPAYAH, KANG DIA SUKA FANOR, PARAH AKU. hehehehehe

 Lastly, aku tahu kau mesti tahu aku nak cakap apa, hehehe iloooooovvvveeeeyouuu Fanor. Take care sayang. Ada jodoh nanti kita jumpa lagi.

Fanor, jangan happy sangat. Semua gambar yang dekat bilik study time spm haritu ada lagi dalam phone aku. Tunggu masa je nak reveal bhahahahahaha

With love,
Azy

Saturday, March 26, 2016

MARA Physcometric Test and Interview.

Okay, jadi hari ni aku gagahkan jugak nak 'hapdetttt' pasal interview Mara dan taklupa physcometric test  yang aku kene hadap khamis dan sabtu baru baru ni. Sebabnya lepas ni nak habiskan entry pasal #VLBorneoEscape yang masih tergendala di Part3 
So, mesti korang macam 'wondering' kenapa aku apply 'pinjaman' Mara instead of 'Biasiswa' JPA-MARA or JPA kan? Jpa memang tolak sebab takde offer course medic. Jpa-mara ada, cuma local. So that's why aku pilih pinjaman Mara sebab masih ada offer untuk medic oversea. Aku nak jugak tambah pengalaman, duduk negara orang, hidup berdikari sikit, yang penting kalau kat negara orang ni kita cam behave sikitlaa. Bolehlaa aku asah bakat memasak aku untuk survive dekat negara orang. Hehehehe itu angan² je laa. Lagipun ini pinjaman boleh ubah. Wallahualam, aku pun taksure sangat. Hehehe okok sambung
Aku apply Mara macam biasa online and takdela lama sangat aku rasa, terus boleh check and Alhamdulillah aku lepas untuk buat psychometric test and pergi interview. Jangan risau, kalau itu takberjaya, boleh buat rayuan. Cuma kalau aku, aku takbuat kot rayuan tu sebab kene buat Essay. Alaahai, aku lemah laa bab bab essay ni. Tapi Alhamdulillah laa aku takpayah buat semua tu. Hehe kalau rayuan ni, inshaaAllah laa dapat. Sebab semua kawan kawan aku yg buat dapat je. Alah, kalau ada kemahuan, Allah mudahkan semua kan. Ewah, aku bagi tazkirah pulak. Hehe
Physcometric test ni, taklama pun. Sejam, 100soalan. But 50% aku boleh cakap, pasal personality. And the rest dia campur², ada sejarah ((yelah, kang buatnya sampai negara orang kau lupa diri ke kan haha)), ada pasal Mara, ada critical thinking yang terpaksa kau kerah otak relate kan dengan physics concept, ada adik beradik addmath modmath jugak. Hmm taklupa, seremeh remeh subjek Sivik yang kau malas belajar dulu tu pun, keluar tau soalan dia. Ada jugak laa istilah bahasa Melayu yang waktu exam tu kau rasa payaaahlaaa sangat. Hahahahaha
Tapi overall okay jelah. Sebab objektif kan, kau taktahu kau "ulat bulu panjat lidi, siapa dulu dia yang jadi" jelah. Alaaah, macamla takbiasa buat time exam dulu hahahagagagaha ((*ke aku sorang je yang buat hahahaha )) 
Dan semalam (sabtu) aku pergi interview. Mula mula cuak laa jugak. Dahla aku sesi yang pertama, pukul 7.30pagi. Jadi aku sampai Kolej Mara Banting (KMB) dalam 6.50pagi. Bertolak dari rumah before subuh lagi. Waktu aku sampai tu, dah ramai je yang sampai. Lagilaa cuak kan. Semua benda takkena. Takde mood nak cakap semualah sbb berdebar hahahaha
Benda pertama aku takut nak pergi tempat baru or interview macam ni sebab aku ni susah nak mulakan conversation dengan 'strangers'. Hahaha tapi bila dah berkawan, takhenti pulak cerita aku.  Alhamdulillah waktu beratur tu, aku belakang seorang alumni SSP, Wan Haleena. Dia start conversation and dia yang get to know semua orang yang berdekatan dengan kitorang. Hahahahaha walaupun baru kenal, tapi dah rasa senang je dengan Haleena. Kebetulan kitorang dalam group yang sama, haaaa lagi best.
Semua ahli group aku bagi aku senang nak get in. ((kecuali sorang lelaki tu, aku takcakap pun dengan dia hahahaha)) sebab group aku 7perempuan dan seorang lelaki. Jadi memang bestlaa. Semua discussion yang kitorang kene buat, task yang kene selesaikan aku rasa mudah dan takstress sebab saling membantu. Hilanglaa semua cuak cuak tu sebab semua buat kerja dengan senyum, kalau takde idea ada je yang boleh bantu. Hehehehe Alhamdulillah
Mara punya interview setiap tahun berbeza. Jadi tahun ni (2016), dia buat ada dua checkpoints. And first checkpoint pasal critical thinking. And second kene discuss or debate pasal poem yang diberikan. Hahahahaha semua full in english lah. Walaupun nukilan yang kitorang dapat tu Bahasa Melayu.  Waktu ni memang otak kene bergerak pantas laa, sebab task susah tapi masa yang diperuntukkan untuk discuss taklebih dari 10minit. Time memang limited. Pandai² draft point penting je and elaborate waktu present tu. ((interview medic dengan non medic lain tau. Korang cuba tanya orang lain sbb kawan kawan aku yang non medic kata ada 'game', aku takde pun. Hahahahaha))
Overall okay je interview ni. Kejap je. Dalam satu jam dah settle. Dah boleh balik semua lah. Hehehe Alhamdulillah. Lepas interview tu aku jumpa parents aku dan i was like "YEAYYYYY IBU YEAYY IJI DAH HABIS. INTERVIEW SETTLED. YEYEYEYEYEYE"  pastu ibu kata, "Oh, pagi tadi senyum pun taknak. Cakap pun tak." hahaha biasalah tu en 
Okay aku malas laa nak taip lagi. Cuma aku nak simpulkan, interview ni best. Dapat kenalan baru lagi best. ((semua excited sampai terus buat group ws "Doctor-to-be "  lewlzz)) Last but not least, doakan aku dapat. Lepaslaa nak masuk KMB  hehehe tapi aku dah buat sebaiknya, selebihnya aku tawakal. Kalau itu yang terbaik, dapatlaa. Kalau tak, aku cam ok jelah. Okok nak makan. BABAAAIII 

