
Nampak gambar tu? Happy kan? yaaaa, mashaAllah, seronok takterhingga bila dapat gather balik dengan manusia manusia yang lima tahun kita hadap tu (oh ada jugak yang setahun lebih but its okay tetap ada tempat dalam hati, ewah) Basically, hari graduasi kitorang ni takdelaa sehari dan tamat. sebab dia macam start awal dan berlarutan sikit laa kan. Hmmm sekarang ni aku taktahu nak buat plot imbas kembali ke apa apa ke.. hmm jadi korang pepandai laa susun plot ni mana satu klimaks mana satu peleraian ok, BM aku pun tak A+ so memang terabur sikit. hehehehehehehe
Putera, awal lagi gerak. Jumaat dah bertolak dari hometown masing masing pergi homestay. Masing masing memanfaatkan lesen P. setahu aku homestay dekat Labu, tapi taktahulaa kalau aku silap. Tapi kitorang puteri, Jumaat tu lek lagi kat rumah, tunggang langgang lagi lari lari cari baju grad, masih 'gaduh' lagi dekat group ws bincang tudung apa nak pakai, masih menggelabah lagi cari kasut sbb semua takde 'court shoe'. Hahahahaha well, perempuan kan. Tapi sabtu tu semua dah gerak SMAPLabu laa nak ambik jubah semua. Putera pulak hari Sabtu tu Alhamdulillah sempat pergi melawat cg Shamsiah yang sedang sakit dekat Bangi. Ramai ramai convoy masing masing dengan kenderaan sendiri. Aksi lagak ngeri ke apa tu takpayah cerita, cukup tengok diorang drive 10m dari depan dsb nak keluar kawasan sekolah tu, aku dah tahu memang dah dekat dah ajal tu. hahahahahaha jkjk apa apa pun diorang selamat jeee sampai SMAPLabu untuk raptai malam tu.

Okay okay jelah makanan kat situ. Mahal memang mahal tapi sebab Alep dengan Syaraf payung lebih so sikit jelah kene bayar. hahahaha paling sedap pavlova kot yang lain macam biasa je. Alep kata nasi goreng dia macam letak perencah Maggi. Haha taktahuler kawe nak gambarkan cemana rasa dia.
Petang tu dalam maghrib sampai SMAPLabu terus lari lari sebab raptai start pukul 8. Baju tak iron, shawl lagi, nak mandi lagi, solat lagi. Haaa memang terabur sikit laa. Malam tu raptai, hehe dahlama takrasa kene arah, kene dengar ucapan, nasihat, teguran centu. Ingatkan awal laa jugak habis rupanya lambat jugak, 11 lebih baru habis rehearsal. masing masing bosan time rehearsal duk ws takhenti. send gambar 'muka bosan' masing masing, sempat lagi skype, facetime dalam dewan tu. hahaha sabar jelah. Balik asrama semua kelaparan, putera okay lagi boleh drive lepak makan kat luar yang kitorang ni takkan laa nak jalan kaki kan. So, masing masing makanlaa lebihan potluck petang tu. Dah laparkan, semua benda sedap. Pastu sembang takingat dunia, dah lama takjumpa kaan, macam macam cerita dah keluar.
Pagi grad untuk aku, memang terabur. Orang lain macam ok je aku tengok. Semua awal kecuali aku. Dah lambat pun sempat je ws dengan wadaah. Cuma aku voice note je sbb gelabah sikit malas nak taip hahaha. Dia sampai kesudah ketawakan aku. Aku tidur bilik junior, so turun nak jumpa diorang ingatkan nak gerak kantin sama sama. sekali bilik sakit, musolla semua dah kosong. Cuma ada fanor je tu pun tengah panggil siapa tah. Hahahahaha waktu sampai kantin tengok semua dah habis makan. Haha aku datang mengadu tudung takjadi je pastu pergi tandas, ain mus tolong betulkan. Haaaa tu memang perangai aku, jenis yang suka menyusahkan orang sikit. Hahahaha nasib baik ainmus ni baik orangnya, sabar jee layan aku. Hehehehe
Overall majlis Graduasi berjalan dengan sangat lancar. Okay je walaupun tudung cam selebet sikit tapi banyak je gambar aku ambik. Hahaha jenis yang dah redha muka horror. Best laa ambik ambik gambar tak ingat dunia. Bila lagi kan dapat bergambar pakai jubah graduasi SMAPLabu tu. Nak jumpa batchmates ramai ramai macam tu kan.
![]() |
Pinjam bunga Azlina. |
Tahniah Azlina, pelajar terbaik SPM2015 plus dapat anugerah pelajar terbaik subjek elektif. Tahniah jugak Alep dapat Anugerah pelajar terbaik subjek teras. Tasnim dapat anugerah pelajar konsisten. Fuyooooo hebat hebatlaa semua. Hehe Dan tahniah buat semua penerima Anugerah Platinum, Emas dan Perak dan semua orang takterkecuali. Kita berjaya habiskan SPM dengan cukup membanggakan. Ohyeaaaahhh

