Monday, November 18, 2013

Doaku untukmu :') My future ..

In the name of Allah ------'
Actually , nak share .. ape yang saye dah bace . dan saya amat tersentuh dgan bait-bait doa yang akan saya tulis . Saya dapaat daripada buku "Ya Allah , Jagakan Dia Untukku." written by Burhan Sodiq . Untuk wanita :) Jom kita amalkan . dan untuk versi lelaki .. maaflah saya tak tulis sbb terlalu panjang .. Hayatilahh .. 
Bismillahirrahmanirrahim ............

YA ALLAH ,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan
menjadi sebahagian daripada hidupku.
Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih
daripada segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada
posisi kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri
tetapi untuk-Mu.

Wajah kacak dan daya tarikan fizikal tidaklah penting.
Yang paling penting adalah sebuah hati yang
seungguh mencintai kepada Engkau.
Dan dia haruslah mengetahui untuk siapa
dan mengapa dia hidup , sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang yang memiliki hati yang bijak 
bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormatiku.
Seorang lelaki yang bukan sahaja memujaku
Tetapi dapay juga menasihati ketika aku berbuat salah.

Seorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku
tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi SAHABAT terbaikku
dalam setiap waktu dan situasi.
Seseorang yang dapat membuatku berasa
sebagai seorang wanita ketika berada di sebelahnya.

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna,
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimata-Mu
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna :')

Dan aku juga meminta:
Jadikanlah aku seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu
sehingga aku dapat mencintanya dengan cinta-Mu
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga
kecantikanku datang dari-Mu bukan dari luar diriku.

Berilah aku tanganMu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatanMu sehingga aku
dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya
dan bukan hal buruk sahaja.
Berikan aku kata-kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat
sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari
dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi
dan selalu memberikan semangat untuknya.
Dan bilamana akhirnya kami bertemu,
Aku berharap kami berdua dapat mengatakan ,
"BETAPA BESARNYA ALLAH kerana Dia telah memberikan kepadaku
seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan
kami bertemu pada waktu yang tepat dan
Engkau akan membuat segala sesuatunya indah
pada waktu yang Kau tentukan :')

Thanks for reading .. Hope you guys enjoy :) May Allah bless you .
Aku . Tidak mencari namun hanya menanti. 'Dia' yang benar2 ikhlas . 'Dia' yang masih belum ada dalam hati saya .. namun akan saya bahagiakannya suatu hari nanti . Allah , guide me to find a GOOD IMAM :) Aminnn ~

No comments:

Post a Comment