Monday, February 8, 2016

8feb.

Alhamdulillah. Dah 18tahun dan aku masih di sini. Just wanna make it simple since aku memang kepenatan gila ni. So nak share sikit jelah pasal sambutan tahun ni. Setelah 5tahun sambut dekat asrama kan. Ekekeke

Terharu gila bila belum pukul 12malam lagi tapi dah ada yang wish cam in advance centu lahkan. Takkisah laa aku terima je semua. Haha Well tahun ni takde ah orang wish jerit2 dari blok A ke blok C ke sebab nak wish birthday aku kan. Haha takde jugak yang nak tabur ape benda tah yang pelik tu dekat atas katil aku sampai seharian aku takcakap dengan dormates aku sebab marah sangat. Haha biasanya dekat asrama celebrate birthday aku waktu tengah buat hiasan dorm plus bunyi mercun cny yeay tapi sekarang takde dah. 

Yang ada bunyi notifications yang bising ni tengah malam. Aku jenis yang taksuka silent saje nak show off busy sikit. Kahkahkah jkjk dari twitter, instagram, telegram, whatsapp, gmail,  facebook and semualah rangkaian sosial media yang ada. Fynnjamal wish sebab aku paksa lagi en. hmm Haha takmenang tangan nak reply. Aiceh perasannya aku.
"kau fikir kau retis sampai ramai orang wish? "-Qib dengki bweekkk
Alhamdulillah setakat ni aku masih reply semua. Masih tahap marhaen lahkan, takde ah tahap retis letops sangat.

Cumanya aku teringat last year, macam mana teruknya aku menangis sebab terharu. Bila selesai pertukaran asrama mpp and biro 3k aspuri and aspura, form5 and form1 dhuha dekat musolla berjemaah. Waktu tu Ahad. Last year birthday aku ahad. then after dhuha kauthar hafidz panggil aku and bacakan aku yasin and sorang sorang batchmates aku datang join. aku takingat tapi adalah dalam 6orang. two of them tasnim and fatin fatihah aku rasa. Waktu kauthar baca doa, hiba sangat. Aku nangis nonstop walaupun doa dia baca panjang tapi aku takterasa lama sebab sangatlah meaningful. How i wish aku boleh rewind balik benda tu. Hmmm

"Aku takpernah tengok kau nangis teruk macam tu azy."- Kauthar Hafidz
Walaupun pagi tadi is not a good start. Sebab before subuh tiba2 ayah kejut, bagitahu ayah nak pergi hospital, ibu dengan ayung bawak sebab ayah sakit bahagian perut and jantung. Mula2 cam takcuak sebab gila kau, baru bukak mata mamai lagi kot. Tiba2 ayah hulur tangan, salam. And aku salam dan terus sambung tidur. Hehe bila bangun sedar benar2 sedar baru ah cam, "ayah kenapa? Sakit apa? Pergi hospital mana? Teruk ke?" haaaaaa padanlah muka aku. 

Tapi alhamdulillah, ayah tak warded pun. But dont ask me ayah sakit apa sebab aku pun takpasti. But dia ada kene mengena dengan longterm effect gastric and something to do pasal tu lah kot. Entahlanak. Haha dekat rumah ni yang telan gaviscon aku dengan ayah je. So aku paham macam mana ayah sakit tu en. Aiceh

So bila bangun check phone penuh notification. Ws pulak nak 200, aku fikir apalah sangat, dah excited ah ni acah 50orang ws aku en. Rupanya amel spam ws aku. Punyalah banyak dia hantar padahal wish dia satu je. Yang lain semua copy paste "HAPPY BIRTHDAY AJONπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰" kaan,  sabar je dengan dia ni. 


Dan untuk semua wish yang aku dapat aku memang terharu. Aku simpan semua buat kenangan masa hadapan. Ewah, yang wish personal kat ws tu memang lebih touching ah, aiceh ayat semua sedih2. Berapa kali dah air mata 'ter' jatuh dari pipi ni.  Ewah cover baik punya. Yang siap tanya aku nak hadiah apa even aku rasa aku memang jarang bagi hadiah dekat orang. Heh,  Taklupa hari ni birthday cg faizah hanim jugak yeayyy 



And bila ibu ayah and ayung balik dari hospital tuanku jaafar pukul 12 tgh hari macam tu, ibu terus suruh contact family besar aku datang rumah minum petang plus ada doa selamat sikitlah. Takde ah ramai sangat sebab ajak adik beradik ayah je. And cousins aku lah ramai. Hehe ni lagi terharu, habis semua resepi keluar. Elyn (kakak aku) gigih bake roti sendiri, buat dough untuk ecah buat pizza. Buat sandwich, ibu goreng beehun, masak lauk pauk, buat mushroom sup and roti garlic, and ayung bancuh air. Taklupa anis and aqil yang jadikan dapur riuh. Aku? Hahaha birthday girl kot, goyang kaki laa. Haha takdelah aku tolong prepare bahan je. Ekekeke

Alhamdulillah. Ni semua dah kepenatan. Dapur pun takhabis kemas. Semua family members aku dah balik. And dahla kot. Taktahu nak tambah apa lagi. 

Semoga semua kebahagiaan aku ni berterusan hingga ke akhirnya. Terima kasih semua yang menjayakan. Yang spend money beli hadiah semua. Huwaaa terharu gilaa. Aku memang rasa bersalah gila kalau orang kata "Sorry hadiah takseberapa". Come on gais, sekecil mana oun hadiah tu aku hargai. Even korang nak kasi aku gula2 pun aku rasa nak melompat tinggi. Tahu?  Sebab bagi aku, hadiah tu bukan ukuran. Paling utama ialah keberadaan kita dalam hati mereka. Dia bagi kau gula2 mestilah sbb dia ingat kau kan. Bagi aku itu cukup. Jangan lihat pada material tapi cari makna tersirat  disebalik semua effort yang orang buat. Kalau aku, wish panjang2 tu pun merupakan hadiah istimewa. Bukan senang nak karang ayat, taip lagi apatah lagi nak beli barang hantar poslaju ke datang rumah hantar hadiah ke kan. Aku bersyukur Allah hadirkan anda semua dalam hidup aku. AlAlhamdulillah

 Ni aku baru berhenti nangis lepas baca wish dina yang panjang gila cam tahap karangan umum spm dah ni. Untuk semua yang tanya aku nak hadiah apa, tulus aku cakap, aku takminta lebih. Cuma aku perlukan doa untuk aku terus gagah melangkah dan tidak pernah putus asa dengan rahmat Allah. Titipkan nama aku dalam doa kalian. Semoga kita semua mendapat keredhaanNya. Aminn. 

Thanks for reading and byeeeeee.
 


No comments:

Post a Comment