Monday, March 21, 2016

SPM and what's next?

Okay lamanya tak post dekat sini. Wuuuuu okay alasan cliché sbb busy apply scholar, cari scholar blablabla tapi alasan sebenarnya aku memang malas pun. Haaa, ni kang ada lah tu yang nak bash aku kata "malas tu perangai syaitan" Relax, ni bukan hal berkaitan ibadah ke apa ke. Ni takde la penting kan? Hahahaha relax, benda boleh runding. Aiceh

First of all, masih tak terlambat kot untuk aku ucapkan TAHNIAH 🎉🎊 kepada VALOUR 1115 ((SPM 2015 SMAPLabu)) sebab kita dah berjaya dalam spm baru baru ni. Alhamdulillah, usaha kita berbaloi selama ni. Walaupun ada orang cam dengki sikit en cakap, "alah naik sikit jurrr *bibir terjuih ke depan*" eleh, ikut suka batch aku laa. Nak naik sikit ke banyak ke, engko tu nyibuk je dah kenapa. Takganggu pun kucing kau nak beranak ke nak terberak ke apa en. 😼

Ececece takdelah, gurau gurau. Bagi aku, kitorang dah usaha dan itu rezeki kami. Kitorang je tahu macam mana gelabahnya kitorang nak hadap SPM tu dulu. Cemana paksa rajinkan untuk attend semua kelas tambahan yang bertungkus lumus cikgu kitorang buat dulu. Cemana kitorang nangis nangis sbb takpaham satu satu subjek tu. Cemana semua takberkira share ilmu bantu kawan kawan💡. Cemana kita kene datang kelas time jerebu walhal semua orang cuti 😷 Cemana kitorang gaduh dua hari before exam bio. ((oh bab ni sensitive sikit, takboleh hurai panjang, hehuuu)) oh taklupa, cemana gigih order makanan dekat kedai hijau setiap malam sbb kalau lapar takboleh fokus study (katanyaaa) semua tu lah. Semoga setiap titik peluh yang keluar, tulang sendi kita yang sakit mahupun rambut yang gugur sebab banyak sangat fikir cara nak solve problem addmath 💫 tu akan jadi saksi usaha kita nak mendalami ilmu Allah dekat akhirat kelak.🙆 Aminn Taklupa ni juga hasil penat lelah, doa dan semua jasa guru guru SMAPLabu dan dari mana mana sekolah pun lah yang pernah datang ajar kami dan ofkos doa ibu bapa kami. Tahniah untuk semua.  😇

