Saturday, March 26, 2016

MARA Physcometric Test and Interview.

Okay, jadi hari ni aku gagahkan jugak nak 'hapdetttt' pasal interview Mara dan taklupa physcometric test  yang aku kene hadap khamis dan sabtu baru baru ni. Sebabnya lepas ni nak habiskan entry pasal #VLBorneoEscape yang masih tergendala di Part3 
So, mesti korang macam 'wondering' kenapa aku apply 'pinjaman' Mara instead of 'Biasiswa' JPA-MARA or JPA kan? Jpa memang tolak sebab takde offer course medic. Jpa-mara ada, cuma local. So that's why aku pilih pinjaman Mara sebab masih ada offer untuk medic oversea. Aku nak jugak tambah pengalaman, duduk negara orang, hidup berdikari sikit, yang penting kalau kat negara orang ni kita cam behave sikitlaa. Bolehlaa aku asah bakat memasak aku untuk survive dekat negara orang. Hehehehe itu angan² je laa. Lagipun ini pinjaman boleh ubah. Wallahualam, aku pun taksure sangat. Hehehe okok sambung
Aku apply Mara macam biasa online and takdela lama sangat aku rasa, terus boleh check and Alhamdulillah aku lepas untuk buat psychometric test and pergi interview. Jangan risau, kalau itu takberjaya, boleh buat rayuan. Cuma kalau aku, aku takbuat kot rayuan tu sebab kene buat Essay. Alaahai, aku lemah laa bab bab essay ni. Tapi Alhamdulillah laa aku takpayah buat semua tu. Hehe kalau rayuan ni, inshaaAllah laa dapat. Sebab semua kawan kawan aku yg buat dapat je. Alah, kalau ada kemahuan, Allah mudahkan semua kan. Ewah, aku bagi tazkirah pulak. Hehe
Physcometric test ni, taklama pun. Sejam, 100soalan. But 50% aku boleh cakap, pasal personality. And the rest dia campur², ada sejarah ((yelah, kang buatnya sampai negara orang kau lupa diri ke kan haha)), ada pasal Mara, ada critical thinking yang terpaksa kau kerah otak relate kan dengan physics concept, ada adik beradik addmath modmath jugak. Hmm taklupa, seremeh remeh subjek Sivik yang kau malas belajar dulu tu pun, keluar tau soalan dia. Ada jugak laa istilah bahasa Melayu yang waktu exam tu kau rasa payaaahlaaa sangat. Hahahahaha
Tapi overall okay jelah. Sebab objektif kan, kau taktahu kau "ulat bulu panjat lidi, siapa dulu dia yang jadi" jelah. Alaaah, macamla takbiasa buat time exam dulu hahahagagagaha ((*ke aku sorang je yang buat hahahaha )) 
Dan semalam (sabtu) aku pergi interview. Mula mula cuak laa jugak. Dahla aku sesi yang pertama, pukul 7.30pagi. Jadi aku sampai Kolej Mara Banting (KMB) dalam 6.50pagi. Bertolak dari rumah before subuh lagi. Waktu aku sampai tu, dah ramai je yang sampai. Lagilaa cuak kan. Semua benda takkena. Takde mood nak cakap semualah sbb berdebar hahahaha
Benda pertama aku takut nak pergi tempat baru or interview macam ni sebab aku ni susah nak mulakan conversation dengan 'strangers'. Hahaha tapi bila dah berkawan, takhenti pulak cerita aku.  Alhamdulillah waktu beratur tu, aku belakang seorang alumni SSP, Wan Haleena. Dia start conversation and dia yang get to know semua orang yang berdekatan dengan kitorang. Hahahahaha walaupun baru kenal, tapi dah rasa senang je dengan Haleena. Kebetulan kitorang dalam group yang sama, haaaa lagi best.
Semua ahli group aku bagi aku senang nak get in. ((kecuali sorang lelaki tu, aku takcakap pun dengan dia hahahaha)) sebab group aku 7perempuan dan seorang lelaki. Jadi memang bestlaa. Semua discussion yang kitorang kene buat, task yang kene selesaikan aku rasa mudah dan takstress sebab saling membantu. Hilanglaa semua cuak cuak tu sebab semua buat kerja dengan senyum, kalau takde idea ada je yang boleh bantu. Hehehehe Alhamdulillah
Mara punya interview setiap tahun berbeza. Jadi tahun ni (2016), dia buat ada dua checkpoints. And first checkpoint pasal critical thinking. And second kene discuss or debate pasal poem yang diberikan. Hahahahaha semua full in english lah. Walaupun nukilan yang kitorang dapat tu Bahasa Melayu.  Waktu ni memang otak kene bergerak pantas laa, sebab task susah tapi masa yang diperuntukkan untuk discuss taklebih dari 10minit. Time memang limited. Pandai² draft point penting je and elaborate waktu present tu. ((interview medic dengan non medic lain tau. Korang cuba tanya orang lain sbb kawan kawan aku yang non medic kata ada 'game', aku takde pun. Hahahahaha))
Overall okay je interview ni. Kejap je. Dalam satu jam dah settle. Dah boleh balik semua lah. Hehehe Alhamdulillah. Lepas interview tu aku jumpa parents aku dan i was like "YEAYYYYY IBU YEAYY IJI DAH HABIS. INTERVIEW SETTLED. YEYEYEYEYEYE"  pastu ibu kata, "Oh, pagi tadi senyum pun taknak. Cakap pun tak." hahaha biasalah tu en 
Okay aku malas laa nak taip lagi. Cuma aku nak simpulkan, interview ni best. Dapat kenalan baru lagi best. ((semua excited sampai terus buat group ws "Doctor-to-be "  lewlzz)) Last but not least, doakan aku dapat. Lepaslaa nak masuk KMB  hehehe tapi aku dah buat sebaiknya, selebihnya aku tawakal. Kalau itu yang terbaik, dapatlaa. Kalau tak, aku cam ok jelah. Okok nak makan. BABAAAIII 

No comments:

Post a Comment