Thursday, November 3, 2016

IMU; Semester 1 #Part1

Bismillah.
Okay as promised, selesai satu semester dan sampai masa Azy nak update macam mana kehidupan Azy sepanjang dekat IMU. Sebab sebelum ni ramai yang tanya, "How's life?" "Best ke tak?" "Busy ke tak?" "Mahal tak kos kehidupan dekat KL?" "Kalau shopping keluar mana?"

So, Azy harap dapat laa clarify apa yang anda semua nak tahu dari Azy. Sebab kalau nak ws cerita dekat sorang sorang memang payah. Hehe

STUDY, CLASS, TUTORIAL AND EVERYTHING IN BETWEEN
Okay, soalan biasa azy kene tanya is, "Itu medical school kan? So, tengah belajar medicine ke?"
Hahaha yess, IMU memang medical school tapi taraf macam Azy ni, bawah bawah lagi. Lol, orang kata macam baby la kan. Azy actually foundation lagi dekat sini. Subjek biasa lagi, Untuk sem 1 ni, Azy belajar Biology, Chemistry, Math, English and Computer Studies.

Jadual nak kata pack tu, tak laa sangat. Sebab bagusnya IMU ni, jadual everyweek lain lain. So, ikut minggu laa. Kadang kadang ada minggu tu 'gila' sikit kelas sampai 5 petang. Tapi kalau minggu yang relax, memang relax betul. Kadang2 ada hari yang takde kelas langsung. bergantung pada jadual lah kan. Hoho sebab tu kadang kadang one week Azy ada more than two days cuti. Heaven tak heaven jugaklaa.

Apa yang seronok nak cakap pasal study dekat IMU ni, is kitorang takbanyak sangat kelas. More to self-study. Lecture yang satu jam/ dua jam tu laa kau nak faham semua benda and terus tutorial and lepastu pepandai laa hidup. 💀 Haha Azy sebenarnya suka study macam ni, dia takstress sangat. Takde 'assignment' yang banyak nak kene siapkan urgent, ada laa sikit sikit tu tapi okaylaa. At least Azy bolehlaa takes time sendiri nak relax and study ke apa ke kan. Huhu 😚

Praktikal? Haha lab practical BESTTTTTT. Azy memang jenis yang jakun sikit pakai labcoat, goggle, lepastu pakai glove acah acah dalam operation theatre hahaha (Ini Tee Hang sebenarnya, Tee Hang be like, "Azyyati, I look like a surgeon right?") Tee Hang memang semangat nak operate badan manusia hahahaha aku pun cam layan je cita cita dia tu. 😂😂 Haha Tambah jakun lagi bila lab ada aircond. Hahahaha GILA TAK JAKUN, dekat sekolah dulu mana ada. Bila nak start experiment terpaksa tutup kipas, berpeluh satu badan. Tapi dekat IMU dah lain laa, universiti kan, upgrade sikit laa. Huhu best buat praktikal sebab waktu ni laa nak tengok 'bonding' classmates kuat ke tak. sebab semua 'bersatu padu' memikirkan jawapan bagi discussion experiment tersebut. Ni Azy taktipu, waktu praktikal ni laa kalau kau takrapat pun tiba tiba boleh jadi rapat walaupun sekadar 'bagi pinjam correction tape', apatah lagi kalau 'membantu' explain kan jawapan. Huhu

Last practical for semester 1 🙆
CLASSMATES, BATCH AND LECTURER
Classmates? Havoc, hahahaha minggu orentasi Azy memang awkward sikit. Yelaa, terkejut laa jugak kan. Dalam ramai ramai tu, Melayu ada 13 orang je. Waktu orentasi tu laa nak adapt dengan suasana baru, well before ni pun Azy dari sekolah agama, mana ada kawan berlainan agama macam dekat IMU ni kan.

Ni waktu sambut birthday Azan. Huhu
Ohh, selalu orang tanya Azy, "IMU memang ramai Cina ke?" Lol, hahahaha ni bukan nak rasis tapi memang betul pun. Tapi bagi Azy, best laa bila dapat bergaul dengan bangsa lain. Melayu dekat IMU memang minoriti. Tapi itu bukan laa alasan untuk takboleh berkawan kan? Hehe

Awal awal memang pening jugak laa nak 'masuk' dengan classmates and batchmates semua. Tapi dah masuk week 3 week 4 semua dah happy dah. Apa tak nya, batchmates Azy semua friendly habis, pagi pagi mesti ada je 'morning wish' and 'motivational quotes' dalam ws group. Walaupun Azy bukan laa antara orang yang rajin nak reply morning wish tuu, tapi pepagi dapat laa 'positive vibes' nak ke kelas tu kan. Hoho

Paling best bila masuk je kelas mesti ada je yang tegur. "Morning Azy:)" Takde laa hari hari, tapi biasanya memang ada la. Haha Biasanya waktu kelas start pukul 9 or pukul 10.30 laa kan. Kalau kelas start pukul 8 memang semua tergesa gesa. Sampai je lecture hall semua terus bukak lecture notes taksempat pandang kiri kanan. Lol, Azy memang ada masalah sikit kalau kelas start pukul 8. Sebab macam "AWAL GILAAAA, AKU BARU NAK BREAKFAST." haaa centu laa :p Sampai kalau lebih advance lagi jumpa classmates dalam lif tengah makan roti. Haha nampak kan 'rushing' nya tu.

Azy rasa setiap tugasan yang lecturer bagi dalam group buatkan Azy senang nak kenal kawan kawan dengan lebih rapat. Haha takde satu pun group yang sama ahli kumpulan so, yes. Bila dah kene siapkan tugasan sama sama, mestilah kenal dan lebih rapat kan. Hoho

Azy rasa takkirala apa bangsa pun, as long as kita behave and pastinya semua akan selesa dengan kita. Respect one another and everything will be fine.

Computer studies group ❣️
Lecturer pulak, BEST. Azy suka semuaaa lecturer takde kecuali. Hahaha ada laa yang lebih kurang sikit tapi overall memang best. Azy ingat lagi macam mana lecturer Biology Azy ulang balik semua slide yang dia dah ajar sebab nampak kitorang blurr gila lepas habis lecture tu. Apa taknya, kelas petang, dekat lecture hall, sejuk pehhhh memang mood tidur pada tahap maximum lah tu. Tapi Ms Shirley (Lecturer Biology) memang sabar je terangkan one by one dengan kitorang.
Lecturer satu subjek kitorang ada ramai, ikut kepakaran bidang masing masing. So, dari situ Azy dapat chance nak get to know more about semua lecturers. Lagi lagi nanti nak masuk sem lain yang lagi tough, so kitorang bolehlaa pilih mana mana lecturer yang kitorang selesa nak belajar kan. Hehe

Banyak lagi Azy nak cerita, lepasni InshaaAllah Azy sambung Part 2, Azy nak cerita pasal macam mana hidup sendiri dekat kondo tu. Hahahaha Kawan kawan rapat dekat bukit Jalil, senior senior yang baik baik belaka and banyak lagi. Thankyou for reading, see you soon. Hehe 💞

Last 'class-fie' before sem break 😎


No comments:

Post a Comment