![]() |
Ketika putera sedang sibuk menyiapkan makanan BBQ, kami disini dengan penuh gembira sekali. Hehehehe |

Habis makan makan, hmm time ni dah mula sebak dah. Dah tahu dah nak balik satgi. Haaaaa waktu ni nak cover sikit so aku ajak diorang ambik gambar. Aku yang before ni taksuka pantai sbb pasir pasir tapi kali ni redah je, dah takhirau pasir masuk baju ke seluar ke apa ke. Stokin penuh pasir pun takkira asalkan dapat spend time dengan kawan kawan. dah settle semua, putera pun dah kemas barang barang BBQ tu, then diorang gerak dulu. Diorang ni banyak program lain so kita biarkanlaa. Kitorang balik naik bas, lepastu semua dah nangis nangis dah, touching. Malam tu aku memang dah nangis teruk dah. Tapi sbb penat sangat aku tido. lepastu pagi esok tu putera buat drama, okay koyak balik. lepastu semua post dekat insta dengan caption sedih haaa barai, rabak balik dan begitulah seterusnya. Sampai bila aku taktahu.
Maka dengan ini, tamat sudah perjalanan aku dan kawan kawan aku sebagai pelajar sekolah. Lepasni banyak lagi benda nak kene tempuh dan aku taktahu boleh ke tidak dapat kawan kawan yang se setia anda semua. #ValourIIIV takdehal lah, walaupun bergaduh je dari form 1 sampai form 5 tapi tetap ada saat diperlukan.


Dan untuk semua, Goodluck untuk hari hari selepas ini. Bila kita terfikir susah nak lepaskan kawan kawan kita, ingat balik. Kita semua ada cita cita. Nak sampai pada cita cita tu memang kita kene korbankan banyak benda. Dan salah satunya adalah ini. Kita korbankan persahabatan kita buat seketika. Bukan bermakna terhenti, tetapi beri ruang untuk semua gapai apa yang di impi. Kalau takhabiskan zaman sekolah menengah ni, macam mana nak masuk alam universiti yang masih panjang lagi. Ada jodoh nanti kita jumpa lagi. Lagi best kalau orang pertama kawin dengan batchmates sendiri, yeaaaayyyyy boleh reunion lagi. HAHAHAHAHAHAHAHA AAAAHHHH aku takkira, mesti ada yang kawin satu batch jugak, ahh aku takkira. Kene ada.
Hehehehehe so babai bakal bakal doktor, engineer, cikgu, pensyarah, pegawai pegawai besar, calon calon CEO, accountant, lawyer dan semualah. Semoga apa yang korang hajatkan menjadi kenyataan dan terus dalam jagaan Allah. Terima kasih sudi luangkan masa baca post ni. Dan babaaaaaiiiiii
Takkan pernah tinggal dalam doa. #ValourIIIV
Tak koyak, kan? hehehehehehehe