Saturday, November 28, 2015

Aku, dulu.

((*tadi lepas subuh, tiba2 Allah bagi 'ilham fitri' untuk aku update blog, so before aku start study biologi ni, jomlah kita realisasikan hasrat hati okay))

Okay, guess what? Masalah takpernah selesai.  Biasalah, semua orang ada ego, semua rasa diri hebat, semua nak tunjuk hero, semua rasa tinggi sangat. Lupa, kita ni manusia, asal sama.

Well, bila kita dealing with people, taksemestinya kita kene 'menang' untuk buktikan kita betul. Kadang2 kita mengalah bukan sebab putus asa, tapi elakkan keruh keadaan.

Entah, apa yang ada dalam hati dan fikiran aku, takmampu aku nak tulis dalam bentuk ayat. So, let me share my experiences lah kan.

Dulu, aku hot-tempered. Takcaya, tanya parents aku. Jerit marah orang, rebel, mengamuk tu dah sebati dalam hidup aku. Sampai satu masa ibu aku sendiri taktahan dengan aku. Kau pernah? Ibu bawak 'hammer' kejar masuk bilik? Ketuk bilik suruh aku keluar dan berhenti mengamuk? Baling pasu dekat kakak sendiri sebab takpuas hati takdapat tgk channel dekat tv? hentak kepala kakak dan adik sendiri sbb taknak tolong diri sendiri? Dan banyak lagi. Aku bukan nak tunjuk 'power' tapi ini aku dulu. Zaman jahil aku. Aku takmalu untuk cerita sebab itu yang jadikan aku manusia.

Lepas masuk smapl, waktu form 1 baru aku tahu langit tinggi ke rendah. Aku belajar sikit2 cara kenal dunia. Yang dulu aku rasa ssmua kene ikut kehendak rasa aku, tapi sekarang, *hambekkk kauuu* ramai lagi manusia lain yang lagi tinggi egonya dari aku.

Start form 2 aku mula cuba sesuaikan diri 'get in' dengan manusia. Semua ego aku tolak tepi , aku latih diri patuh, aku bertatih didik diri seiring dengan maksud nama indah yang ibu ayah aku beri, ((Nur Azyyati)) Cahaya Kesabaranku.

Lower form aku takmatang lagi, masih taktau nak beza baik buruk. Tapi aku tetap usahakan. Well kalau nak cerite, panjang sangat, so aku skip lah.

Sampai waktu form 4, tasnim dan areena ((our ex-kb and pkb)) panggil aku dan nisaq, put trust on us, nak serahkan batch kpd aku dan nisaq. Waktu tu mmg kene rasa tamparan hebat dekat muka sendiri. Rasa macam dah ludah lepastu jilat balik. Dulu aku yang suka rebel, tak ikut peraturan, degil dan sekarang aku kene handle semua perkara yang dulu aku buat tu.

Susah. Memang susah. Tapi jawatan aku ni buatkan aku belajar, macam mana hidup dengan manusia. Betapa pentingnya cari kawan, yang bukan ada waktu senang je. Well, semua orang baik depan kita, tapi bila dekat belakang, percayalah kata aku, siapa siapa akan 'tikam' belakang kau. Bagi aku kalau tikam takpe, terus mati. Ni dia siat siat daging, lumat  aku lagi. Hmmm hmmm aku taknak lah cerita, sebab itu semua kenangan buruk dalam hidup aku. Aku dah move on.

Ibu, itu sumber inspirasi aku. "Jangan balas apa yang orang buat dekat kita. Biarkan aje. Kalau jiji balas, jiji sama dengan mereka."

Itu ibu, sentiasa tenang setiap waktu. Dulu, everytime before perjumpaan aku mesti call ibu, nangis, mintak motivation selain doa dekat Ilahi. Sampailah sekarang, aku mampu buat semua tu sendiri. Sekarang, aku rasa semakin kuat. Aku taknak ibu tengok aku susah hati. Sebab tu aku tetap gagahkan diri.

Sampai sekarang, ibu ayah, dan adik beradik aku sendiri terkejut dgn 'kelembutan' aku lah en, tapi bila marah, aku ttp marah lah. Cuma tak voice out. Simpan je dalam hati, nangis je sendiri. Haha

"Ada ke orang nak kawan dengan kau? Nak suka kau? Kau kan jahat." Ecah

Till form five, aku kene adapt dengan kelas yang ramai mpp, langsung taksenang. Memang susah. Nanti lain post aku cerita susahnya hati aku bila tahu aku 4haitham dan 5haitham. Tapi semua tulah yang buatkan aku lebih matang. Mungkin taksangat, tapi at least aku boleh kawal diri aku.

Okay so cuma aku nak kata, semua benda buruk yang kita alami , semua ada hikmahnya. ALLAH taktunjuk sekarang, tapi in the future. Mana tahu, kalau kita takdapat, family kita yang dapat, bakal anak2 kita ke en. ((Eh jauhnyaa haha))

Bersyukurlah kalau masih ada yang paham dan nak memahami kita. Yang baik dan jadi baik sekeliling kita. Yang ikhlas dan usaha nak ikhlas bila bersahabat dengan kita. Hargailah mereka. Persahabatan tu takmampu nak dibayar dengan wang ringgit. Ukhwah tu takmudah macam kita baca 'ikhwah pakai jeans' eh eh, takrelate kot. Okayyyyyy

Dah lah, itu sahaja kot. Cuma pesanan aku, ini  pandangan aku sendirilah. Tiada kene mengena dengan yang lain, hidup mahupun mati,

"NAK YANG BAIK, JADI BAIK."

Memang susah, tapi usahalah. Mujahadah sikit. ALLAH nampak usaha kita. No worry. Esok paper last, biology. Mohon doa semua, Allah bagi apa yang terbaik untuk aku, untuk batch aku. Terima kasih. Maaf salah silap. Assalamualaikum.

Nota kaki: stay be my good listener, can ah? Eheh, bye

No comments:

Post a Comment