Monday, March 21, 2016

SPM and what's next?

Okay lamanya tak post dekat sini. Wuuuuu okay alasan cliché sbb busy apply scholar, cari scholar blablabla tapi alasan sebenarnya aku memang malas pun. Haaa, ni kang ada lah tu yang nak bash aku kata "malas tu perangai syaitan" Relax, ni bukan hal berkaitan ibadah ke apa ke. Ni takde la penting kan? Hahahaha relax, benda boleh runding. Aiceh

First of all, masih tak terlambat kot untuk aku ucapkan TAHNIAH 🎉🎊 kepada VALOUR 1115 ((SPM 2015 SMAPLabu)) sebab kita dah berjaya dalam spm baru baru ni. Alhamdulillah, usaha kita berbaloi selama ni. Walaupun ada orang cam dengki sikit en cakap, "alah naik sikit jurrr *bibir terjuih ke depan*" eleh, ikut suka batch aku laa. Nak naik sikit ke banyak ke, engko tu nyibuk je dah kenapa. Takganggu pun kucing kau nak beranak ke nak terberak ke apa en. 😼

Ececece takdelah, gurau gurau. Bagi aku, kitorang dah usaha dan itu rezeki kami. Kitorang je tahu macam mana gelabahnya kitorang nak hadap SPM tu dulu. Cemana paksa rajinkan untuk attend semua kelas tambahan yang bertungkus lumus cikgu kitorang buat dulu. Cemana kitorang nangis nangis sbb takpaham satu satu subjek tu. Cemana semua takberkira share ilmu bantu kawan kawan💡. Cemana kita kene datang kelas time jerebu walhal semua orang cuti 😷 Cemana kitorang gaduh dua hari before exam bio. ((oh bab ni sensitive sikit, takboleh hurai panjang, hehuuu)) oh taklupa, cemana gigih order makanan dekat kedai hijau setiap malam sbb kalau lapar takboleh fokus study (katanyaaa) semua tu lah. Semoga setiap titik peluh yang keluar, tulang sendi kita yang sakit mahupun rambut yang gugur sebab banyak sangat fikir cara nak solve problem addmath 💫 tu akan jadi saksi usaha kita nak mendalami ilmu Allah dekat akhirat kelak.🙆 Aminn Taklupa ni juga hasil penat lelah, doa dan semua jasa guru guru SMAPLabu dan dari mana mana sekolah pun lah yang pernah datang ajar kami dan ofkos doa ibu bapa kami. Tahniah untuk semua.  😇

Waktu 3mac, semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Mula dengan yasin dekat musolla. Waktu tu rasa cam nak nangis pun ada. Sbb dah lama tak gather satu batch macam tu. Last waktu paper sastera tu lah kan. Solah lead. Cam biasalah, dia pak ostad. Hahahagagahaha jkjk Sampailah semua busy, taksempat nak makan walaupun ramai je bawak makanan waktu hari bersejarah tu. Semua busy cari cikgu, gelak gelak dengan classmates, jumpa parents, jumpa parents in-law ((ehh🙊)) dan semua lah dengan hal dunia sendiri. Cehceh ayat aku.

Pelajar terbaik, well cam biasalah. Dari dulu pun aku dah teka. HAHAHAHA dan tekaan aku tepat. Azlina si rajin 👸 wa Alep si genius💀 ((tapi pemalas)) aku tumpang bangga laa, sebab dalam dewan sorang duduk kiri aku sorang lagi belakang aku hehehehe dua dua ni jugak yang hari hari kot time exam memang nampak aku ni duk melalak, menangis je hari hari hahahagagahaha tahniah azlina, alep. Walaupun tak 11A+ tapi 10A+1A tu pun dah cukup bagus dahtu. Hehehehe

Oh lupa nak cakap, ada 16orang straight As, tapi semua orang straight jangan risau *flip hair* (iykwim) hehe dalam 16tu, 14orang classmates aku, plus yed and syaraf from razi and muqaffa'. Ada laa selit nama aku kat situ, dapatlaa nak nyibuk² sikit dengan yang cemerlang gemilang terbilang tu alhamdulillah lah. Hehehehe 😅

Oh lupa, deskmates aku for two years, SARA TELLA AND QIBB yeay. We did it geng. Hehehe walaupun waktu form 4 kita selalu main calculator waktu cg shamsir ajar kat depan, kita selalu borak waktu cg faizah suruh discuss topik sejarah, selalu jugak pergi lab lambat tapi rehat paling awal. Kita jugak yg paaaaling malas join aktiviti dalam kelas walaupun sara tu pkt hahagagahaha

Tapi bila dah form 5, kita kan dah tekad. Taknak duduk satu meja waktu  dalam lab. Nak rebut tempat depan dalam lab. Walaupun awal tahun kita terpisah, ((ewah cedihnyaaa)) tapi akhirnya kita jadi deskmates balik en. Hahaha mana ada orang boleh pisahkan kita, Auch. 😛 Bila semua study kita berempat ni jenis yang sembang je takhenti. Hahahagaga walaupun Qib selalu kata KB dengan Alep bising tapi dia lupa kot waktu form4 kita pun bising hahahaha Qibb si gigih, hari hari lewat gate pastu sampai je kelas kene halau dengan izzul suruh pergi tahsin. Peh, tapi Qib tetap sabar.😂 Sara pulak, geng nangis aku bila takpaham je nangis. Dahpaham pun nangis. Dapat B pun nangis dapat A pun nangis. HAHAHAHA Bob? Supplier makanan time lapar dalam kelas esp waktu kelas addmath. 🍙🍱🍜 Eheh banyaklaa takboleh kira. Paling aku ingat kalau ada experiment time form4, kita mesti buat experiment lain jugak bhahahahaha but who cares.

Ehehehe goodluck in future deskmates 🌚 semoga perjalanan lepas ni lebih dipermudahkan oleh Allah. Keep moving forward kawan kawan. Jangan bersedih. Itu hadiah terbaik Allah kasi dekat kita. Yeay inshaaAllah ada rezeki lain nanti yang Allah sediakan untuk kita. Siapa tahu kan? Hehehehe dahbye malas nak cakap. Nanti touching 😂😂 Byeeeee

"Azy, kau nak sambung apa lepas ni?" Haaaaa, kau sabar sikit. Nanti aku rajin aku update post pasal "Rancangan Masa Hadapan Azyyati" terus aku bagitahu kerja apa, dekat mana, tarikh kawin, siapa bakal suami.  Eh? 🙊HAHAHAHA TAKMUNGKIN. Ngeng. Hehe nanti sambung ok. Thanks for reading, see yaaaa. 🎓💉

SPM checked ✔✔

No comments:

Post a Comment