Wednesday, December 28, 2016

2016; another year to remember.

Bismillah.

Hmm where to start? Untuk Azy, 2016 merupakan tahun yang paling mendewasakan. Alah, biasalah acah matang sebab dah 18 gituuu. but yes, banyak perkara baru yang Azy belajar and bila diingatkan semula semuanya berlaku pada tahun ni. It's like everything i learn when i was 18 haaa macam tu acah dia. 

Boleh baca entry entry azy semua yang best best berlaku tahun ni. Fuhh (even mostly tergendala; #VLBorneoEscape yang baru sampai part3, Kuala Namu baru sampai part2. Haih I'm still has 'that intention' to finish my entry though. Sem break maybe? Hehe wait yaaa)

Taksenang nak recall satu satu since i do have short term memory loss apatah lagi long term. Sooo, lets see what i've been through throughout this year.
  • #VLBorneoEscape - For the first time Azy pergi vacation dengan kawan kawan sahaja. Without family members and consider jauh lah kan sebab pergi Sabah. Special thanks to Asyrani and Najah sebab tolong uruskan tiket, transport and accommodation kitorang dekat sana. >> Part1 , Part2 , Part 3 <<
Squad in Medan, Indonesia.
  • Short vacation to Medan, Indonesia - (Full entry click here >> part1 , part2 <<) Ini pun best. Sebab banyak tempat shopping. Dapat jugak merasa pergi Danau Toba yang selama ni mampu tengok dekat sinetron je. Terima kasih Makndak dan pakndak sebab sponsor trip ni. 
  • Lesen kereta - Percaya atau tak, Azy #TeamLulusSatuKali . Ohyeah, test jpj tadahal lah. Normal lah tu ambil lesen manual tapi drive auto kan? Dah, jangan suruh Azy bawak manual, azy dah lupa semua klac gear. Eh, bukan lupa tapi memang takreti. Hahaha
  • SPM and Graduation Day (read my entry #VLGraduationDay for more details)- (Proud SMAPLabu's alumni here) The day where i cried the most; waktu result dapat through sms after habis baca yasin dekat musolla and waktu lepas BBQ dekat PD, dalam bas. Taksenang nak tinggalkan kawan kawan yang 5tahun dengan Azy, gaduh bertumbuk nangis sama sama. Tapi at the same time, I'm so happy that kitorang berjaya tamatkan sekolah dengan jayanya. And now semua dengan haluan masing masing, semua sedang struggle dengan cita cita sendiri. Azy yakin that one day kita semua akan berjumpa balik, and still can make jokes and laugh together. Dan lagi best masa tu semua dah berkerjaya, mungkin ada jugak yang dah berkeluarga. OMGGGGGG I CANT WAIT NAK TUNGGU SIAPA VALOUR KAHWIN DULU OMGGGGGGG FASTER LAH GENG, I NAK MAKAN NASI MINYAK NI HAHA
3Mac2016; SPM Result was released.
  • #VLBeraya - Ini mungkin takdapat nak buat setiap tahun tapi 2016 is the best. Sara, Azy dan Wadaah. Kitorang pergi raya dekat USIM, Uniten, UiTM Dengkil, KM Selangor. Walaupun kene marah dengan polis bantuan dekat Dengkil, salah jalan nak pergi KMS sebab waze bawak jalan pelik pelik, tunggu Uniten habis kelas tengah hari sambil tu lepak Zawara, Bangi Sentral, Azy drive 'aksi lagak ngeri' yang pasti wadaah dan Sara takmungkin lupakan but who cares? Janji dapat jumpa kawan kawan kan. 
  • Scholarship hunting - Haha ini benda paling taksuka sekali lepas SPM. Nak kene alert dengan semua biasiswa yang ada. Kalau tanya Azy, takbanyak pun yang Azy mohon. Sebab takbanyak yang offer course yang Azy nak; Medicine. Lagi-lagi kalau scholarship yang nak mohon tu kene buat Essay, haaaa itu lagi Azy let go je. Pastu macam, "Hmmm takpelah bagi peluang orang lain." There's one person who know macam mana gelabahnya azy nak mohon scholarship. Lol, i told him everything but dia pun sama je berapa kali tukar jpa-mara, Mara, jpa-mara lepastu Mara balik hahahaha Maksudnya? Haaa sama je kitorang dedua gelabah k, dah tahu. Alah biasalah, SPM sekali je seumur hidup, lepastu first time nak cari scholarkan, kasi chance lah kitorang jakun kejap. Lewlzzzz Dapatlah jugak attend interview Mara, pergi kursus dan kem under Majlis Agama Islam NS (MAINS), even takterima offer ni tapi dapat tambah pengalaman pun kira okay dah.
  • The most important decision i've ever made for my whole entire life (i guess) is "Okay Ayah, Iji masuk IMU. Yes, this is my choice, jangan tanya lagi. I might change my decision later." Wow, nak pilih hala tuju lepas spm lagi serabut daripada nak pilih suami. (Eh?!) Well, mestilah. Ini melibatkan kerjaya Azy in the future, kan? Hmmm tapi miracle tak miracle jugaklaa, azy fikir punyalah lama antara dua choice ni; nak tunggu offer Mara buat IB or nak tunggu keputusan MAINS pergi Al-Azhar but at last benda yang takde dalam list azy yang azy pilih; scholarship JPA tapi local je boleh pilih mana mana university yang Azy nak and azy pilih IMU.
Bila difikir fikirkan balik, macam kelakar jugaklah. Bukan main pening lagi nak pilih apa. The 'same favourite person' yang tahu macam mana Azy gelabah cari scholar itulah jugak manusia yang tahu macam mana stressnya Azy nak pilih sambung belajar dekat mana. (dan dia jugaklah yang 'influence' azy supaya pilih IMU je 🌚)  Hahahahahaha awal awal memang macam ada menyesal dan banyak rasa yang betul ke keputusan yang aku buat secara mengejut ni? Apa tak nya, once Azy register IMU, kene bayar RM 1K lebih as application fee semua tu dan bila ayah terus bayar, azy terus buat keputusan nak stay IMU. Memang ayah ada kata, kalau dapat offer lain, nak pergi, pergilah. Ibu dengan ayah beri sepenuh kebebasan untuk azy pilih mana mana je tempat yang Azy nak pergi. Tapi siapa je sanggup nak bazirkan duit ibu ayah betul tak?