Waktu 3mac, semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Mula dengan yasin dekat musolla. Waktu tu rasa cam nak nangis pun ada. Sbb dah lama tak gather satu batch macam tu. Last waktu paper sastera tu lah kan. Solah lead. Cam biasalah, dia pak ostad. Hahahagagahaha jkjk Sampailah semua busy, taksempat nak makan walaupun ramai je bawak makanan waktu hari bersejarah tu. Semua busy cari cikgu, gelak gelak dengan classmates, jumpa parents, jumpa parents in-law ((ehh🙊)) dan semua lah dengan hal dunia sendiri. Cehceh ayat aku.

Pelajar terbaik, well cam biasalah. Dari dulu pun aku dah teka. HAHAHAHA dan tekaan aku tepat. Azlina si rajin 👸 wa Alep si genius💀 ((tapi pemalas)) aku tumpang bangga laa, sebab dalam dewan sorang duduk kiri aku sorang lagi belakang aku hehehehe dua dua ni jugak yang hari hari kot time exam memang nampak aku ni duk melalak, menangis je hari hari hahahagagahaha tahniah azlina, alep. Walaupun tak 11A+ tapi 10A+1A tu pun dah cukup bagus dahtu. Hehehehe

Oh lupa nak cakap, ada 16orang straight As, tapi semua orang straight jangan risau *flip hair* (iykwim) hehe dalam 16tu, 14orang classmates aku, plus yed and syaraf from razi and muqaffa'. Ada laa selit nama aku kat situ, dapatlaa nak nyibuk² sikit dengan yang cemerlang gemilang terbilang tu alhamdulillah lah. Hehehehe 😅

Oh lupa, deskmates aku for two years, SARA TELLA AND QIBB yeay. We did it geng. Hehehe walaupun waktu form 4 kita selalu main calculator waktu cg shamsir ajar kat depan, kita selalu borak waktu cg faizah suruh discuss topik sejarah, selalu jugak pergi lab lambat tapi rehat paling awal. Kita jugak yg paaaaling malas join aktiviti dalam kelas walaupun sara tu pkt hahagagahaha

Tapi bila dah form 5, kita kan dah tekad. Taknak duduk satu meja waktu  dalam lab. Nak rebut tempat depan dalam lab. Walaupun awal tahun kita terpisah, ((ewah cedihnyaaa)) tapi akhirnya kita jadi deskmates balik en. Hahaha mana ada orang boleh pisahkan kita, Auch. 😛 Bila semua study kita berempat ni jenis yang sembang je takhenti. Hahahagaga walaupun Qib selalu kata KB dengan Alep bising tapi dia lupa kot waktu form4 kita pun bising hahahaha Qibb si gigih, hari hari lewat gate pastu sampai je kelas kene halau dengan izzul suruh pergi tahsin. Peh, tapi Qib tetap sabar.😂 Sara pulak, geng nangis aku bila takpaham je nangis. Dahpaham pun nangis. Dapat B pun nangis dapat A pun nangis. HAHAHAHA Bob? Supplier makanan time lapar dalam kelas esp waktu kelas addmath. 🍙🍱🍜 Eheh banyaklaa takboleh kira. Paling aku ingat kalau ada experiment time form4, kita mesti buat experiment lain jugak bhahahahaha but who cares.

Ehehehe goodluck in future deskmates 🌚 semoga perjalanan lepas ni lebih dipermudahkan oleh Allah. Keep moving forward kawan kawan. Jangan bersedih. Itu hadiah terbaik Allah kasi dekat kita. Yeay inshaaAllah ada rezeki lain nanti yang Allah sediakan untuk kita. Siapa tahu kan? Hehehehe dahbye malas nak cakap. Nanti touching 😂😂 Byeeeee

"Azy, kau nak sambung apa lepas ni?" Haaaaa, kau sabar sikit. Nanti aku rajin aku update post pasal "Rancangan Masa Hadapan Azyyati" terus aku bagitahu kerja apa, dekat mana, tarikh kawin, siapa bakal suami.  Eh? 🙊HAHAHAHA TAKMUNGKIN. Ngeng. Hehe nanti sambung ok. Thanks for reading, see yaaaa. 🎓💉

SPM checked ✔✔