Wednesday, February 10, 2016

#VLBorneoEscape (part2)

Bismillah. Baiklah, semua dah baca entry before ni? Yang part 1? dah? Kalau dah, joget sikit. Ekekekeke takdelah. Okay before aku sambung cerita, ada yang cam samar-samar takfaham. Ni trip apa? kenapa takramai? Apa sebenarnya korang buat? Berapa harga tiket? dan blablabla

So meh aku nak clarify, supaya korang takdela baca ni macam takpaham ke lost ke kan. Penat je aku taip syok sendiri kalau camtu kan. Firstly, tiket kitorang mintak tolong ibu asyrani uruskan. Awal memang awal, dalam bulan Julai 2015 macam tulah. Walaupun busy dengan study untuk spm, tapi kani masih ada masa nak fikir holiday, kahkahkah Disebabkan kitorang beli awal, dapatlah murah sikit. Eh takdelah murah sangat tapi okay2 jelah. Pergi balik RM329. Sebenarnya dapat lagi murah, RM270 kalau kitorang pergi Feb or Mac. Tapi disebabkan masalah2 tertentu so terpaksa kami awalkan bagi memudahkan perjalanan percutian kami. Aicewah haa, lupa kitorang naik AirAsia. Kitorang jalan-jalan sana, abang Asyrani yang bawak, Abang Awie. So takde keluar duit sangatlah for transportation.

Ni kiranya macam lepas geram duduk asrama lama sangatlah. Boleh jugakla kata hadiah lepas spm. Tapi bagi aku trip ni more to spend time dengan chenta hati cam tulah. Ekekeke sambil melihat bumi indah ciptaan Tuhan, negeri bawah bayu kateko. Walaupun dalam Malaysia je, tapi takbermakna takbest. Bagi aku, melancong ikut kesesuaian bajet masing-masing. Ambil pengalaman. Kita nak luaskan pemandangan, takkisahlaa dekat mana pun asalkan bahagia, ye idok? Haha

Okay last detail, kitorang pergi 6-13Jan, 8hari tujuh malam. Hari 1-3 jalan2 dekat Ranau. Hari ke-4 gerak ke Kota Kinabalu. So clear? Paham dah? So jom kita discover tempat2 yang kitorang pergi. Sorrylah kalau description takpanjang sebab aku pun macam dah lupa lupa sikit apa aku buat dekat sana. Ni pun aku try scroll gallery tengok balik apa aku buat 7Januari. Eheh

Muka excited dah siap lepas subuh.
Jujur aku kata, hari kedua ni bagi aku yang paling banyak tempat kitorang pergi berbanding hari-hari lain. Maklumla hari pertama nak berjalan. So excited dia memang terlebih or selalu orang cam sebut 'jakun' ke something like that lah. (Alah buruknya ghupa kalau guna 'jakun' tu. Haha) Dia cam hari first ni takhairan penat, letih, sangat berkobar-kobar nak lawat semua tempat. Kalau boleh nak pergi semua tempat yang lalu tu kan. Aiceh

Jadi pagi tu kitorang gerak dari rumah Asyrani awal. Pukul 7.30 pagi jugakla taksilap aku. Tapi korang jangan bayang 7.30 tu cam pagi lagi sebab dekat Sabah en matahari dah nampak dah waktu tu. Since kitorang sampai ranau malam tu gelap, so takberkesempatan nak tengok sekeliling. But on the way pagi tu, memang superb. Nampak gunung kinabalu. Ada awan dekat situ. Dengan suasana sejuk. Perfectlah. Korang ingatkan aku kata, dekat rumah Asyrani takde line. Memang takde chance nak call parents ke nak ws bagitahu dah sampai ke nak bagitahu kekasih hati anda selamat sampai ke (Eh?) hahaha memang takde laa kecuali Juju sebab dia duduk bilik Asyrani, dapat line celcom kat tepi tingkap. Kahkah so bila pagi tu keluar, sampai pekan Ranau, dah mula H+ dah line celcom. Umobile masih E namun masih takgerak dan Adeng cool je takheran sebab dia jenis main game je. Takheran internet. HAHAHAHAHA

Haaaa, apa lagi, terus 'paksa' Juju bukak hotspot lah semua nak 'upload' gambar dekat instagram, nak ws parents, nak bukak twitter dan macam macam lagi. Peh, jahat sangat ke? Tak kan? hahahaha hmm dan pagi tu kitorang spam sikit lah instagram. Alah, bukan ramai orang pun. Budak budak sekolah. Bagi chance lah kitorang spam kan.

