Friday, July 25, 2014

Ramadhan berkat , Syawal membawa rahmat .



Alhamdulillah . Ramadhan kali ini , 1435H ini nak habis dah . Allahu Rabbi . Satu nikmat yang takmungkin saya lupa . Nikmat yang takterhingga nilainya , tidak terhitung banyaknya dan tidak terkira bilangannya . 

Bermula satu ramadhan sampai setakat saya tulis ini malam ke 28ramadhan . Macam2 peristiwa . Mengajar saja erti hidup . banyak duka namun akhirnya kutemu sukanya . Kadangkala terlalu suka sampai akhirnya terpaksa tahan perit duka selepasnya . Itulah manusia , kadang kala alpa . Termasuk saya sendiri .

Paling takboleh lupa . Peristiwa Jumaat itu :'( Allahu Rabbi . 20Ramadhan . Saat tu aku rasa betul2 lemah . Badan kutahan dari terus rebah . Hatiku takhenti zikir , kembali pada Allah . Hanya satu terdetik bila perkara 'itu' berlaku , "YA , KHILAF AKU . MUNGKIN AKU YANG SALAH . BUKAN MUNGKIN TAPI MESTI AKU YANG SALAH."

Pagi lagi , takde tempat lain nak mengadu . Air mata yang aku tahan sejak pagi terlerai waktu perhimpunan . Sewaktu kawan-kawan datang bagi sokongan. 

"Takpe Azy , pakai meja nisaq atau aina yang balik tu dulu . Petang nanty kita cari meja."
"Sape yang kejam sangat ny ? Bulan puasa kot."
"Azy , sabar . Kau kuat."
Memang waktu tu takfikir lain . hanya fikir barang2 bawah meja . Manalah perginya semua . Dan mula dapat tahu tentang sebuah 'meja' .


"Azy , aku ada nampak meja kat depan bengkel KH . Takkan meja kau ?"
Hati tersentak . Darah mengalir laju . Rasa nak jatuh . Rasa memang dianiaya . Tapi , atas izin Allah . DIA kurniakan aku hati yang kuat untuk terus sabar . Iman yang 'sado' untuk terus redha . Mata yang kental untuk tak terus mengalir airnya dan bibir yang lembut untuk terus tersenyum , jauh dari kata2 kesat .

Lepas perhimpunan , aku kuatkan diri nak tengok 'meja' itu . Hancur . Barai ~ segalanya --' Allah sahaja yang tahu perasaan aku waktu tu . Terus pergi ke kelas TANPA berkata apa-apa . Dan pada waktu itu aku memang takkuat . Aku menangis semahu mahunya (*memandangkan putera kena tahan kat perhimpunan , jadi MEREKA TIADA.) Esakan aku takboleh dibendung . Allahu Rabbi , Ampunkan aku andai perbuatanku itu keterlaluan . 

*Meja ada , atas bantuan Hassan dan Naim , juga Alep dan KB . :') Mereka 'kutip' barang2 bawah meja aku yang banyak takterkira . Cari meja untuk aku guna pada hari itu . Allahu , speechless .

Sejak pagi tu , emosi takmenentu . Belajar chemist pun tahan air mata . Risau cikgu samsir nampak . Nanty dye tanya pulak . Habis Luthfi Arif , semua pun aku marah . kesian dia . Okayy , sorry . My bad . Aku Silap , emosi takmenentu . .


"Hek eleh , nangis lagi . layanlah perasaan kau tu. Cengeng ."
"Azy , Hassan nak jumpa waktu rehat."
Sampailah akhirnya , I've had a LONG CONVERSATION with hassanuddin . Huhh . Perbincangan yang serious aku pernah rasa . Beza sangat aku dengan hassan . Cara dia sangatlah matang dan aku ? Allahuu . Terima kasih hassan atas keprihatinan . terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar . segala 'kejujuran' walaupun err ~ takkisahlah . 

Dan since benda ny berlaku , aku mengaku . Aku takut jalan sorang2 . Rasa takselamat . Rasa fobia dan bermacam lagi . Mungkin itu satu pengajaran untuk aku . Aku terima . Alhamdulillah , aku ada mereka2 yang sentiasa support di belakang aku . Terima kasih semua .


"Azyyati , awak tolak cinta siapa sampai dia marah sangat ny?" - Pn Rahayu Kandar
"Kamu ade admire tak ? siapa2 yang kata dia suka kamu." - Pn Zubaidah Jusoh

Dear 'Anda' , 
Saya taktahu apa alasan awak buat macam tu . Andai ada kekhilafan yang saya taktahu , awak dipersilakan untuk bagitahu saya . Face to face lebih indah rasanya . Saya perlu baiki diri . Terima kasih kerana jadi medium untuk saya kembali pada pencipta . Kembali pada Yang Maha Esa . Saya minta maaf atas segalanya . Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi anda dalam hidup di dunia ini . Tapi tolong ingat satu benda .


Segala urusan yang tertangguh di dunia akan diadili seadil adilnya oleh Allah di akhirat kelak.
Saya rasa lebih mudah andai kita uruskan benda ini elok2 . Nak raya dah . Ramadhan pun nak habis . 




Dan kepada semua , terima kasih kerna sudi membaca .
Di kesempatan ini , saya , NUR AZYYATI ZULAIMY dengan penuh rasa rendah diri ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI DUNIA INI .

Maaf andai selama ini berperlakuan tidak baik , menyinggung perasaan dan sebagainya . Baik secara realiti atau alam maya , laman sosial maksudnya . Okayy , semoga raya ini membawa seribu makna kepada anda . Dan semoga madrasah ramadhan ini dapat membantu kita untuk terus istiqamah dalam melalui kehidupan pada hari2 yang mendatang . Wallu'alam :') Assalamualaikum wbt .



No comments:

Post a Comment