Awal awal memang tebalkan telinga jelah dengar orang cakap, "Ohhh, tak fly?" "Eh, private university? bagus ke?" "Kenapa takpilih Mara? Mara bagus, nanti lepas IB boleh fly." "Eh, tolak UM? UM bukan bagus ke?" Tapi at the end of the day, Azy rasa, I do belong here. Azy bersyukur dengan segala perkara yang Azy ada sekarang. Dah masuk sem 2 dah, Alhamdulillah. Even keputusan sem 1 tidaklah 'serata' mana, tapi selagi azy boleh capai pointer nak sambung MBBS dan kekalkan scholarship, Azy rasa itu sudah lebih dari memadai. Azy hanya perlu terus fokus dengan matlamat utama azy, dan mohon doa semua supaya Azy terus kuat to continue this long journey.
Yang paling setia teman makan dan shopping.
Yang datang jauh jauh semata mata nak teman aku pergi bbw. Hehe
Alhamdulillah 'ala kullihal. Tahun 2016 ini banyak mengajar Azy untuk lebih bersyukur dengan semua yang Azy ada. Tidak menyesal dengan segala keputusan yang Azy dah buat. Stay firm dengan pendirian Azy. Menghargai orang yang ada dengan Azy during ups and downs. Dan paling penting tidak bergantung sepenuhnya dengan manusia, bukan semua akan ada dengan kita setiap masa. Slowly i learn not to get too attached with people. I have to stand by my own. (yelah, selama ni kawan kawan 24jam ada dengan Azy, satu batch. Semua buat sama sama) But at the same time i still appreciate (to the fullest) semua yang ada di sekeliling Azy. Selagi ada masa, hargai mereka. Azy taknak nanti Azy menyesal di lain masa.

Ohya! 2016 jugak first time azy join Kelas Kaseh :) 

Terima kasih untuk semua yang pernah hadir dalam hidup Azy sepanjang 2016 ini. Terlalu banyak kenangan yang Azy takmampu nak list satu satu dekat sini. Banyak lagi perkara baru Azy belajar tahun ni, contohnya tahun ni baru tahu withdraw money sendiri (kalau tak sebelum ni ayah hantar duit setiap minggu), dah pandai naik uber walaupun sorang-sorang, selalu jugak keluar naik lrt nak pergi mana mana sendiri, hmmm dah pandai 'poslaju' barang barang ke utara selatan timur barat semualah. Dah ngada ngada online shopping hahahahahahaha okay, mungkin lain masa azy share lagi benda lain ok!

Thankyou for reading and havva blissful years ahead of you, guys! 🌸 Hello 2017! We're ready for you :)
My #VLBeraya squad. Takraya pun kita kene keluar ok, too many stories to share! (too many things to gossip too of course hehe)