Okay pagitu, kitorang pergi macam resort ke apatah. Dekat situ just berhenti amik gambar je. Sebab ada jambatan gantung dekat situ and ada panoramic view macam tulah lebih kurang. Naik jambatan gantung ni kelakar jugaklaa. sebab yang takut, takut benor. Yang terlebih berani pun ada jugak. Asyrani dengan Syaraf laa, menjerit jerit cuak nak menyeberangi jambatan tu. Yang Juju pulak melompat lompat atas jambatan tu. Ayy dia ingat tu Jump Street ke apa. Aku cam cuak jugak tapi cam biasa jelah. Hahaha kene marah la jugak Juju tu sebab takutkan orang. Gila kau, kalau jatuh tu tinggi kot, dah la jatuh atas jalanraya. Takpasal-pasal kene langgar lori ke apa, sia sia je jasad aku. Hmm aku cuba cari gambar malangnya aku takjumpa pulak. Okay takpe kita proceed ke tempat lain.


Choose your flag.
Kundasang War Memorial
Right after that, kitorang pergi Kundasang War Memorial Park. Kawasan cam peninggalan British ke camtulah. Fee masuk kalau kau warganegara RM3. Takmahal lah. Okay je harga standard kan. Unless kau foreigner dari Bangladesh ke Afrika Utara ke mana mana pelosok dunia lah, maksudnya takde ic, so tu RM10. Masuk tu, takde pun kitorang baca sejarah semua tu. Nak spm, buku teks sejarah pun malas baca, ni lagi nak baca sejarah british bertapak ke apa. Lagilah 'rajin'. Datang 'rakam memori' indah je kot. Hahaha tempat lawa, siapa taksuka kan. Tapi, bestlah masuk sini. sebab hari sekolah kot. Mana ada orang. Itu macam rumah kitorang dah aku rasa. Jalan jalan sesuka hati. Nak amik gambar pun takdelah segan mana. Lama jugak kitorang duduk sini, sementara abang Awie ada hal sikit. So lepas habis ronda tu lepak je dalam tu.


In action. Ewah
Lepastu, kitorang pergi Desa Dairy Farm. Entrance fee, RM5. Nak pergi sana macam naik bukit jugaklaa, dia cam dekat new zealand lah lembu duduk tempat sejuk kan. Ekekeke Dekat sini ada lembu. Haa tu jelah. Aiceh, takde ah. Dekat sini boleh la tengok macam mana lembu kene jaga. Hmm apa lagi eh? Haa, boleh jugak nak bagi anak lembu minum susu (cattle) . hmm bayaran RM1.50 je nak beli minuman lembu tu. Tapi cam berdebar ah buat benda ni. Cuak gila. Sebabnya lembu tu macam memang nak gila kita bagi dia minum, cam geli gak ah dengan lidah dia yang panjang gila. Urgh, gementar dia sampai last last tu aku lepas kan je botol tu habis membazir semua minuman tu lah. Harharhar Dekat sini pun ada macam kedai ke aku taktahu ah nak cakap apa. Dalam tu jual apa apa product yang berkaitan lembu lah. Ada ice cream susu, susu cam yang kita selalu beli kat koop tu, tapi ni jenama Desa lah. Rasa okaylaa, tapi aku jenis yang takminat susu. (Sebab tu tinggi, ye aku tahu tu) so takdelah beli pun. Aku peghabihkan yang diorang beli je. Eheheh So lets check it out (read: cikidaut) apa yang ada dekat situlah, aku share gambar je ye.

Ini kedai dekat situ.
Ni contoh kandang lembu dekat sana. Sorrylah takberani dekat, taktahan bau dia. Hehe
Carilah mana lembu. Yang pasti bukan kitorang. Korang jangan kuanghajo. Ekekeke

Dream girls at Dreamland. Ewah
Jadi selepas itu kami bergerak turun, sebelum singgah solat Zuhur kitorang singgah 'Dreamland' ke apatah nama dia. Takde apa pun, just abang Awie berhentikan bagi chance kitorang ambik gambar.

 Ni nak share sikit, even dekat sana dah sejuk, tapi still dekat masjid dia ada aircond. Peh, best gilalah. Siap2 urus diri dekat masjid ni semua then kitorang terus gerak ke Taman Negara. Hmm best travel macam ni sebab kitorang cam 'kanak-kanak' lagi lahkan, so takde la nak ber make-up sana sini, so macam takkesah. nak ready ke mana mana pun senang. Paling paling pun Syaraf je pakai toner ke moisturizer ke apa. Kitorang takheran pun benda2 tu. Haha Tudung selebet pun apadehal. Cuma aku advise, kalau tahu nak jalan banyak tempat, bagi mengelakkan mood korang 'dicabuli', jadi pilihlah tudung yang memang korang selesa. Kalau perempuan dia tahu lah tu istilah selesa untuk apa, 'senang bentuk' , 'susah kedut' dan blablabla. Dah tahu nak jalan-jalan so takpayah lah nak belit2 sangat shawl tu kan. Make it as simple as possible la.

