In the name of Allah.
I've been through so much this year. Macam macam kenangan pahit manis aku lalui , gelak tawa , nangis meraung semua ada. Tapi pengalaman lah yang menjadikan aku matang. Malas nak buka balik kenangan lama, cukuplah yang pahit sebagai kenangan dan yang manis tu sebagai bekalan aku untuk terus hidup dan tersenyum pada masa akan datang.
First of all , syukur aku panjatkan kepada Allah swt yang masih memberi aku pinjaman nafas dan nyawa untuk terus beribadah kepadaNya dan mengumpul sebanyak amal di dunia untuk bekalan ke akhirat. Allah , tuhan seluruh alam antara satu sebab aku tidak akan give up dalam dunia ni, sebab Dia selalu ada dan takpernah hilang. Cuma aku yang leka.
Secondly , untuk ibu dan ayah. Yang menjadi tulang belakang iji sepanjang 16tahun iji dekat dunia ini. Ibu dan ayah lah antara salah satu sebab iji terus belajar walau malas berganda ganda. Ibu dan ayah jugak antara sebab iji begitu kisah pasal result dan sangat risaukan markah every peperiksaan. Iji bukan takut iji dapat markah rendah tapi iji sangat risau iji kecewakan ibu dan ayah. Walau pada hakikatnya waktu iji selalu mengadu "Ibu , sorry. I can't made it for this examination."
dan ibu selalu jawab
"Tak apa jiji. Buat apa yang mampu." - IbuSeterusnya, adik beradik of course. Koranglah yang selalu ikut kerenah aku sebab aku sorang je duduk hostel en. Aku selalu ah call suruh hantar makanan lah, barang tertinggal lah, ubat lah dan banyak lagi. Korang buat jugak walaupun kat rumah aku sikit pun takmembantu , Yes pada erti lain aku paling pemalas. Aku tahu korang bengang tapi korang diam. Doakan aku further study oversea nanti korang menabung kita holiday sekali okay.
Then, untuk kawan-kawan terencat aku. Syakila, Irdina, Izzati, Auliyyah, Naqibah dan taklupa Istifar Amira. Dengan korang aku belajar menghargai. Dengan korang aku belajar gaduh gaduh tapi lepas tu semua buat macam biasa. Dengan korang perangai aku yang baik buruk semua keluar. Senang kata, bila kita berenam atau bertujuh memang sakai selebet jengkel nak mati. Semua benda kita jujur walau aku tahu dina dan auw selalu rahsia zzzzz tapi Qibb tetap akan paksa cerita en. Haha aku tukang support Qibb je ah. Thankyou untuk semua. Halalkan yang terlebih dan terkurang. Rebut-rebut makanan dengan perangai masing2 yang takboleh tolak ansur dengan duit. MashaAllah nak cerita pasal korang satu post pun takhabis.
Untuk Valour IIIV, korang ajar aku apa itu tabah dan sabar. Korang masukkan satu lagi vocab dalam kamus hidup aku iaitu "memaafkan" . Walau apa pun keadaan aku korang terima. Bila everytime rasa malas nak balik labu aku selalu pikir nak jumpa korang and mood boleh bertukar 360 darjah. Macam mana besarpun gaduh kita tetap akan baik balik. Entah mudahnya nak memaafkan korang. Mudahnya nak delete moments buruk dengan Valour. Sejujurnya, aku hargai keberadaan korang. Aku sayang korang. Dan teruskan jadi sebab untuk aku tersenyum dalam hidup ini.
Untuk semua warga SMAPL, anda semua menjadi alasan saya belajar menimba pengalaman. Anda semua merupakan sebab saya berubah ke arah kebaikan. Dan terima kasih atas segal tunjuk ajar dan maafkan segala khilaf saya. Cikgu2 yang tak jemu bagi tunjuk ajar dekat saya yang otak lambat ni, Abang2 dan kakak2 yang selalu jadi contoh dan adik2 yang selalu tunjukkan rasa hormat dekat saya, Thankyouu .
Akhir sekali untuk yang tidak dapat dicakapkan satu persatu, terima kasih kerana mewarnai sepanjang 2014 saya. Semoga hidup kita terus maju dan ayuhlah sama sama kita berubah ke arah kebaikan. Be a better muslim.
Dan itu sahaja untuk hari ini. Dan selamat menempuh hari2 mencabar 2015.
SENIOR YEAR CLASS OF 2015 ((VALOUR IIIV))
Taklupa buat anda ((siapa2 lah hahahahaha)) terima kasih sebab ada sebagai sumber pembakar semangat nak belajar. ((aicewah)) walaupun awak taktahu saya suka awak zzzz okbai LALALALALALA pen OFF