Sunday, January 3, 2016

Back to school, eh.

Okay, 4januari 2016 and school session began. Haha well, dah habis sekolah en. Alah malas lah nak riak sangat nanti akak akak yang lagi tua dari aku kang semua bash aku

"HEKELEH KITORANG DAH PERNAH RASA AH KAU LEKS JE DIKK."

Haha buat malu je en. Okay dan paling penting bermula lah tugas aku selepas 5tahun 'escape' sebab duduk asrama. Yeee, kenelah buat semua kerja rumah kan. Dah memang aku je tinggal rumah. Oh lupa, plus jaga anis, my little sister. Haha

hmmm, jadi bila tinggal sendiri dekat rumah ni apa lagi, semua skill lah kene keluar kan. Haha apa guna duduk hostel 5tahun kalau masih takreti nak basuh, sidai and gosok baju. Serta kemas rumah serta lipat baju. Urgh banyaknya. Haha okay jangan merungut.

So, since this is the first day, so i have no idea whats going to happen. Haha hadap jelah semua kan. cuma bab makan tu aku payah sikit. Aku nak masak apaaaaaaa ������ okay, apa lagi  kita experiment jelah apa apa kejap lagi en. Anis je kot yang makan, dia mana tahu terlebih garam ke, extra gula ke. Haha aku sumbat jelah dekat mulut dia nanti.

Ingat memang taknak masak, tapi malam tadi ibu and ayah dah warning,

"Jangan ikut perut sendiri je, patut masak, masak. Kau taklapar, anis lapar." -ibu

Lepastu aku cakap dekat anis, "Lapar bagitahu. Kalau tak kakteh takmasak."

Dan free free kene sound dengan ayah

"Dia mana tahu nak bagitahu. Kau masak jelah."-Ayah

Okay okay kesimpulannya, aku kene masaklah. Tu je. Hahahaha itulah orang kata, parents ni dia memang takrisau nak tinggalkan anak dia esp perempuan. Well, macam mana malas pun dia kalau dah tinggal sorang tu mesti dia buat jugak en. Macam aku, hehehe selalunya kakak2 and adik aku yang buat. Sekarang, okay hambekk kau rasa semua benda ni. Hehe alah, takde hal lah.

Kot kot lepas ni aku share masakan aku. Aku jadi chef terkemuka ke, haaa kau takyah nak nganga sangat. Aku tampo kang. Takpercaya pulak. Sekali aku keluar skill kang semua nak order masakan aku. Alahai, famos lah ai centuu. Ehehehehe *jangan bash saya*

baiklah, anissuraya pun dah bangun ni. Dan banyak kerja masih tak settle so bye semua... untuk kawan kawan aku tu, haha have fun lah. Sementara cuti ni en, lepas ni semua busy. Bakal2 doktor, bakal2 engineer kateko. Haha okay keep praying for the best in spm and enjoy life. byeee

No comments:

Post a Comment