Before masuk Taman Negara tu, kitorang lunch dulu dekat restoran bawah depan Taman Negara tu. Haaa korang mesti takdapat nak bayangkan kat mana kedudukan restoran tu kan. Nasiblah, hehe. Waktu makan ni bagi aku best. Tapi bukan untuk Juju. Dia order nasi lemon ke apatah. Tapi memang taksedap langsung. Masam. Kesian Juju. Dia takmakan pun akhirnya makanan tu. Haha Aku order mee wantan. Peh sedap gilos. Kitorang order makanan semua lain lain, senang nak rotate, dapat rasa banyak2. Kaaan? Ekonomi sangat kan? Well.



Okay, dekat Taman Negara tu kitorang masuk cam hutan2 jugaklaa. Ada tempat macam lain sikit dalam tu tapi under construction lagi. Jadi takde rezekila nak lawat. Dalam tu macam ada Taman Botani ke apatah, banyaklaa pokok2 hutan. Taksilap aku tu kaki bukit Gunung Kinabalu. Kalau taksilap aku laa. Kalau silap, korang jangan marah pulak. Korang google lah sendiri eh. Haha Tempat tu best, ada replika Rafflesia besar gila, sampai Adeng boleh menyorok dalam tu. Okay, kalau korang tahu apa Adeng buat mesti korang akan non-stop ketawa, sebab kitorang pun takhenti ketawa layan Adeng dekat situ. HAHAHAHAAHAHAHAHA

My favgals.
Okay lepastu takde pergi mana mana dah. semua dah kepenatan. Kitorang terus balik rumah lama Asyrani. Petang tu balik, sampai rumah unpacking barang. Then, semua syahid. Haha penat sangat. Semua tidur takingat dunia. Tau tau je dah maghrib. Okay dekat sini ada peristiwa penting, aiceh buat aku terharu lah jugak. Huwaaaaaa, ni aku takcerita lagi aku nak nangis dah ni hmm

Pendek cerita malam ni aku sakit. Urgh, dahlama takkene macam tu, sekali kene pulak dekat Sabah ni. Malam tu sepatutnya kitorang dinner dekat luar. Ada restoran dekat2 situlah cadangnya. Tapi bila aku dah terbaring taklarat bangun macam tu, so terus ke plan B la. Certain pergi beli makanan, 'tapaw' bawak balik rumah and certain jaga aku dekat rumah. Rumah ni abang asyrani je duduk. Itupun jarang2 sebab abang dia selalu kerja takpun takde dekat rumah, keluar. Tapi serious aku cakap, sakit gila. Ingat kan kawan kawan, macam mana aku jerit sebab taktahan sangat. Waktu tu aku dengar Amel cakap, "Ajon, kau okay tak ni? Kau takpernah macam ni."  And aku dengar jugak semua suara macam gelabah taktahu nak buat apa. Cari ubat ke apa apa yang patut, and aku takingat siapa pergi masak air, nak siapkan air panas untuk aku minum. Peh, terharu beb. Terharu. Aku menangis bukan sebab sakit je tapi sekali dengan terharu. Eheh

Yang tinggal jaga aku, Amel and Syaraf. Amel bersungguh sungguh buat lawak nak kasi aku ketawa supaya lupa yang aku sakit. Syaraf pun macam tu, baring sebelah aku. Tapi, dia scroll twitter lah. Haha takpelah, asal ada kan. Ekekekeke Bila Juju, Asyrani and Adeng balik dari kedai makan tu, makanan sampai. Amel terus amik bagi aku makan. Amel suap aku beb. (*kesat air mata*) Aku share makanan dengan dia, well taknak membazir katanya. Aku makan sikit je kan, so kalau beli asing kang jadi sahabat syaitan pulak. Eceh. 

So malam tu, diorang semua tengok movie. Aku sakit, so terpaksa duduk diam je dalam bilik tu. Banyak movie dalam laptop Abang Awie, dia link kan dengan TV so puas ah tengok besau besau en. Hmm malam tu diorang tengok Snowwhite and the Huntsman. Nak buat movie marathon katanya tapi aku rasa takberjaya. Haha penat kot seharian berjalan.

Okay, aku rasa tamat untuk hari kedua. Panjang sangat dah ni, so kita sambung part 3 nantilah beb. Nak tahu macam mana 'adventure' nya kitorang daki bukit 3.5km semata mata nak tgk view waterfall yang cantik. how to deal with pacat and so on? Nantikan #VLBorneoEscape Part3 gais. Stay tune. And thankyou for reading.






No comments:

Post a Comment