Tengok sekeliling . Cuba lihat apa yang kita ada . Apa yang kita miliki . Walaupun semua pinjaman Allah , tapi tetap tanggungjawab kita untuk menjaga semuanya .
Bukan sekadar harta benda tapi seorang yang bergelar insan juga . Tidak kira ibubapa , guru , rakan mahupun adik2 kecil yang taktahu apa2 tentang dunia .
Sejujurnya , kita jarang mensyukuri nikmat yang ada selagi masih ada dengan kita . Hatta benda itu hilang , pergi sekelip mata , baru kita cari , baru kita cuba untuk kembali hargai . Pada waktu itu segala usaha akan kadi sia-sia .
"Nikmat ukan sahaja apa yang kita dapat tetapi semua yang tidak Allah tarik dari kita misalnya tubuh badan yang masih sihat dan kaki yang masih boleh berjalan."Sayang . Perkara subjektif . Kalau diuruskan sempurna maka kekallah dia . Aku takfaham kenapa perlu difikirkan tentang 'perlukah menyanyangi' atau 'haruskah berhenti' sedangkan tiada henti kasih sayang ibu ayah adik beradik sesama keluarga walau beadai tiada henti menimpa .
Allahu , kerana kadangkala manusia terlalu berfikiran cetek . Takfikir perkara jauh . Aku , bukan banyak pengalaman hidup , tapi masih belajar dari segala pengalaman yang pernah dilalui . Kerana dalam satu perhubungan itu kita takmungkin dapat 'memberhentikan' ukhwah yang pernah terjalin KECUALI mengubah kepada menjadi musuh . Itu hanya opinion saya . taksahih . bukan dari mana-mana sumber.
Sama seperti persahabatan , kenapa nak fikir nak putuskan persahabatan sedangkan "air yang dicincang takkan putus" . Lari macam mana pun , kawan2 tu jugaklah yang kau akan hadap . Kawan bukan ada tali yang akan dijadikan 'sempadan' untuk mengabaikan atau tidak dilayan .
Entah , aku cuba menyampaikan yang lain . tapi taktahu andai anda paham lain . Mohon maaf atas segala kekurang . tulus ikhlas maaf zahir dan batin .
As a conclusion , salagi ada waktu , selagi ada kesempatan hargailah apa yang kita miliki , kerna suatu hari nanty pasti akan pergi . Sama ada pergi kerana kesalahan diri sendiri mahupun pergi atas kehendak Ilahi . Namun jika salah satu terjadi , jangan sedih , jangan putus asa , Itu semua atas izin Allahu Rabbi .
Sekali awak nak jauh dari Allah , Allah lagilah taknak pun dengan awak . Maka , jangan pernah abaikan Allah. - Ustazah Maryam Karimah
Ya Allah , tabahkan aku dengan segala kemungkinan yang akan terjadi selepas ini. Aku perlu kekuatanMu dan aku hanya berserah padaMu.Wallahualam . Assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment